Bab 37 : Siapa?

Romance Series 20206

Cafe Manis Delight menjadi pilihan. Sudah dua hari dia tunggu Hud dengan kata putus untuk kes pernikahan mereka tapi sungguh malang Hud tak dapat di hubungi dan di jumpai. Jadi, dia tekad cari jalan keluar.

Dua jam sebelumnya dia menghubungi seseorang yang terpenting dan berkait rapat dengan kes tu. Lalu dia ambil keputusan untuk berjumpa. Makanya kini, Hannah dan wanita tu sedang elok duduk berhadapan di meja makan dengan di hadapan mereka ada segelas fresh orange dan limau ais sambil kepala dan benak kedua figura tu penuh emosi.

Suasana sepi mengitari mereka. Hanya terdengar suara lagu Someone Like You - Adele dari speaker cafe yang berlagu rendah dan sentimental.

" Kenal siapa?" jari telunjuk kanan di hala pada dada sendiri. Mata wanita di depan hanya memandang. Tak ada riak mahupun kata yang terbit. Diam dan mendengar.

“ Saya Hannah, adik arwah Sarah isteri abang Hud, " agak lama berdiam, gadis berambut ekor kuda tu memperkenalkan diri dengan senyum tak lekang di bibir. Semangat dan teruja. Pertemuan pertama empat mata antara mereka.

Pandangannya mencerun lihat penampilan isteri bakal suaminya. Atas dan bawah. Bawah ke atas balik. Bertudung-berbaju kurung. Klasik! Mata sempat menelaah.

Taste orang kampung! Abang! Abang!

“ Ya Hannah. Ada masalah apa nak jumpa saya?" soal Farah. Di angkat sedikit wajah lihat bakal madu dia tu. Berseri. Berkilau macam batu permata. Lupa di depan dia tu bakal pengantin. Haruslah bergemerlapan.

Hannah rangkul dua-dua jemarinya. Mata tak lepas pandang wajah Farah di depan yang kelihatan menunduk sejak dari tadi. Baru dia perasan yang hujung dahi wanita bertudung satin lilac tu berplaster. Di bawah bibir mungil tu juga kelihatan sedikit bengkak dengan warna biru kemerahan seperti lebam saat Farah angkat wajah bertanya. Kenapa? Hati tertanya sendiri.

“ Saya ada banyak benda nak bercakap sebenarnya. Tapi masa tak mengizinkan. So, we're straight to the point." Farah angguk. Hannah hela nafas sebelum sambung semula dengan duduk tubuh di betul pada kerusi putih tu. “ Kita bakal bermadu!" Dia hulur tangan bersalaman depan pandangan Farah dengan senyum tak lekang di bibir.

“ Ya, saya tahu," tanpa nada Farah bersuara. Riak tak berperasaan dia tayang. Huluran tangan tak bersambut. Sekadar perhati saja. Saat ni, tak mahu siapa pun dapat baca apa yang ada dalam fikiran mahupun hatinya. Cukuplah dengan wajah yang berplaster dan lebam tu dah beri anggapan buruk pada yang melihat dia.

“ Jadi akak setuju?" bola mata dia jelas bercahaya. Seperti butiran bintang yang bergemerlapan di langit kala malam gelap.

Farah senyum senget. “ Panggil saya Farah." Bola mata di kecilkan. “ Saya rasa Hud tak perlukan persetujuan saya untuk berkahwin lain," sarkastik dia menjawab.

" Betul. Tapi saya perlukan persetujuan puan untuk saksi surat pada syarat gila Hud. Puan tahu?" Hannah menduga. Tak boleh jadi kalau dia aje yang sakit kepala fikir pasal syarat tak masuk akal Hud tu. Bukan takut kalah. Tapi lebih kepada di buat benteng pertahanan untuk diri sendiri. Sekurangnya, kalau kalah pada perasaan pun biarlah bermaruah.

Kening Farah berkerut. Syarat gila? Farah tarik nafas dan hembus perlahan. Terasa sesak perasaan. Tapi untuk tak lebih mengusutkan keadaan dan fikiran dia kira lebih baik berkata yang perlu aje.

“ Itu antara Hud dan cik Farah. None of my business."

Hannah tak puas hati. Wajah isteri Hud tu nampak aje lembut tapi ayat dia boleh tahan pedas. Buat hati dia panas.

“ Kita bakal berkongsi kasih sayang, cinta, keluarga, harta dan semuanya dengan orang yang sama. Jadi ia juga adalah urusan puan. Saya bukan minta simpati atau belas ihsan dari puan. Saya cuma beritahu. Tapi jikalau puan ada akal yang waras saya harap puan tak biarkan suami puan aniaya wanita lain untuk kepentingan diri dia dan puan sendiri."

“ Aniaya?" Farah tersenyum senget. “ Terpulang. Apa juga kepentingan suami saya dengan Cik Hannah, bukan urusan saya. Saya isteri dia. Dan.. Sebagai isteri tugas saya hanya mentaati suami saya selagi dia amanah jalankan tanggungjawab dia terhadap saya. Sebaiknya cik Farah belajar untuk jadi isteri yang solehah untuk Hud. Juga belajar untuk lebih memahami siapa Hud yang sebenarnya."

" Saya lebih mengenali dia lebih dari puan. Luar dan dalam dia. Saya membesar dengan kasih sayang dia dari kecil. He's a great man."

“ Baguslah macam tu. Ada apa-apa lagi. Kalau dah habis saya minta diri dulu. Selamat pengantin baru." Farah bangun dari duduk. Tangan kanan capai tali beg tangan dan disangkut ke bahu. Tak betah tunggu lama. Nanti entah apa cerita lain yang keluar dari mulut bakal madu dia tu. Dari nak berfikir baik langsung jadi sakit hati.

“ Saya akan pastikan bukan puan seorang aje yang akan dapat Hud. Dan, saya akan buat dia lupakan rancangan gila dia tu. Saya akan pastikan puan juga terseksa sebab berkongsi dia dengan saya,"

“ Semoga dipermudahkan urusan." kaki dihayun hala ke pintu cafe sebaik Hannah lanjutkan kata-kata.

******

Ting Tong!

Ting Tong!

Hannah gesa-gesa lap tangan pada kitchen towel. Kaki di hala ke pintu depan. Lubang di pintu dia intai. Nak tengok siapa gerangan yang datang dan tekan loceng rumah yang sedang berbunyi tu.

Berkerut dahi dia. Tapi laju tangan pegang tombol pintu dan pulas. Daun pintu dikuak sedikit. Hannah jengulkan muka.

“ Assalamualaikum. Hannah ada?"

“ Waalaikumsalam. Saya Hannah."

“ Maaf sebab kedatangan kami ke sini tak diundang."

Daun pintu dikuak lebih lebar. Kunci pintu besi turut di buka. Bola mata akhirnya luas menyebar menyapu isi tetamu di depan mata. Dua orang. Seorang wanita separuh abad yang memang dia kenal dan belakang tubuh seorang lelaki yang sedang berbual di telefon. Hannah mempersilakan tetamu tak diundangnya masuk ke dalam.

“ Cik Hannah!" gadis yang berbaju blouse bunga kuning biru dan skirt palazzo putih paras lutut tu terkejut sebaik seorang lelaki berpusing dari depan kerana sedang bercakap di telefon semasa dia menjemput tetamu pertama tadi.

Hannah kerut kening. Bola matanya dikecilkan. Suara tu! Tampang tu! Dia masih ingat-ingat lupa.
Siapa?

“ Accident. Barr. Hospital." satu-satu ayat pengenalan diucap. Nak bagi ingatan memori cik gadis di depan tu tersingkap balik. Hannah garu pelipis. Perlahan bibir mengoyak senyum berbunga setelah peristiwa tak diduga tu melintas jalan di kepala.

And the rest is story.

******


Lagu Andesh Kamaleng yang dah di ubah ke versi english berlagu perlahan di corong speaker laptop yang di pasang di meja kerja tu.

Kalendar yang dilekat di atas planner biru-kuning-putih yang elok terletak atas meja kerja tu di selak. Bola mata laju mencari digit nombor haribulan dengan jari telunjuk sama berlari pada kotak-kotak digit tu sama dengan barisan hari. Bola mata dan jari telunjuk sama terhenti pada barisan kotak kedua atas bawah yang terakhir. Mata dipejam celik sesaat.

Sabtu. 24 November.

Nafas ditarik empat saat dalam sebelum dia hembus perlahan. Menyerap perlahan aura-aura positif lalu menghembus kasar emosi-emosi negatif yang sakit dan celaru. Dan makanya dah masuk seminggu kejadian tu berlalu. Otak ligat mencerna.

Helaian kelendar dan plastik planner ditutup. Tangan kanan mencapai cermin kecil di hujung sudut meja. Di bawa ke depan muka.

Jari kiri naik menyentuh lekatan plaster yang bertampal di hujung alis kening. Dikutil perlahan sehingga tercabut dari kulit. Bibir ikut tersungging dengan desiran mulut yang mengaduh. Plaster dicampak buang ke dalam tong sampah dengan tangan kanan masih statik pegang cermin kecil tu. Wajah dihala kembali pada cermin. Jari kiri naik sentuh parut di situ. Masih separuh basah. Seketika hati bertanda dengan sebuah rasa. Namun cepat di tepis dari terus hanyut. Tak kemana pun. Tak berkesudahan juga. Lantas tangan kiri naik menyentuh bibir. Sakit dah tak terasa. Kesan lebam biru-merah dah beransur hilang berganti dek warna hijau-kuning-kuning pudar. Sekali lagi hati diserang rasa yang tak berkesudahan. Dan sekali lagi cepat di tepis.

Sebab tu dia malas berlama di kerusi meja kerja tu yang membawa ingatan dia terlayar balik pada kata-kata si dia. Teringat masa tu...

Masa yang di prank ke Johor Bharu... Masa yang di bawa lepak di depan tembok tambak tu... Dengan senyum tak pernah lekang... Dengan ketawa riang yang tak padam... Di temani bayu laut... Di temani suara lembut

Mengusik..

" Amboi..boys are so boring. Ayat dia sombong betul. Kita tengok nanti boys yang boring atau girl yang annoying..."

Merayu...

" Kalau macam tu jomlah kita bercinta. Since kita ada lagi masa dua hari dekat sini, apa kata kita bercinta dalam mood honeymoon ni. Nak tengok jugak you ni kalau fall in love macam mana...

Ku ingin saat ini, engkau ada di sini..
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi..
Walau hanya sebentar, Tuhan kabulkanlah..
Bukannya diri ini tak terima kenyataan..
Tapi hati ini hanya rindu..

Ya, dia rinduuuu..

Dan... Ketukan di pintu membawa jauh ingatan tu terbang melayang. Seketika tubuh tersentak. Kepala di bawa pusing ke pintu. Belum sempat tubuh di angkat dari duduk daun pintu dikuak lebar. Hati berdebar. Tangan menggeletar.

Air mata yang hanya tadi bergenang di hujung tubir mata kini meleleh laju menganak sungai di pipi dan menitis satu persatu pada t-shirt apple kuning hijau di badan.

*****

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience