Bab 23: Hannah Delaila

Romance Series 20182

Maaf lambat update. Atas faktor kesihatan yang tak menentu membuatkan WL terpaksa menunda urusan nukilan ini. Kepada yang comment bertanya ini buah tangan untuk anda. Maaf sekali lagi jika tidak memenuhi expectations anda. Doakan WL sihat selalu. Salam sayang.

______________________________________

" Ini meja cik Hannah. Kalau ada apa-apa yang cik Hannah perlu boleh bagitahu saya dan yang lain-lain. Bilik saya dekat hujung sana tu. " ramah seorang wanita lewat 40an yang memakai tag nama Azrini sambil tersenyum memberitahu. Dia merupakan ketua jabatan di situ.

Hannah mengangguk seraya menarik kerusi biru itu. Kawasan bilik berpenghawa dingin yang menempatkan enam buah meja itu dia pandang. Luas dan selesa.

Akhirnya. Cita-cita dia tercapai juga hari ini. Mahu menjadi sebahagian daripada warga pendidik. Tetapi dia mahu berterima kasih kepada seseorang. Seseorang yang telah membantunya mendapatkan jawatan itu.

Hari ini, dia mula mendaftar diri di kolej itu di bahagian Jabatan Multimedia yang menempatkan seramai enam orang tenaga pengajar serta seorang ketua jabatan.

" Terima kasih Puan Azrini. Saya akan bekerja dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi." wanita itu tersenyum seraya mengangguk dan berlalu pergi.

Puan Azrini telah kembali ke biliknya. Hannah mula duduk di meja. Mengeluarkan beberapa barang peribadi dari kotak yang dia bawa lalu menyusun kemas.

Setelah berpuas hati, planner di atas meja dia tarik. Ralit dia meneliti jadual kelas untuk sesi pagi dan petang yang telah Puan Azrini berikan padanya awal-awal kedatangannya tadi.

Padat juga jadualnya dari awal semester hingga ke hujung semester pada penghujung tahun itu. Namun, bagi Hannah yang mempunyai tekad dan jiwa yang besar dia merasakan itu adalah perkara kecil. Dia bersemangat untuk meneruskan cita-citanya menjadi sebahagian warga pendidik walaupun cabaran di masa depan agak mencabar.

" Saya, Zaiti. Pensyarah Modul Statistik." ujar seorang wanita yang datang berdiri di depan meja Hannah dengan wajah yang manis bersama senyuman tiba-tiba.

Hannah yang sedang ralit, mendongak apabila mendengar suara orang di depan. Dia kemudian bangun lalu menghulur tangan " Hannah Delaila. Modul Teknologi Maklumat."

" Nice to meet you. "

" Nice to meet you too. Kalau ada salah silap harap boleh tunjuk ajar." ucap Hannah lagi.
Zaiti tersenyum manis mengangguk.

" We're team here. Meja satu Puan Zaiton DIT6, Meja dua Miss Jenn DIT5, 3; Cik Zaiti, its me DIT4; En. Kamal DIT3, 5; En. Yunus DIT2, and of course DIT1 belongs to you. " terang Zaiti satu persatu.

Mata dan tangannya seiring mengarah ke arah meja-meja yang terdapat di ruangan bilik tersebut.

Senyuman masih tak lekang dibibirnya. Namun para penghuni meja itu tiada kerana seeberkemungkinan menghadiri kelas-kelas mereka.

Hannah yang turut menebar pandangan melihat satu persatu meja beserta plat nama yang ada di meja mengangguk faham.

" Okaylah, kejap lagi I ada kelas. So I got to go." ujar Zaiti sambil melirik casio di permukaan tangan. Setelah gadis itu berlalu pergi Hannah duduk semula.

Dia mahu membaca beberapa perkara penting yang ada dalam buku etika kerja yang diberikan ketuanya Puan Azrini tadi. Buku berkulit tebal berwarna jingga itu di selak.

Setelah beberapa ketika kesibukkannya membaca dia di ganggu dek deringan dari telefon bimbit. Tanpa melihat terus Hannah menjawab. Suara di balik talian menerjah halwa telinga.

" Hannah papa ni. Where are you? Where are you have been this two weeks." Akhirnya terdengar keluh dari suara itu.

Terus ketar tangan dia. Mendengarkan suara Dato Salim di talian itu hatinya di buru sebak.

Rindu. Ya, dia rindu suara dan seraut wajah papa.
Kejadian bertekak dengan si mama tempoh hari membawa kepada Hannah memulakan kehidupan sendiri.

Dia yang geram dengan sikap suka mendesak dan kawalan ketat mama telah membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan cuba belajar berdikari sendiri.

Hannah tarik nafas dalam sebelum mula bicara.

" Hannah baik-baik saja pa. Hannah dah mula bekerja hari ini." bibir bawah digigit bagi menghilangkan resah di hati.

" Hannah dekat mana? Papa janji papa tak beritahu mama. Kita jumpa." pujuk papa.

Dato Salim yang baru pulang dari luar negara atas beberapa urusan kerja dan hal peribadi terkejut apabila di beritahu isterinya Salmah aka Sally yang Hannah lari dari rumah kerana bergaduh tentang bekas menantunya si Hud. Geleng kepala dia dengan sikap si isteri.

Semenjak kematian Sarah isterinya tu sudah keterlaluan mengawal dan cuba menentukan hala hidup anak bongsunya itu pula.

Sally juga sudah lama tidak beri perhatian dan mengabaikan kepada dia sebagai suami. Sibuk di butiknya dan juga berpersatuan bersama isteri-isteri VVIP.

Dia tahu isterinya itu cuba menutup rasa sedih setelah kematian arwah anak sulungnya. Dia juga berasa hal yang sama namun tidak adil bagi dia sebagai suami dibelakangkan dan dinafikan hak dalam berumah tangga.

" Jangan risau pa, Hannah tahu jaga diri. I'm sorry I couldn't be your dearest and dreaming girl like kakak. I'm not interested to your company. Please respect my choice. I'm beging for your apology." sayu suara Hannah memberi tahu.

" You are always my lovely Delaila. I know sayang, it's okay. Don't think to much. My blessings always with you. Tapi.. " suara papa terhenti seketika. Terdengar suara seorang perempuan di balik talian bersama papa yang Hannah kurang jelas bual bicaranya. Pelik dia seketika.

Pagi lagi ketika ini, tak mungkin papa di office. Mama? Mustahil seawal lapan pagi mama bangun? Pelbagai tanda tanya bermain di kepalanya namun di biarkan saja.

" Hello pa.. Who's there? " soal Hannah.

" Errr.. Ya, ya.. I'm here. Err.. No one sayang. My PA are calling me. Actually we are in Terengganu dealing some project here." terang papa. Hannah mengangguk.

Patut la pun!

Hmmm, mesti mama buat hal lagi.

Kali ini papa dia kerap tidak pulang ke rumah. Sibuk mengatur kerja di luar. Dia tahu ada masalah yang mengganggu antara papa dan mama.

Namun, siapalah dia untuk masuk campur. Urusan dia sendiri pun banyak. Sekali lagi keluhan berat Hannah lepaskan.

" Pa just now you said tapi.. What's the matter?"

" Aa.. Ooh, tapi Hannah jangan belakang kan mama. Please respect her. She still your mom. Apa pun redha mama yang penting. Tolong hormatkan mama macam Hannah hormatkan papa. What ever you do please and please dahulukan mama. I'm here to listen all your problems. And do remember I love you so much. Always and forever. " nasihat Dato Salim.

Sebagai bapa dia wajib menjernihkan hubungan anak dan ibu itu. Dia perlu menjadi agen penjernihan dalam masalah mereka, bukannya mengeruhkan lagi hubungan.

Hannah yang berteleku di meja menggigit bibir menahan esak. Sebak di hati makin terasa.

Papa is papa. Nasihat tak pernah lupa dititipkan untuk dia. Walau hubungan dia dengan papa tidaklah serapat mana kerana papa selalu sibuk dengan dunia korporat dan usahawan dia berbanding mama namun papa tak pernah abaikan perasaan dia.

Papa selalu beri kata-kata motivasi kepada dia. Kata-kata semangat pada dia. Dan itu, menyebabkan Hannah bertambah rindu pada papa.

" Insha Allah pa. Pa.. Apa romantik sangat ni.. Macam cakap dengan girlfriend aje. Kalau mama tahu ni, your dead meat pa." usik Hannah.

Air hidung yang ingin meleleh tadi di kesat dengan belakang tangan. Tidak jadi dia meneruskan drama air mata dengan papa mendengarkan ayat romantik papa tadi Hannah tersengih. Sungguh kalau orang tak tahu mesti orang akan ingat papa sedang bercakap dengan kekasih.

" Papa dah tua kalau nak ada girlfriend pun. Tapi kalau Hannah dapat mummy baru pun okay jugak kan. Kiranya saham papa ni masih tinggi la ye. Something to ponder somehow." tergelak besar Dato Salim.

Dia cuba mengusik Hannah balik. Tergeletek hatinya saat itu. Lega sedikit hatinya mendengar suara ceria Hannah di balik talian.

Hmmm.. Kalaulah Hannah tahu. Kalaulah Sally tahu. Salim menggeleng kepala perlahan.

" I got to go. Apa-apa inform papa. Kalau tak dapat, call Kak Dara my secretary . Hannah ada nombor dia kan?" pesan Dato Salim.

" Ye pa. Baik." setelah berpamitan, Hannah meletakkan telefon. Kepalanya di geleng perlahan.

'Pa.. Pa..'

Tergeleng kepala Hannah dengan senyuman senget.

Mummy baru??

Something to ponder??

'Haih pa jangan buat lawak antara benua pa.'

Seriau dia nak memikir. Kalaulah sungguh, aci la dia kerat jari kuku yang acik Sally dekat rumah tu kejar pa dengan mummy baru guna hammer drill nanti. Sengih sumbing Hannah mengingatkan.

********

" Abang telefon siapa tadi?" tanya si isteri.

Tuala yang mahu melurut dari kepala dia betulkan letak duduk dengan tangan kanan manakala kolar bathrobe berwarna kuning langsat yang senget benget juga sama di betulkan dengan tangan kiri.

Senyuman di bibir suami terukir sebaik berpaling. Telefon bimbit diletakkan atas meja konsol di sebelah.

" My baby." si suami kenyit mata.

" Hmmm.." hanya itu yang terlafaz di bibir. Sedikit cemberut wajah yang baru usai mandi tu. Dingin air di tubuh belum kering tapi hati pula tiba-tiba panas meruap.

' Baru tiga hari bernikah ada hati nak berbaby baru pula' sungut si isteri dalam hati.

Langkah kaki yang mahu merapat ke katil terbejat. Terus saja di bawa menuju ke balkoni bilik.

Sliding door di tolak. Kaki di bawa menuju ke balkoni. Menghirup udara segar di waktu pagi itu lebih baik daripada melayan sesak di dalam dada. Untung jika udara nyaman dapat melenyapkan panas di hati.

Tergeleng kepala si suami. Baru usik sikit dah mencuka wajah buah hatinya tu. Badan di bawa bergerak ke arah balkoni.

" Sayang tengok apa. Cantik sangat ke view kat sini dari muka abang ni. Kata kita mood honeymoon?" soal si suami. Wajah cemberut isteri di pandang.

Si isteri masih berdiam membuatkan si suami meraih bahunya. Kedua bahu di rangkul. Wajah mendung isteri di tatap penuh kasih.

" Abang telefon Hannah tadi tu. Kelmarin abang tak sempat nak telefon dia tanya khabar. Tambahan dia sekarang dah tak duduk dekat 'The Flint House' lagi. Kalau tak mesti abang tak susah hati. Boleh aje tanya pada Sally. Janganlah muncung dan diam macam ni. Sayang buat abang rasa bersalah tahu. "

Mata yang redup tadi kini bersinar kembali. Terus saja hilang panas yang bermukim di hati. Dara Aishah gigit bibir. Terasa penyesalan pula bila tahu kebenaran.

" Maafkan Dara abang."

" It's okay. Abang maafkan. Tapi lain kali siasat dulu. Jangan meluru serkap jarang. Kalau benda baik tak apa. Kalau benda yang bukan-bukan buat sakit dan sedih sendiri saja. Lagi pula hal berkaitan perasaan jangan di pendam. Lebih-lebih lagi pada pasangan yang baru melayari bahtera rumahtangga macam kita. Kepercayaan dan sikap bertolak ansur yang paling penting. " panjang lebar Dato' Salim beri nasihat.

Ya, dia terlebih dahulu makan garam. Dia terlebih dahulu melayari alam rumahtangga. Di usia 55 tahun ini sebenarnya perkahwinan baru bukanlah menjadi keutamaannya. Tapi di sebabkan layanan sambil lewa isteri pertama serta sikap hilang kepercayaan pada suami sendiri menyebabkan perkara ini terjadi.

Kehadiran Dara Aishah sebagai pembantu peribadi dia hampir dua tahun yang lalu membuatkan hati dan perasaan Dato' Salim berbunga ceria.

Kematian anak sulungnya Sarah Delisha akibat kanser payudara menjadi penyebabnya. Isterinya Salmah mengabaikan perasaan dan kewajipan sebagai isteri. Kekosongan jiwa dan perasaannya yang kosong kembali terisi dengan kehadiran Dara Aishah sebagai pembantu peribadi.

Setiap hari berurusan dengan Dara Aishah hatinya semakin terpaut kepada anak dara lanjut usia itu. Di hampir umur 40an dia telah melamar menjadi isterinya yang sah. Lantaran pekerjaan mereka yang menuntut kehadiran bersama setiap waktu dan saat di masa dan luar waktu kerja. Daripada menjadi mangsa fitnah lebih baik dia menghalalkan wanita itu.

" Abang rindu Hannah? Kak Salmah?" tiba-tiba itu yang di tanya Dara Aishah.

Pandangan mata yang sayup memandang ke tengah dada Laut China Selatan itu di bawa menghala pada raut suri hati di sebelah.

" Rindu ini selamanya ada untuk mereka. Tapi rindu mereka abang tak pasti masih bersisakah buat abang." Dato' Salim melepaskan nafas.

"Kalau rindu abang baliklah jenguk mereka. Lagipun kita dah dua hari di sini. Kak Sally pun tanggungjawab abang juga. Saya tak mahu di tuduh tamak dan pentingkan diri sendiri."

" Baru dua hari sayang. Bukan dua minggu pun. Bagilah abang peluang berbulan madu dengan sayang lama sikit. " sengih Dato Salim.

" Kita akan jumpa hari-hari abang. Kalau bukan di rumah di ofis pun boleh jugak. Dekat luar pun sama. Tapi Kak Sally tu jarang-jarang abang jumpa dia. It's okay. Saya cuba faham keadaan abang. Saya yang sanggup berkongsi abang dengan mereka. Apa pun ujian dan dugaan pasti akan saya tempuhi. Esok kita balik ya." pujuk Dara Aishah.

Kesayuan mata si suami itu membayangkan kerinduan yang tak berpenghujung pada dua insan yang terlebih dahulu bertakhta di hatinya itu. Dia tahu sedalam mana kasih suaminya pada mereka. Dia mengerti. Jadi, dia akan berkorban apa sahaja yang di punyai untuk kebahagiaan suaminya.

" Dah lah, jangan sibuk fikir pasal mereka. Hal mereka abang akan uruskan. Hal abang, abang nak sayang yang uruskan. Harap-harap abang dapat servis yang terbaik. " usik Dato' Salim sambil mengenyit mata.

" Insha Allah. Andai Allah pinjamkan lebih waktu buat saya akan saya pastikan semua yang terbaik untuk abang. Saya harap perkahwinan ini akan jadikan saya isteri yang mendapat redha suami dan Allah S.W.T. Moga abang dapat bimbing saya menjadi isteri yang taat dan solehah buat suami dan keluarga kita." tangan suaminya dicapai dan digenggam erat.

Anggukan dari suami membuatkan Dara Aishah menguntum senyum. Perasaan bahagia menjalar ke seluruh jiwa antara mereka. Walaupun sekadar menumpang kasih lelaki itu dia tetap bahagia.

Tiba-tiba waktu bahagia mereka tercantas dek bunyi lagu keroncong dari perut Dara Aishah. Meletus tawa Dato' Salim.

" Sayang dah lapar ya. Kesian isteri abang. Sampai berkeroncong perut tu. Bagi abang masa 15 minit untuk mandi dan bersiap. Lepas tu kita turun sarapan dan jalan-jalan di sekitar bandar penyu ni." ujar Dato' Salim semula.

" Okey. Saya pun nak bersiap jugak." balas Dara Aishah dengan senyuman manis pada suaminya yang dah melangkah masuk ke suite penginapan bulan madu mereka.

Dara Aishah mengekori di belakang suaminya. Tak sabar dia mahu menikmati menu-menu istimewa masakan orang di negeri pantai timur itu. Walaupun bukan kali pertama dia mengikut Dato' Salim menjalani urusan kerja di situ namun tetap juga dia teruja. Kali ini lebih lagi kerana sudah bergelar isteri kepada lelaki yang penuh tertib itu.

***********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience