Bab 3: Hud

Romance Series 20182

Sejadah yang diguna tadi dilipat dua. Kemudian di gantung ke rak penyidai. Dia baru usai solat sunat dan isyak.

Terus kaki di hala ke meja kerja. Hud tarik sekeping kertas di bawah planner. Membaca seketika dan kemudian dikembalikan semula ke tempat asal.

Tangan menarik muk hitam di sebelah laptop. Nak di bawa ke mulut tapi terhenti di tengah dada. Ringan. Mata menala ke arah permukaan muk. Kosong. Hud geleng kepala. Habis dah rupanya...

Laju kaki ditapakkan keluar dari bilik. Nak mencari air. Dahaga dia rasa. Setengah jalan, bilik teman serumah di lewati. Hud perasan lampu dan pintu bilik tu terbuka. Dia mengintai. Yang nampak hanya bayang. Terus kaki menala ke tangga menuju dapur. Nak meneruskan misi yang tadi terhenti.

Di dapur, dentingan sudu bertemu kaca ligat berbunyi. Air koko panas di dalam muk kelihatan berasap nipis. Baru siap di bancuh. Di angkat separas mulut dan diteguk. Laju menuruni rengkung. Sekilas , dia teringat perbualan singkat petang tadi melalui telefon dengan umi...
.....
Baru je dia menapak keluar dari bangunan pejabat telefon bimbit dalam poket seluar menjerit minta di angkat.
" Assalamualaikum ."

" Waalaikumsalam."

" What's going on Hud? "
Jauh telefon bimbit tu di bawa lari dari anggota telinga kanan. Kuat suara di balik talian menerjah. Tajam suara tu. Dan ada getar yang menikam. Umi. Itu yang terbit dari bibir.

" Umi sihat? Hud baru nak call umi kejap lagi." telefon dikepit antara bahu dan telinga. Sementara tangan dia ligat menemukan kunci dengan lubangnya di pintu kereta. Baru habis meeting.

" Alhamdulillah umi masih sihat. Yang tak sihatnya hati umi ni! Apa yang dah jadi sebenarnya Hud? Get me an explanation."

Dahi Hud naik berkerut. Kelam. Tak faham nak dibawa arah mana pertanyaan umi tu.
" Explain apa umi?"

" Tentang Farah. "

Gulp! Terus terasa sebu dada.

" Kat mana Farah sekarang? Kenapa dia tak duduk dengan Hud? Dah berapa lama Hud tak jumpa dia? Kenapa buat anak orang macam tu?.. Bla.. Bla.. and so on.." berdas-das peluru umi tembak. Macam kena serang dengan mechingan. Sesaat pun tak bagi peluang. Tapi ni serangan mechingan versi umi. Sekali picu di tarik kemudian di lepaskan, peluru terus tepat mengena sasaran. Boleh tahan juga nak terkoyak telinga dia bila kena bebel macam tu.

" Err.. Far.. Farahhh.. " tapak tangan di larikan di celah rambut. Nak menghilangkan gugup yang terasa. Terus gagap dia menjawab.

" Dah berapa lama Hud? Kat mana Farah sekarang?" nada Puan Suraya masih tak puas hati. Ayat Hud yang tak habis diolah di potong Puan Suraya.

" Hmm.. Since, our marriage! Ada kut.. err dekat rumah ibu." itu yang dia balas. Kepala yang tak gatal digaru.

Dia pun tak tahu di mana sebenarnya 'isteri baru' dia tu. Elok je sehari lepas majlis nikah tu dia dan Farah kembali bertugas. Dan memang dia tak diberitahu dan memberitahu tentang apa-apa. Not even a words. Lepas tu pun tak ada phone calls or through email, yahoo msg or what not medium yang seangkatan dengannya.

" Astaghfirullahalazimmmmm.. Apa benda yang Hud dah buat ni? Tahu tak dia tu isteri Hud. Mana akal dan pertimbangan Hud sebagai suami. " panjang bebelan Puan Suraya. Hampir putus nafas dia, bila dapat tahu.

Cerita Farah tadi pun hampir sama dengan si anaknya. Boleh kena serangan jantung kalau anak dan menantunya terus begini.

" Umi, Hud tahu dia isteri Hud. Tapi bagilah kami peluang dan masa dengan keadaan yang umi pilih untuk kami. " balas Hud. Peluang dan ruang yang sebenarnya lebih berpihak kepada dia. Majoriti dia besar menang tanpa bertanding. Meninggalkan seorang Farah tanpa pesan. Itu yang dia 'kata beri peluang dan ruang pada kami' dekat umi. Adil ke?

Memang dari hari nikah tu tiada apa pun yang dibincangkan dengan Farah. Bercakap pun yang biasa-biasa saja. Tak sentuh pun bab-bab rumahtangga ni.

Malah, satu apa pun dia tak tahu menahu tentang Farah . Cuma yang dia tahu sehari sebelum hari nikah tu Farah adalah seorang guru. Itupun umi yang beritahu.

Selang dua tiga saat kemudian, terdengar lagi bicara si umi.. " Dah sebulan Hud biarkan dia macam tu! Umi tak peduli apa pun alasan Hud, umi nak Hud jumpa Farah dan bawa dia balik. By hook or by crook. Jangan sampai umi turun padang! " ayat penyata yang umi bagi tu memang tak boleh di tawar menawar lagi dah. Dah jumpa jalan mati. Fullstop.

Terasa lemah semua sendi. Sesak segala salur pernafasan. Makanya, pesanan umi perlu dituruti. Kalau tak, sendiri mau ingat!

.. Dan yang membawa seorang Hud menjemput seorang isteri. Di bawa ke sini. Di bawah satu bumbung yang pasti.
Tersedar dari lamunan. Automatik bola mata menala ke tingkat atas. Tembus terus ke bilik sang puteri. Dia menghela nafas berat.

Inilah kisah pelik seorang Hud dan Farah. Ya, janggal dan pelik kisahnya. Bernikah kemudian berasingan bawa haluan.

Bernikah kemudian isteri di tinggalkan. Bukan sebab benci. Bukan juga sebab marah. Bukan juga sebab tak suka. Tapi, hati ni sukar terima. Luka lama yang belum sembuh lagi. Kerana satu kisah yang nyata.

Asbabnya? Dia duda kematian isteri yang di paksa bernikah dengan pilihan umi. Kata umi ini pilihan hidup dan mati...

Kisah Farah? Dia tak pasti. Dia tak tahu. Dia tak ada jawapan untuk semua soalan yang ada. Dan tak terasa nak mencari pun jawapan-jawapan tu.

Hakikatnya kini dia kembali beristeri. Kembali meneruskan perjalanan hidup berumahtangga yang pernah terhenti. Tapi dengan wanita lain. Dengan cerita yang lain. Kisah dulu tak sempat di olah. Terhenti di tengah jalan.

Yang membuatkan dia waktu tu rasa, dah tak ada masa depan. Gelap gelita. Yang membuatkan dia terasa dunia ni sepi tiada penghuni. Kosong lompong. Jadi untuk apa di bahagiakan lagi hati yang dah di bawa pergi.

Hanya kerana bidadari di jemput ilahi. Pergi di waktu kasih, cinta dan sayang baru bersemi. Berkubur sekali. Pedih. Pilu. Perit mengenang yang terjadi. Tapi takdir Allah yang tertulis siapa dia untuk menidakkkannya.
....

Selepas minum Hud naik semula ke atas. Nak menyambung kerja. Lalu lagi depan bilik jiran sebelah tu. Kali ni pintu terkuak lebih lebar dari tadi. Terasa kaki berhenti tanpa sempat dapat arahan dari otak.

Bersandar dia di tepi pintu. Memerhati. Farah sedang berkemas. Perlu ke dia tegur. Tapi nak cakap apa? Awak kemas bilik? Lipat baju ke? Nak saya tolong? Semua tu memang terang lagi bersuluh bawah cahaya lampu kalimantang kut! Geleng kepala Hud menyangkal ayat yang bertandang tu. Sudahnya...

" Dah solat isya' ?"

" Belum. Habis lipat baju ni." suara menjawab sambil tangan menunjuk kain di tangan.

Terus dia perhati ke arah pergerakan tangan orang di depan. Sekilas mata naik melirik ke arah osiris di gelang tangan. Lapan lima puluh lapan.

" Tak baik lengahkan solat. Pakaian tu kejap lagi boleh sambung lipat." itu yang dia ucap. Buat main pula lengah-lengahkan solat.

Dia perasan Farah telan liur . Ada riak tak selesa di situ. Tapi dia wajib tegur kalau member serumah a.k.a jiran bilik sebelah ni buat silap. Tanggungjawab kut. Berani ke nak jawab dengan yang kat atas tu nanti. Lama dia perati orang yang tengah melipat tu sambil menunggu dia berbalas kata.

"Baik uuustazzz." Terus lunggukan pakaian di tangan di tolak ke tepi. Terus Farah bangun menuju ke pintu bilik air. Bagus juga budak ni! Sekali tegur terus bertindak. Hati dia menyela. Tapi panggilan ustaz tu sarkastik betul. Hurm.

Tapi dua saat kemudian dia perasan kaki kiri yang tak sempat pijak lantai tandas tu berpaling semula. Keningnya naik terangkat .

"Err.. Kenapa tunggu situ? Nak ajak solat jemaah ke? “ tanya Farah .

Amboi kau soalan. Membunuh ye! " Saja tunggu. Dan.. saya dah solat. " senyum Hud. Saja dia bagi senyuman tiga ratus juta megawatt dekat orang depan pintu tandas tu.

Angguk.

Farah terus masuk dan menutup pintu.

Hurm. Boleh tahan juga aura sarkastik cikgu ni. Itu first impression yang di lihat pada seorang Haura Farah Khadeeja.

Macam aura cikgu displin. Tergeleng Hud sendiri. Dia senyum segaris sebelum berjalan terus ke biliknya.

****************

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience