Bab 44 : Badai Asmara

Romance Series 20182

Tubuh di atas katil tu melisah. Kiri ke kanan kepala Hud di perbaringan bergerak-gerak. Sesekali tangan naik menepis angin.

"Awak.. Awak bangun.." Kerut di dahi naik berlapis.

“No.. No!! “ suaranya juga berbicara sayu. Lirih kedengaran.

Esakan demi esakan menujah pendengaran Farah. Farah terkaku sebaik melangkah ke bilik tamu tu. Sekujur tubuh masih berselimut di atas katil mungkin kesan kesejukkan dari penghawa dingin di bilik tersebut.

Hud masih gelisah dengan mata terpejam. Tangan dan kaki sesekali kelihatan bergerak-gerak di bawah comforter tebal tu. Renik peluh mula terbit di dahi. Mulutnya masih meracau-racau menyebut yang tak pasti. Hanya sesetengah butir bicara yang di dengar dan faham.

Farah kaget. Dia mula merapati Hud yang meracau. Jari telunjuknya teragak agak mahu menyentuh bahu Hud yang tak berbaju di bawah comforter tebal tu. Bibir bawahnya digigit bagi menghilangkan cuak di dada. Risau kalau-kalau lelaki tu terjaga dan lihat dia di situ. Buatnya identiti lelaki tu adalah Haq kemungkinan Farah akan bermasalah.

Makin lama makin kedengaran suara lelaki tu mengongoi sedih. Farah bertambah panik. Risau kalau lelaki tu demam atau apa. Tanpa sedar tangannya naik menekap dahi Hud. Panas berbahang. Sah lelaki tu demam. Farah menggoncang bahu Hud pula.

" Awak.. Bangun. Awak demam ni!"

Hud seperti tadi masih menutup mata. Tapi mulutnya sudah berhenti meracau. Kemudian, dia sendiri terjaga bila terasa ada tangan yang menggoncang bahunya.

" Awak.. Bangun. We should go to the clinic now. You're damn high in fever." senafas Farah bertutur.

Kelopak mata Hud terbuka lalu menyerap figura yang berdiri di depan matanya. Dia tersenyum dalam hati. Hud menggeleng. Dia terasa kepalanya sangat berat. Seperti dihempuk batu yang besar. Badannya sangat lemah nak bergerak. Dia selesa untuk bermalasan di bawah comforter tebal tu.

Farah terpaksa berkeras. Dia risau kalau biarkan Hud berlama mengeram atas katil dengan suhu yang meninggi seperti tu. Kemungkinan boleh diserang sawan. Sangat bahaya.

" I said get up. You need a doctor."

" I don't need a doctor. I'm okay" Hud menggeleng lemah. Degil pun iya.

Kemudian, Farah duduk bertenggek di tepi bahu lebar Hud.
Dia mahu membantu lelaki tu bangun dengan mengangkat kepala Hud dari perbaringan. Namun, kudratnya tak sekuat mana bila Hud yang memang lemah kerana demam sangat sukar untuk bangun dan memberat semula ke belakang dan membuatkan Farah turut sama terdorong.

Hud terpanar. Farah terkesima. Empat pasang mata mereka beradu. Nafas hangat Hud menampar kulit mukanya. Membuatkan adrenalin dalam badan cepat saja memacu ke seluruh tubuh. Farah ralit dalam renungan lelaki di bawahnya. Tanpa sedar dia terpesona dengan sentuhan tangan Hud yang mula memegang sisi lehernya. Hud senyum menggoda dan mula merapatkan bibirnya mencari bibir mungil Farah yang amat dirinduinya selama beberapa bulan ini.

Farah juga tanpa sedar memaut bahu Hud dengan kejap. Nafas mereka bersatu serta menderu. Hud bijak memainkan peranannya sehingga Farah terpesona.

Perlahan tudung Farah di buka. Dia menarik Farah ke dalam pelukannya di bawah selimut tebal tu. Farah sedar dengan rangkulan hangat dari Hud. Namun, rasa yang memuncak dalam dirinya juga buatkan dia terleka dan terbuai syahdu membiarkan Hud memperlakukan dirinya semahu lelaki tu.

Tautan bibir mereka semakin hangat. Semakin mendalam kasih dan rindu yang telah lama terbiar sepi tu. Hud tak mengisahkan lagi kepalanya yang memberat dan tubuh badan yang melemah tu. Raut wajah di depannya tu telah membuatkan demamnya terasa kebah. Jiwanya terasa berbunga-bunga.

Hud mensasarkan leher putih tubuh di atasnya tu. Tangannya mula mencari zip blouse Farah. Setelah menjumpai, dia menariknya sehingga menampakkan bahu dan separa bahagian dada wanita tu. Belum sempat Hud meneruskan aksi seterusnya terdengar ketukan pintu dan laungan suara yang kuat dari luar.

" Farah! Dah kejutkan dia belum? Semua orang tunggu dekat bawah nak sarapan sekali. Cepat ya." selepas itu, suara yang mirip umi pun hilang dari pendengaran.

Farah kaku. Hud beku. Farah kelam kabut bangun dari badan sasa Hud. Kolar baju yang terlondeh separuh dada tu dia betulkan semula. Merah padam mukanya.

Hud terus bergulung dalam comfoter seperti tenggiling bila diancam bahaya lagaknya.

" Warghhh!!!" Hud menjerit geram sambil menumbuk cadar katil di dalam gulungan comfoter. Badai asmara yang hangat tu telah diganggu membuatkan telinga dan mukanya memerah dan berbahang.

Farah terkesip kerana terkejut dek jeritan kuat Hud. Bergema seluruh dinding bilik. Farah diam dan terus memakai tudungnya semula. Tadi dia di suruh ke bilik tetamu untuk mengejutkan Hud oleh umi. Tapi tak sangka lain yang jadi bila dia ke situ. Farah memarahi diri sendiri kerana terlalu cuai.

Nasib sempat umi datang dan menyelamatkan keadaan mereka. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan terjadi. Sehingga kini, kaki Farah terasa menggeletar. Dia malu dengan diri sendiri yang mudah hanyut dengan perasaan.

Setelah siap Farah berkira mahu keluar. Tangan kanan memegang tombol pintu. Belum sempat pintu di buka dia terasa tangan kekar lelaki tu meraih pinggangnya pula. Semerta dia merapat ke dalam dakapan lelaki tu semula. Entah bila lelaki tu turun dari katil. Licik!

Farah berdebar. Jantungnya berdetak laju. Hal tadi tak hilang gemuruh lagi, kali ni di tambah pula dengan dakapan lelaki tu. Farah mengeraskan badan. Dia tak sanggup lagi terpengaruh dan terpesona dengan umpan perasaan sendiri walaupun hembusan nafas lelaki tu di belakang lehernya yang telah diliputi tudung terasa hangat dan nyaman. Farah pejam mata mengusir perasaan yang lebih hebat bertandang.

" Nak ke mana? We're not done yet! “

“Please, they'll waiting us. Respect others." air mata terasa mahu merembes ke pipi tetapi dia tahan daripada meluruh.

Farah malu dan sedih kerana terpaksa menepikan perasaan yang membuak dalam dada. Rasa berdosa. Dia keliru dengan perasaan pada lelaki tu. Dia bukan seorang yang pentingkan diri sendiri. Air muka semua orang masih perlu dijaga sementelah di sini bukan rumahnya. Dia perlu menghormati dan beradab dengan orang lain.

Perlahan Farah meloloskan diri dari dakapan hangat tersebut. " Hurry! They're waiting."

Dia kemudian membuka pintu dan menghilangkan diri. Pintu tertutup dan Hud menumbuk dinding di sebelah kiri pintu untuk melepaskan perasaan geram sehingga buku limanya kemerahan dan berkemungkinan bengkak.

**********

Suasana di meja makan tu meriah. Ceria dan hidup dengan gelagat ahlinya. Beberapa ahli keluarga Hud yang sangat jarang Farah jumpa turut berada di situ. Abang kedua Hud, Haidar dan Diana isterinya serta dua orang anak mereka berusia 2 dan 3 tahun turut kecoh makan di meja makan tersebut.

Puan Suraya yang perasan akan kehadiran Farah yang baru turun dari anak tangga terakhir menggamit dan memanggilnya.

" Mana Hud?" Farah tersentak. Bertambah debar di dadanya. Hud...

" Ke.. Kejap lagi turunlah tu." gagap Farah membalas.

Dia kemudian merapati meja makan tersebut sebelum mengambil tempat kosong di sebelah Diana yang masih kerusinya berbaki dua. Belum sempat duduk dia terpempan melihat figura seorang wanita yang sedari tadi ralit menghabiskan makanan dalam pinggannya.

Hannah.

Hampir dia terlupa yang wanita tu madunya. Sebab itulah wanita tu juga layak berada antara keluarga mertuanya di rumah tu. Kenapalah dia tak perasan yang di atas tu Hud, suaminya!

Kerana badan yang kurang sihat dan fikiran yang bercelaru sehingga menyebabkan diri terhidrasi dan pengsan petang semalam Farah hampir terlupa kisah sebelum itu. Bertambah dia malu pada diri sendiri kerana kejadian singkat di bilik Hud tadi. Kalaulah Hannah tahu. Farah mengeluh dalam hati.

" Makan Farah jangan segan. Semalam tak sempat nak makan ramai-ramai. Hari ini makan banyak-banyak tau. Bagi sihat sikit badan tu." ujar Diana sambil menyorong mangkuk bihun goreng ke depan Farah.

" Betul tu Farah, makan banyak sikit. Farah dah ok? “ soal Haidar pula. Sesekali dia menyuapkan makanan ke mulut kecil Affan di sebelahnya yang duduk atas kerusi baby tu. Manakala anak sulung mereka Irffan makan di ruang tamu depan ditemani mak wok.

" Alhamdulillah Farah dah ok. Maaf, susahkan semua orang pulak." Farah membalas penuh tertib. Dia mencapai senduk dan menyedok bihun goreng Singapore ke dalam pinggannya.

" Farah nak makan apa tengah hari ni? Umi masakkan. Hari ni kita berkelah ramai-ramai. Ceria sikit rumah. Selalu umi makan dengan ayah je. Boring." tukas Puan Suraya pula. Dia melirik ke arah Farah sambil menanti reaksi menantunya tu. Ceria rasanya saat tu. Semalam dia susah hati apabila melihat Farah pengsan.

Farah angkat wajah dari pinggan dan sudu di tangan memandang umi. Semua orang fokus kepadanya kecuali Hannah yang bersahaja menghabiskan sarapan dalam pinggannya. Farah tak selesa kerana Hannah juga di situ sebagai isteri Hud. Dia risau Hannah akan terasa dengan layanan ahli keluarganya yang lain berbanding dirinya.

" Tak apa umi, Farah dah nak balik kejap lagi. Ada hal penting yang perlu Farah uruskan. Tak perlu susah-susah. Farah hargai sangat pelawaan umi tu. Mungkin lain kali ada rezeki kita jumpa lagi." tolak Farah sebaik mungkin.

Umi tersenyum hambar. Dia rasa kecewa kerana tak dapat memasak untuk menantunya tu. Tetapi dia juga menghormati keputusan Farah yang ingin pulang sebentar lagi.

" Yelah. Lain kali no rejection lagi ok." senyum Puan Suraya kembali lebar apabila Farah mengangguk.

Hannah bangun setelah usai menghabiskan makanan. Dia membawa pinggan ke sinki. Farah bertambah pilu sebaik melihat perut Hannah yang semakin membesar tu.

" Hannah dah sudah ke? Banyak lagi makanan ni." tegur Diana apabila perasan Hannah bangun dari duduknya.

" Tak apa kak, Hann kenyang sangat dah ni. Hann nak naik atas tenggokkan abang pulak. Apalah yang dia buat lama sangat kat atas tu. Dari tadi belum turun. Risau dekat papa to be tu. Alahan dia makin hari makin teruk." ujar Hannah dengan wajah yang berseri. Maklumlah seri ibu mengandung ni lain macam.

Patutlah teruk sangat dia tengok Hud tadi. Alahan rupanya suami dia tu. Farah melamun.

" Iyalah. Lepas ni akak rasa korang kena rancang betul-betul. Kalau tak teruk juga suami Hannah tu. Kalau setahun seorang mahunya bed ridden dia." sengih Diana. Hannah tergelak kecil mendengar usikan Diana. Merah wajahnya menahan usikan.

" Betul tu Hannah. Kita kena rancang betul-betul. Tambahan pula kalau ada risiko sewaktu mengandung dan melahirkan lagi la kena berhati-hati." tambah Puan Suraya.

" Tak apa akak, dia sayang Hannah kan. Mestilah dia sanggup apa sahaja. Bukannya ulah orang lain. Setahun dua orang pun Hannah sanggup bawa. Janji bukan Hannah yang alahan." tambah Hannah semula.

" Baik umi, Insha Allah Hannah akan dengar nasihat umi tu." sambung Hannah lagi.

Farah menelan air liur yang terasa berpasir di rengkung. Bihun goreng yang di telan tadi terasa kesat. Jiwanya makin nanar mendengar kata-kata yang berbaur bahagia tu. Bihun goreng dalam pinggan hanya dikuis-kuis. Tekaknya terasa sebu untuk menelan lagi. Tidak dapat tidak dia harus segera pulang. Dia tak mahu mendengar lagi ayat bahagia rumah tangga orang lain.

Ya Allah, kau tabahkanlah hati ku.

" Lambatnya kau turun. Kita orang semua dah habis makan dah. Kau buat apa je kat atas tu." tegur Haidar sebaik melihat kelibat Hud.

Hud mengambil tempat di sisi Farah. Sekilas dia mengerling wajah sugul di sebelahnya tu. Teguran si abang keduanya tu di sambut dengan senyuman.

" Buat apa. Baru bangun tidurlah. Semalam tak boleh tidur jaga orang sakit." ujar Hud sambil matanya mengerling ke sebelah lagi. Namun, reaksi Farah tetap sama membeku.

" Untunglah badan orang sakit. Kalau macam tu abang pun nak kena sakit-sakit jugak lah baru dapat perhatian." balas Haidar sambil melirik ke wajah isterinya Diana. Diana menjuling mata ke atas.

Hud tergelak. " Sakit lain tak apa abang. Kalau alahan mengandung rasanya Hud pun tak sanggup dah. Teruk sangat penangannya. Surrender. " Hud angkat tangan. Semua yang ada di situ ketawa termasuk Tuan Halim. Farah sahaja yang tidak membuka mulut.

Tiba-tiba Farah tersedak semasa menghabiskan baki bihun goreng dalam pinggan. Beberapa kali dia terbatuk. Perit tekaknya. Cepat-cepat dia mencapai cawan air di depan dan minum. Terasa hendak putus nafasnya tersedak akan bihun goreng tu sehingga matanya turut berair. Terus telinga dan hidungnya berdengung dek kepedasan.

Hud pun kelam kabut menggosok belakang badan Farah. Cuba menenangkan isterinya. Farah tak selesa bila nampak kelibat Hannah yang turun semula ke meja makan tu. Dia risau ada adengan yang tak sepatutnya terjadi jika ternampak Hud memegang dirinya sedangkan wanita itulah yang lebih perlukan perhatian dari dia.

Farah terus bangun dari kerusi dengan wajah yang merah. Dia meminta diri untuk ke tandas.

" Kenapa Kak Farah tu?" soal Hannah terpinga. Terkejut dek tindakan drastik Farah yang bangun secara mendadak dan meninggalkan meja makan.

" Tersedak bihun goreng." jawab Hud.

" Mana Barr?" sambungnya kemudian.

" Biasalah pagi-pagi macam ni dia dengan BFF dia tu. Lembik macam jelly dah kat atas tu. Tak tahulah berapa kali muntah. Ni Hannah nak bawa makanan bagi dia."

Mereka semua tersengih mendengar cerita Hannah. Kesian sungguh papa to be tu.

" Tak apalah Hannah pergilah bawakan dia makanan. Kesian umi ke dia. Cakap dia sabarlah sikit. Sebulan dua lagi hilanglah alahan dia tu. " nasihat umi.

Hannah mengangguk dan senyum. Dia kemudian membawa makanan dan minuman untuk suaminya ke atas.

*********

Farah memasukkan pakaian kotor ke dalam beg dan beberapa barangan lain. Dia mahu berkemas dengan kadar segera. Tak sangka dek insiden pengsan petang semalam membawa dia bermalam di rumah umi. Nasib semalam dia teringat untuk membawa pakaian ganti yang diletakkan dalam boot kereta. Kalau tak naya ajelah kena pakai baju orang lain.

Dia sudah tak betah berlama di situ. Dia agak terkesan dengan ragam orang di rumah tu. Nak pula madunya turut menyertai mereka. Dia tidak mahu merosakkan mood gembira mereka. Lagipula petang tu dia sudah berjanji mahu pulang ke rumah ibu dengan abahnya di Bangi.

Farah yang sedang ralit dengan baju-bajunya terkejut apabila tiba-tiba pintu bilik terbuka. Hud kemudian menyusup masuk dengan penuh hati-hati. Dia mengisyaratkan jari telunjuk di bibir kepada Farah agar isterinya tu diam dan tidak berbunyi.

Bukan apa, dia risau umi mencari keberadaannya kerana telah memberi tahu umi tentang isi hati dan keputusan yang bakal dia buat semalam. Dia tidak mahu umi dan yang lain berfikir dia mahu mengambil kesempatan lagi ke atas isterinya tu.

Hud menghampiri Farah di birai katil. Dia kemudian duduk melutut menghadap suri hati belahan jiwanya tu. Namun pandangannya tunak ke arah beg pakaian di tangan Farah.

" Lady you nak pergi mana?"

Syahdunya dengar perkataan 'Lady' yang keluar dari mulut lelaki tu. Terlalu lama dia tidak mendengar panggilan tersebut. Tetapi Farah terpaksa mengeraskan perasaannya dari terus terkesan. Biarlah dia yang beralah asalkan Hud dan Hannah bahagia.

Apabila tidak mendapat respon dari Farah, Hud bergerak lebih rapat ke hadapan di depan isterinya. Sehinggakan lutut mereka bersentuhan. Farah tersedar dan terus menaikkan kaki ke atas katil. Dia tak kuat untuk melawan perasaan rindu yang membukit di dalam dada. Dia risau kalau-kalau dia akan hanyut buat kesekian kali di depan kekasih hati pujaan jiwanya tu.

" Lady.. I'm asking you?" Dagu Farah di sentuh lembut. Pandangan mata Hud penuh romantis menyelam ke dalam anak mata Farah. Rindunya sendiri tak tertanggung buat wanita tu.

Farah melarikan anak matanya. Kepala ditekur ke bawah mengadap tangan sendiri. Dia sedih melihat jemarinya yang hanya tersarung cincin platinum Hud. Sampai ke hari ini, dia tidak menerima pulangan cincin kahwinnya yang diambil Hud kerana berjanji ingin memberi yang lain. Atas alasan cincin pernikahan dulu tu tak mempunyai nilai sentimental di jiwa Hud. Namun, cincin itu memberi sejuta makna buat Farah.

"I'm sorry what I've done with you." Hud memula kata. Tangan Farah dia genggam erat. Dia sendiri tengah berperang dengan perasaan yang hebat. Tengah mencari kekuatan untuk memberitahu keputusannya. Namun, dia perlu kuat. Keputusan telah dibuat. Dia harus laksanakannya biarpun hati sendiri terseksa.

Air mata Farah jatuh menitis satu persatu di atas genggaman tangan Hud. Dah tak boleh nak dibendung lagi empangan kolam matanya.

" It's not your fault. It is my fault."

Hud geleng kepala laju. " No, it's my fault. For now, I want you to have a good future. Bersama dengan saya, awak akan lebih terluka. Dan saya tak mahu awak terluka lebih teruk dari apa yang pernah saya buat. Pasal Haq, saya minta maaf. I don't meant to hurt you more. Cukup sampai sini. Saya mahukan yang terbaik untuk awak. "

Farah terkejut. Jantungnya berdegup laju. Apakah Hud mahu melepaskannya dari ikatan mereka? Hud mahu menceraikan dia?

Sungguh dia tak sanggup berpisah lagi dengan lelaki tu. Dia redha berkongsi kasih dengan Hannah kalau itu boleh buatkan Hud bahagia. Dia akan berjanji tak akan meminta lebih kasih sayang lelaki tu. Cukup sahaja dia menggalas gelaran isteri pertama tanpa cinta. Dia rela. Dia takkan mengganggu hubungan suaminya dengan Hannah. Dia akan pergi jauh dari mereka.

" Abang.." bibir Farah bergetar hebat. Biar dia yang mengakhiri semuanya. Dia tak sanggup mendengar luahan terakhir Hud.

Hud terkesima. Kali pertama Farah menggelarkannya sebegitu. Hatinya bertambah sayu. Mata mencari anak mata isteri di depan. Farah senyum dengan air mata yang tersisa.

" I love you. Farah redha andai ini takdir kita. Farah bahagia selama jadi isteri abang. Farah tak akan mengungkit atau meminta apa-apa dari abang lagi. Farah restui hubungan abang dengan Hannah. Farah mohon lupakan Farah dan izinkan, Farah bawa gelaran isteri ni sampai bila-bila. Maafkan Farah. "

Genggaman tangan Hud di angkat ke paras hidungnya dan dicium bertalu. Lantas, Farah bangun dengan pantas dan laju. Dia menarik beg galas yang di bawa sambil membuka pintu bilik. Rumah tu perlu dia tinggalkan segera.

Dia tak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Dada dia sarat dengan segala rasa sakit dan rindu yang terkurung. Dia perlu pergi demi kebahagiaan suaminya.

Hud terkedu. Sekelip mata figura Farah menghilang dengan meningglkan pesanan yang amat sulit untuk dia terima. Sampai macam tu sekalikah pengorbanan Farah untuk dia? Sekali lagi, hubungan mereka dilanda badai asmara. Apa dah jadi sebenarnya?

Arghh!

Diakah yang kejam?

***********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Jangan emo ye bace.. Sbb terpanjang sikit.. Hehhe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience