Bab 36 : Khilaf

Romance Series 20182

" Papa!"

Terus mati gelak dua orang di depan meja makan tu. Kedua kepala di bawa menatap figura yang menegur. Lelaki yang di panggil papa segera bangun dengan riak terkejut.

" Papa sihat?" ujar lelaki tu. Tangan dihulur mahu berjabat.

Dato Salim pandang isteri di depan. Dara Aishah senyum dan angguk walau tak kenal orang yang menegur tu. Bagi isyarat pada suaminya.

Lelaki separuh abad tu bangun dan hulur tangan. " Alhamdulillah. Hud sihat?" Dah lama dia rasa tak jumpa dengan bekas menantunya tu. Kali terakhir adalah semasa pengebumian arwah Sarah.

" Sihat." Senyum. Anak mata dilarikan ke sebelah Dato Salim. Fikirannya kalut bertanya. Siap gerangan wanita yang nampak sangat mesra dengan papa?

" Come and join us. Have a sit. Ini Kak Dara setiausaha papa. Tapi dah terlanjur jumpa Hud ni, papa tak nak Hud salah faham pula. To be honest, she's my second wife," ujar papa.

Hud terkejut. Tak pernah dia tahu bapa mertua dia tu ada isteri lain selain mama, Puan Salmah tu. Tapi lekas dia tayang riak slumber. Lalu senyum segaris. Kerusi di sebelah Dato Salim ditarik. Duduk dilabuhkan.

Dara Aishah senyum pada Hud dan lontar pandang semula pada suaminya tu. " Maaf abang, Dara pergi ladies kejap. Sembanglah dulu." Dato Salim angguk. Terus saja Dara Aishah bangun dari duduk. Kemudian kaki di bawa hala ke tandas.

" Lama papa tak jumpa Hud. Tak sangka Hud sihat balik macam dulu." Dato Salim tepuk bahu Hud perlahan.

" Hud ada je. Tapi tulah busy kerja sikit. Alhamdulillah pa, berkat usaha umi dan ayah. Tak jemu bagi nasihat selain dapat khidmat psikatri Tapi Hud minta maaf dengan papa sebab tak selalu dapat ziarah papa dan mama. Keadaan Hud masa tu tak mengizinkan," jelas Hud. Dia tahu papa maklum akan sakitnya yang satu tu.

" Papa faham. Tak apa kami baik-baik aje. Tapi tulah, mama aje selalu bertanya pasal Hud. Dia risaukan Hud,"

" Insha Allah ada kelapangan Hud jumpa mama nanti. " balas Hud dengan senyum segaris.

" Lepas ni bawa la isteri Hud jumpa kami. Mama tu selalu sangat tanya papa. Asyik tanya bila nak dapat cucu. Teringin nak bermain dengan bayi," gelak Dato Salim lagi. Dia gembira yang menantunya tu sudah pulih dari sakit. Mereka juga maklum akan perkahwinan kedua Hud selepas arwah Sarah.

Hud senyum senget. Bayi? Mungkin belum rezeki.

" Baik pa. Ada kelapangan nanti kita jumpa. "

" Hud, papa ada hal nak bincang. Papa harap Hud terima keputusan papa."

Hud angguk. Dia tak ada masalah. Senang sikit kerja dia kalau papa yang mulakan. Tak ada la tergeliat lidah dia nanti nak cari mukadimah. Karang nampak sangat macam dialah dalang penyebab hal tu. Dia baru cadang esok mahu berjumpa dengan Dato Salim. Tapi nampaknya Allah terlebih dulu aturkan pertemuan tak sengaja mereka.

" Hannah.. Dia satu-satunya harta yang papa dan mama ada sekarang ni. Dia masih muda. Masa depan dia jauh lagi. Masih panjang. Papa dan mama nak tengok dia berjaya dan bahagia. Papa juga dah maklum akan hal tu dari Hannah. Dia ada datang jumpa papa. Tapi masalah sekarang adalah mama. Mama masih trauma selepas kehilangan Sarah." keluh Dato Salim.

Hud terpempan. Serta merta wajah ibu mertua terlayar di minda.

" Tapi.. Hannah dia suruh Hud jumpa papa untuk settle everything. Ingatkan semuanya okey dan dia beri Hud masa sehingga hujung minggu ni saja,"

" Iye, papa tahu. Papa tak ada bantahan. Tapi mama yang penting sekarang ni. Papa harap Hud dapat cakap dengan mama," balas Dato Salim.

" Hud," tepukan di bahu dengan suara yang jelas dari belakang telinga menyentak perbincangan hangat tu. Kepala di bawa pusing ke belakang. Sampai dah budak bertuah ni! Hud senyum segaris.

" Kenalkan pa, ni Barr.. Barr my fil," Hud kenalkan Barr pada Dato Salim. Lelaki tu angguk faham dan senyum. Barr pun sama hulur tangan bersalaman.

" Pa, pasal hal tu nanti Hud jumpa mama. I got to go. Sorry tak dapat bincang lama," Hud bangun dari duduk. Bahu Dato Salim disentuh. Dia tunduk seketika rapat ke telinga lelaki tu membisikkan entah apa yang penting.

" Tak apa. Next time. Mama tu kalau kena cara pujuk dia okey. Satu lagi papa nak pesan, Hannah tu masih belum matang. Papa harap Hud dapat nasihat dan bimbing dia. Jumpa masa majlis nanti," senyum Dato Salim.

Dia kemudian bersalaman sebelum berpapasan dengan Barr ke hujung meja restoran yang sama.
Tak lama Dara Aishah juga kembali ke meja Dato Salim.

Kopi dalam cawan diteguk sedikit. Diletakkan semula pada piringnya atas meja di depan sebelum kembali pandang wajah Dara Aishah yang sangat tenang. Pertemuan dengan Hud tadi buatkan hati tua lelaki tu dihenyak perasaan sedih. Kehilangan; buatkan hidup Hud, isterinya, dia dan Hannah berubah 270°.

“ Abang sabar ya, setiap ujian dan dugaan tak bukan kerana Allah nak beri dan gantikan yang lebih baik," ujar Dara Aishah setelah lihat suaminya diam dan seperti teringat kisah yang dulu. Dato Salim tersenyum hambar.

*****

" Order coffe? " kening terangkat menyoal. Topi di kepala dicabut dan di biar tersadai atas meja. Rambut ala artis Korea yang jatuh mengurai dari simpanan cap di biar tak bersisir rapi. Dua sisi tangan dilipat antara satu sama lain juga disandarkan pada meja di depan. Muka dia buat gaya bersahaja. Anak mata di bawa fokus pandang orang di depan.

“ Kafien overdose."

" Nak bincang lama ni," Barr gelak-gelak.

" Lama tak lama la.. Ngantuk aku balik. Kau nak cakap apa sampai tak boleh on the phone aje?“ Hud tayang muka geram. Letih hari ni lambat habis kuliah. Dah tu Barr sibuk ajak keluar nak jumpa. Apa yang penting sangat pun dia tak tau.

Barr tarik nafas dalam-dalam dan hembus pelan-pelan. Bibir merah dia gigit dengan mata di pejam celik dua tiga kali. Sengaja aje gaya dia nak bagi Hud hilang sabar.

Hud dah macam cacing panas tunggu patah perkataan yang nak dilontar tuan badan di depan. Tangan dihulur ke depan ambil menu stand yang elok je berdiri tegak tu nak di buat baling. Tak boleh sabar lagi dah. Ada juga kut budak tu bertempek menu dekat muka.

" She's Haq girlfriend?"

Gerakan tangan yang pegang menu stand yang di angkat separa dada terhenti. Kerut di dahi tiba-tiba naik berlapis. Ayat yang dilontar tak dapat di cerna dengan baik oleh telinga. Terus laju mulut bertanya. " Celah mana pula aku kenal orang nama tu?" Menu stand dikembalikan letak duduk ke tempat asal.

" Madu kau tu." pecah gelak Barr. Hud senyum senget dengan jari telunjuk laju lurus tegak dia bawa ke bibir bagi isyarat. Orang keliling dalam restoren yang dekat meja semua gaya pandang macam nampak alien baru jatuh ke bumi dari kereta terbang UFO. Aku cepuk juga si Barr ni karang!

“ Sejak bila Islam dan agama lain benarkan lelaki di madukan dalam hubungan dua hala?“

" Sejak kau jadi Pak cik Mustafa yang pergi bertapa dekat Gunung Semanggol sebab nak belajar ilmu Sang Saka Buana.." meleret Barr balas dengan muka toya. Menu stand yang berdiri elok lepas Hud letak tadi nak di buat baling dia tu cepat dia ambil dan pegang sendiri. Takut muka handsome dia kena baling terus tanpa sempat ambil benda lain nak di buat perisai.

Kerut di dahi Hud bertambah lapis. Dah macam kuih lapis warna putih-pink yang jual kat gerai sarapan pagi aje. " Clean and clear boleh tak. Kau bagi teka silang kata sampai tak ada melintang-atas-bawah sangat ni.. Aku letih dah ni. Fizikal dan mental dua-dua broken. Nanti pakcik Mustafa menurun silat cekak sang kelembai karang ada juga daftar ke wad kut." rengusan yang lepas dari bibir tu memang kuat di dengar.

" Whoa.. Whoa.. Kau pandai sentap la sekarang. Sejak bila pandai buat gaya budak perempuan baru akil baligh ni? " Barr tak habis dengan drama lagi. Muka kawan yang eksited tunggu cerita lanjut Barr tu terus muram. 300 peratus berubah! Hampas betul!

" Sejak beranak," datar saja bunyi suara tu.

" Okey." Tunduk mata Barr tenung jari yang dirangkul. Sedetik, muka dia angkat pandang orang dekat depan dengan muka takat beku -100°. " To be clean; Haq is Pakcik Mustafa. To be clear; She's his girlfriend." Hud menganga.

******

Pintu kereta body Ae111 tu dihempas kuat. Kalut enjin kereta dihidupkan dan minyak ditekan kasar dua tiga kali. Menderam bunyi enjin sebelum kereta bergerak meluncur laju. Sakit hati dan bengang bercampur baur.

Pekat malam kota raya yang sesak dengan kenderaan tu sikit pun tak ganggu pemanduan dia. Jalan yang disusur dengan laju tu sedikit menganggu ketenteraman pengguna lain dengan bunyi enjin silvertop yang mengaum kuat. Ke kiri dan kanan berdesup kereta membelah jalan tanpa isyarat signal. Tujuan dia cuma satu. Nak cepat sampai rumah. Nak cepat dapat jawapan bagi soalan-soalan yang ganggu ruang otak kepala tu.

Stereng diputar kiri dan kanan sambil tangan laju menukar mode gear dengan kaki tak kurang lincah tekan pedal clutch. Pedal minyak pun ditekan rapat hingga meter kelajuan bertambah ke angka 180km/jam.

Perasaan yang tengah bergumpal sesama sendiri tu buat dia rasa tertekan. Hati juga dah tak mampu nak di pupuk sabar. Tak mampu nak di bawa tenang. Marah, sedih, sakit hati, kecewa bercampur. Dia merusuh dengan perasaan sendiri. Yang nyata, perasaan amarah lebih menguasai akal waras. Walau sebelum balik tadi Barr dah pesan. Dah nasihat. Dah pujuk agar tak buat tindakan luar kawalan. Tapi sejak kaki di bawa langkah masuk ke rumah nak mencari jawapan pasti, bertambah lagi beban perasaan yang berat tu.

Satu-satu tapak kaki di bawa melangkah naik ke tangga. Bilik tidur utama jadi pilihan. Tanpa ketukan. Tanpa salam. Daun pintu dikuak lebar. "Farah! " suara tinggi bergema depan pintu bilik.

Ambien yang di dalam yang tengah menekur buku pengurusan pelajar di tangan angkat muka. Di bawa pandang susuk yang berdiri tegak depan pintu. Bola mata cuba menghadam wajah dingin lagi beku tu dengan oktaf suara si dia yang meninggi juga. Tayang eksperisi terkejut, dia lepas log buku atas meja kerja dan berjalan ke depan lelaki tu.

" What's wrong?"

Sengih sinis dilepaskan. Bola mata lelaki tu nampak berbalam dengan riak menahan amarah. Dua-dua tangan naik cekak pinggang sendiri. Nampak dada turun naik kawal nafas lepas naik tangga laju-laju tadi. Gaya lelaki tu dah nampak macam naga Tasik Chini naik syeh.

“ Farah kenapa sorok semua ni pada saya. Kenapa tak beritahu? Awak nak balas dendam ke apa?"

Mata, Farah pejam celik dua tiga kali. Tak faham dengan arah bicara si tuan di depan. Dia kerut kening dengan tangan naik sentuh lengan Hud. Digosok perlahan. " Biy, kenapa ni?" Farah bersoal pelik.

Kelam tak dapat nak cerna keadaan dan situasi yang sekarang tu. Sungguh tiba-tiba. Masa keluar rumah, lelaki tu dalam keadaan mood yang baik. Sangat baik. Alih-alih bila balik dia bawa riak wajah tegang macam tu. Tersampuk angin kutub mana?

Hud yang dalam keadaan tegang dan celaru tu cepat tarik tangan. Rimas disentuh. Bengang dielus. " Jangan buat tak tahu. Stop pretend now. I know everything who you are!" bentak Hud.

Hud berlalu keluar dari bilik. Laju kaki turun tangga dan hala di bawa ke ruang tamu. Badan dihempas ke sofa. Nafas makin tak teratur. Namun, dia cuba kawal. Risau akan diri hilang kawalan.

Farah ikut berlari turun kejar langkah kaki si suami. Dia berteku di sisi Hud bila sampai dekat sofa. Tak berani pegang dan bertanya apa. Nampak nafas lelaki tu yang turun naik.
dengan mata yang di pejam rapat. Cuba kawal perasaan yang tunggang langgang mungkin.

Janganlah dia khayal lagi! Hati berdetak risau.

Tiba-tiba dia bingkas bangun ke arah meja konsol tepi smart televisyen. Dicapai kertas pipih A4 dan dilempar ke arah Farah dan dia kembali ke sofa.

" Sign surat tu!" suara serak lelaki tu memetir semula.

Farah terkejut, lalu tunduk kutip kertas A4 yang dah jatuh melayang dekat tapak kaki. Di baca sekali imbas. Tak payah nak di baca betul-betul pun dia dah tahu isi kandungan surat tu. Farah telan liur. Hati dah berkecamuk bersimpang siur.

" Kita bincang boleh," ajak Farah cuba berdiplomasi. Dia masih tegak berdiri di situ walau kaki rasa dah tak mampu nak berdiri. Ketar dan longgar segala sendi. Dengan keadaan yang tengah tegang tu mana mungkin dia pun buat gaya ego tinggi. Tak pasal pula lelaki tu bertambah marah.

" Bincang? No! Aku nak kau sign surat tu sekarang!"

Habis bercakap, lelaki tu gelak berdekah. Dengan gaya yang menakutkan buat Farah bertambah bimbang.

Dari atas sofa dia pandang atas bawah tubuh Farah di depan. Lama dia pandang mata bundar tu dengan wajah bengis sebelum bangun dan rentap lengan Farah hingga wanita tu jatuh terduduk ke sofa tak sempat nak tahan diri. Pen dicapai dari atas meja dan dicampak pada Farah.

Farah menggeleng. " Please kita bincang dulu. Masalah boleh diselesaikan," sekali lagi Farah cuba tawar menawar. Air mata dah meleleh turun ke pipi. Perlahan tangan naik menyeka wajah.

Lelaki tu makin hilang akal yang waras. " Aku nak kau sign sekarang sebelum aku pukul kau!" Dia terpa ke arah Farah. Dipaksa Farah pegang pen dengan tangan dia pegang tangan Farah dan diacah ke arah surat tu. Nak tak nak Farah terpaksa menandatangani surat tu. Elok je selesai dia bangun dan senyum.

" Good girl." ubun-ubun Farah digosok lembut. Farah mulai gusar. Bibirnya bergetar tak semena. Lain benar karekter lelaki tu.

" Please kita bincang. Ini semua khilaf. Saya janji saya akan ikut permintaan awak." Farah pegang tangan lelaki tu. Namun cepat saja tangan dia tarik kasar sebelum Farah jatuh. Akibat tindakan drastik tu, kepala dia pula terhantuk di bucu rak buku di sebelah. Farah cuba tekan tubuh bangun. Kepala sedikit berbinar.

" Can't accept. Shut your mouth!" lelaki tu terpa ke arah Farah dan dorong semula tubuh tu jatuh terlentang atas sofa. Dia naik dan tekan tubuh tu dengan sebelah tangan kunci rapat bahu kanan Farah ke sofa manakala tangan kiri cengkam leher wanita tu.

" Biyy.. Bi.. I.. I'm.. Sor.. Sorry.. Tolo.. ng ja.. jang.. jangan.." tenggelam timbul suara Farah.

Hud sengih sinis. Dia bawa rapat wajah ke muka Farah yang dah basah dengan air mata. " Tak ada apa yang nak dibincangkan. Ini bukan khilaf. Kau sengaja. Aku tahu lagipun aku dah deal dengan Hud. Kau merayu macam ni buat aku jijik dengan perangai malaikat kau. Kau tak pernah tahukan sisi buruk Haq yang ni. Malam ni aku nak tunjuk dekat kau. Rasa dan hadam betul-betul."

Farah bertambah kecut. Kepala dah tak boleh fikir. Jantung sejak tadi berdetak laju. Nampak gayanya lelaki tu dah ditakluk. Macam mana dia boleh tak perasan. Farah panik. Dia cuba lawan kederat lelaki tu. Tapi zahir dia yang molek mana mampu lawan kalau nak bandingkan dengan tangan sasa dan dada bidang lelaki tu yang ampuh yang tengah tindih badan dia. Farah rasa nak meraung saat tu.

" Aw.. Awa.. Awakk.. Amm.. Puuun.." tangan kasar lelaki tu naik ke muka Farah. Hati yang sedia sakit bertambah bengang bila Farah mahu ajak dia berbincang.

Lalu, dia mula merentap kasar kolar baju Farah hingga koyak dan menampakkan kulit putih susu tu. Farah kaget. Cemas dan takut bercampur baur. Benar. Sisi yang buruk ni belum pernah dia nampak dan jumpa sepanjang dia kenal Hud mahupun Haq dulu.

Farah meronta. Tapi lelaki tu lebih dulu tambah tekanan pada leher dan bahu Farah. Kuat dan kejap. Dicumbu wajah Farah rakus dengan tangan tak kalah main peranan kasar di bawah tubuh badan yang dah tak berdaya tu.

Tanpa izin. Tanpa rela, kekhilafan berlaku dengan izinnya. Di bawah cahaya lampu dan ruang terbuka tu Hud di bawah aksi luar sedar yang di dalam kawalan identiti manusia lain mengasari isterinya sendiri. Saat puas menakluki tubuh tanpa rela dia berbicara galak di tepi telinga wanita yang berlagu sendu dan hiba. " Hud pesan hujung minggu ni dia akan kahwin dengan Hannah. Kau tinggal dengan aku. Kau cintakan aku kan," suara lelaki tu meleret dengan senyuman. Jari-jari kasar tu masih tak henti-henti berlari lembut di kulit yang terdedah tanpa selembar benang walau berkali-kali ditepis dan dihalang.

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Lelaki tu kelam kabut bangun dari tubuh Farah. Baju dan seluar dia capai dan berlari menyusup ke tandas sebelum keluar ikut pintu belakang.

Farah dengan lemah longlai bangun capai pakaiannya. Baju kaftan di bawa sarung ke tubuh. Air mata yang meleleh di pipi diseka. Rambut yang kusut masai dia betulkan sebelum tudung sarung yang memang elok tersedia di penyangkut kunci tepi pintu dia sarung. Muka dan bibir yang lebam ditampar tadi mulai terasa perit. Namun kaki di bawa langkah juga ke muka pintu kerana sejak sepuluh minit yang lalu loceng berbunyi tak henti.

" Farah!"

Menggeletar Farah sebaik disapa. Tiba-tiba pandangan dia terasa berbalam. Dan Farah jatuh rebah depan pintu sebelum sempat tetamu yang berdiri depan pintu tu sambut dia.

******

“ Siap!"

“ Kemana?"

“ Kalau dah sampai jadi macam ni kemana lagi nak pergi kalau bukan ke balai polis, " Tuan Halim geleng kepala.

“ Tapi bang.."

“ Tak ada tapi-tapi. Siapkan Farah sekarang. Kita ke balai," tegas.

Kocoh-kocoh Puan Suraya patah balik ke ruang tamu. “ Farah, jom kita pergi balai. Barr ikut umi sekali." mata wanita tu turun pandang pada anak saudara di depan sofa pula.

Mata bundar yang dah sembap tu pandang wajah umi sayu. “ Farah tak mahu umi. " Tubuh badan di bawa berdiri dan perlahan kaki melangkah hala ke tangga naik ke bilik.

Umi pandang Barr dan pusing belakang pandang figura suami yang dah tunggu depan pintu dengan keluhan nafas yang berat. Dah dia agak itu jawapan yang akan Farah berikan.

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience