Bab 38 : Lamaran

Romance Series 20182

Dua biji gelas berisi air jus mangga di letak elok atas meja kopi depan tetamu. Tubuh di bawa duduk di depan wanita separuh abad tu. Dua kaki ditindih rapat bersilang satu sama lain. Senyum.

“Jemput minum." pelawa Hannah.

“ Maaf kedatangan kami hari ni ganggu Hannah." umi bersuara.

“ Tak ada yang ganggu pun. Saya besar hati terima tetamu hari ini. Auntie sihat?" pandangan Hannah jatuh pada Puan Suraya di depan. Sesekali anak matanya berlaga dengan Barr.

“Alhamdulillah, sihat." Angguk. Umi pandang Barr di sebelah. Beri reaksi supaya meneruskan niat kedatangan.

“ Err.. Cik Hannah sebenarnya kami datang bawa hajat." Barr alih wajah pada umi pula. Umi angguk lagi buat sekian kali. Beri persetujuan untuk meneruskan hal persidangan mereka. Tak mahu berlama. Bermacam lagi urusan yang tergendala yang nak di urus dan proses.

Kerut di dahi naik berlapis. Hannah garu pelipis. Pelik dengan reaksi dua orang di depan. Umi Hud dan sepupunya si Barr tu. Itupun baru dia tahu kejap tadi. “ Hajat? Saya tak faham?"

“ Umi datang bawa lamaran. Sekali nak meminang. Maaf sebab datang dalam keadaan macam ni. Tak sopan dan beradab. Tak ada dulang hantaran. Cuma sebentuk cincin," tangan umi seluk ke dalam beg tangan di riba. Sekotak cincin baldu warna merah hati berbentuk love di keluarkan. Di buka penutup. Terpampang sebentuk cincin emas belah rotan depan mata berkilau dek panahan cahaya.

Hannah tersenyum mesra. Lega. Sungguh lega sebab akhirnya penantian dia untuk lamaran dari pihak Hud datang juga. Walaupun bak kata umi tadi tak beradab dan sopan. Yang penting ada juga tatacara.

“ Hannah terima tak? Atau nak umi jumpa Puan Salmah dan Dato' Salim?" umi tarik cincin dari bekas. Dia bangun dari duduk dan merapat ke arah Hannah. Hannah terpinga-pinga. Terkejut campur teruja.

" Umi tanya cik Hannah sudi tak? Atau nak umi jumpa dengan family cik Hannah sendiri?" Barr pula yang tolong ulang rewind balik ayat umi tadi.

Hannah tersengih. Termalu sendiri. Tak tau nak letak muka dekat mana. Dah lah depan bakal mak mertua pula tu. Jatuh teruk reputasi dia nak cuba pikat bakal mak mertua dia tu.

“ Setuju tak ni?" soal Barr semula.

Tak sempat Hannah berkata apa umi dulu membalas. “ Orang tua-tua kata diam tu tanda setuju. Kira jadi lah ya."

Akhirnya Hannah angguk perlahan. Tiba-tiba dia dah jadi tunangan orang. Biar pun bukan dalam situasi yang diinginkan diri sendiri.

“ Alhamdulillah." serentak Umi dan Barr mengucap syukur. Dengan tangan kanan umi laju sarung cicin ke jari manis Hannah.

“ Nanti umi bawa rombongan lain ke rumah mama Hannah." ujar Puan Suraya setelah selesai majlis kecil tu.

“ Tak apa umi. Tak perlu. Kita terus aje dengan majlis yang dah dipersetujui sebelum ni." ujar Hannah.

Umi pandang Barr dan Barr pandang umi juga.

“ Baiklah kalau dah tu kata Hannah. Kita proceed aje ikut rancangan tu," umi senyum bahagia.

******

“ Sal. "

Puan Salmah menoleh. Kerut di dahi naik berlapis. Tangan kanan yang tengah pegang fabrik chiffon atas meja dan tangan kiri dengan gunting tu terhenti dari kerja menggunting.

Figura Dato Salim perlahan melangkah merapati meja gunting dia di butik petang tu. Dah lama suaminya tu tak datang ke butik dia. Selalunya mereka bertemu di rumah saja. Itupun kalau Dato Salim tak keluar outstation. Tapi, ni dah tiga minggu suami dia keluar ke luar negara baru hari ini nampak muka.

Mesti ada hal penting!

“ Abang buat apa dekat sini. Bila balik?"

Sofa di sebelah meja guntingan tu dihala Dato Salim. Dia labuhkan duduk di situ. Segera tangan Puan Salmah lepas gunting dan fabrik di tangan. Kaki di bawa melangkah ke sofa yang sama.

“ Saja abang singgah. Kebetulan lalu sini. Kenapa, abang tak boleh datang ke?

Puan Salmah senyum sinis. “ You're welcome everytime. Tapi kalau abang datang sebab singgah memang abang bukan nak datang jumpa Sal pun kan? Sebab terlalu dekat sini sebab tu abang singgah. Kalau tak lalu memang tak singgah pun. Ada hal apa sebenarnya?"

Puan Salmah melepaskan lahar. Banyak yang telah dia pendam dan mahu lepaskan sekarang ni. Tak ada perkataan yang lemah lembut yang dapat dia suarakan. Semuanya kasar dan keluar secara tiba-tiba. Spontan.

Dato Salim mendengus. Baru saja hati dia tenang di pujuk Dara Aishah untuk datang menjenguk isteri pertama dia tu. Tapi bila Salmah sindir dia rasa menyesal pula dia datang. Buat sakit hati saja. Dah datang begitu pula si Salmah melayannya.

“ Tak ada apa. Abang saja nak jumpa Sal. Sal sihat? Hannah ada balik?" di tahan sabar. Tak mahu berbalah. Sebab kedatangan dia tu bukan nak cari salah siapa. Sedikit sebanyak salah tu datang dari dia juga. Dia sedar akan hal tu. Jadi tak sepatutnya disandarkan semua salah di bahu Salmah.

“ Alhamdulillah sihat. Anak bertuah abang tu dah pandai bawa diri. Dah tak mahu dengar cakap saya lagi dah. Nak bekerja sendiri. Duduk rumah sendiri. Semuanya sendirilah. Nak berumah tangga pun dengan pilihan sendiri." jelas Puan Salmah. Dia tarik nafas panjang.

“ Baguslah dia usaha sendiri. Kita kena beri semangat dan dorongan pada dia. Dia aje puteri yang kita ada sekarang ni. Kalau nak berumah tangga pun apa salahnya. Dia dah besar. Dah boleh pikul tanggungjawab. Lagipun kan Sal cakap pada abang tak sabar nak timang cucu? Kita restuilah pilihan dia tu." ujar Dato Salim. Dia cuba menyelit nasihat pada isterinya. Dengan harapan Salmah akan merestui pilihan Hannah.

“ Saya akan restu jika pilihan dia bukan menantu kita dan akan terima lamaran tu."

Puan Salmah bangun dan menuju ke meja kerja dia semula. Telefon di angkat dan menyuruh pembantu butiknya menyediakan minuman panas untuk dia dan suami.

Dato Salim geleng kepala. Salmah sungguh tegas. Kalau hitam kata dia hitam juga keputusan dia. Tak akan ada merah, jingga, hijau mahupun putih. Dia menoktahkan semuanya pada bicara tu. Dan Dato Salim tahu pengakhiran pertemuan ni tak akan ada perestuan dari lamaran pihak Hud. Dia tertunduk bungkam. Salmah benar-benar tak dapat dipujuk.

*******

“Aku nak makan. Kau tolong siapkan." Haq mengarah. Kasar dan keras aksinya. Dia jalan laju ke arah bilik air sebaik dia kuak pintu bilik tu lebar.

Ambien Farah yang sedang sayu dan bersedih yang duduk berteku di meja kerja tengah pandang wajah dia tu tak di hirau. Di buat tak nampak walau telinga menangkap melodi melankolik yang sedang berlagu mendayu di corong speaker laptop tu. Bibir tersengih sinis.

Air mata yang menitis segera diseka. Puas sudah dipujuk hati dan jiwa sendiri tapi air mata sedih tu tetap juga mengkhianati diri. Tanpa Farah sedar, bibir digigit dalam. Cuba menghilangkan rawan.

T-shirt element hitam di badan ditarik melepasi kepala. Sampai depan pintu tandas t-shirt tu dicampak ke dalam bakul. Tangan kiri capai tuala biru kelabu di ampaian belah kiri pintu tandas tu pula. Seluar sengaja dibuka dan dilondeh dari kaki dan tangan laju melilit tuala ke pinggang. Seluar dicampak juga ke dalam bakul kotor. Farah yang nak berpusing mematikan lagu yang tengah berkumandang dari laptop tu ternampak aksi luar biasa. Cepat anak mata dialihkan. Terus wajah yang sedih tu bertukar rona. Malu.

" Jangan buat muka macam kau tak pernah nampak yang lebih teruk dari ni," rengus Haq lalu menonong langkah kaki ke dalam bilik air dengan mata tajam mencerun pada Farah.

Farah mendengus geram. Mengeluh entah kali ke berapa. Kepala digeleng. Tak mahu buang masa dan buat keadaan bertambah tegang dengan baran si Haq yang tak bertempat bila kata-katanya tak dituruti, Farah laju kemas meja kerja lalu kaki ditapak keluar dari bilik menuju ke dapur.

Pinggan nasi dan gelas di rak diangkat dan disusun ke atas meja. Gulai lemak ikan masin dan pisang serta ikan pari bakar serta air asam dah elok bersusun dalam pinggan dan mangkuk. Jug air sejuk diletak ke dalam talam. Di bawa ke meja juga. Piring buah tembikai yang dah di potong dikeluarkan dari peti. Juga di bawa ke meja.

Hampir tiga hari dia dan Haq duduk bersama lepas kejadian tu. Tapi baru hari ni Haq tegur dan cakap dengan dia. Sebelumnya Haq duduk di bilik tamu saja. Adakala terdengar lelaki tu menjerit dan melontar barang. Farah tak ambil peduli entah apa pun sebab dan alasannya. Tetapi, entah kenapa hari ni dia masuk ke bilik Farah. Entah mimpi apa.

“ Kau masak semua ni?"

Farah yang tengah pegang senduk nasi terkesip bila tiba-tiba suara garau dan keras tu menegur dari belakang. Cepat dada dia urut. Rasa jantung nak melompat keluar dari soket.

Dia sekadar angguk. Lalu, ekor mata mengerling. Nampak Haq duduk di meja makan dengan tangan laju mencapai buah tembikai dalam piring.

Mangkuk nasi yang dipegang nyaris tak terlepas dari pegangan sebaik dia pusing badan ke meja makan tu. Bola mata menyapu isi ruang meja makan. Nampak tubuh tuan badan yang tak berbaju. Cuma berseluar flannel kotak-kotak tengah elok duduk kalah judi atas kerusi. Dengan rambut masih basah tak bersikat rapi. Tangan kanan pegang hirisan potongan buah tembikai. Mulut pula penuh kembung diisi buah merah tu di kiri kanan pipi.

Farah telan liur. Dah macam nampak saka Tok Melah pula tengah melahap makanan. Serupa dua bulan tak jumpa makan. Padahal hari-hari dia masak dan letak bawah tudung saji dapur tu. Tak pernah tak habis. Licin licau makhluk tu bedal.

" Kalau nak makan, makan. Tak payah tengok aku macam nampak hantu raya!" selar Haq. Mata tajam dia memanah pandangan Farah. Tak lama tangan dia ligat memasukkan suapan nasi sepenuh genggaman ke dalam mulut. Tak mahu berlama menunggu Farah segera berlalu. Namun tangannya dicekak Haq. Farah pusing separa badan bila sekali lagi Haq bersuara keras.

“ Aku dengar umi dah hantar lamaran untuk isteri baru Hud. Esok majlis."

Farah terdiam. Tak tahu nak bereaksi apa. Wajah kosong dia pamer. Namun, dalam hati seolah ada belati tajam sedang menghiris satu persatu gumpalan daging lalu air merah pekat tu mengalir ke serata pelosok saraf.

******

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience