Bab 6: Makan malam

Romance Series 20206

Troli di tolak perlahan. Mereka beriringan masuk ke pasaraya besar tu. Dari satu lorong ke satu lorong dilewati. Tapi troli masih kosong.

"Nak beli apa ni? “ Farah bertanya bila sampai dekat rak makanan ringan. Hud disebelah dikerling.

" Beli la barang untuk dapur. Toiletries. Sabun semua tu. Yang awak rasa perlu, ambik la. "

Farah menggangguk. Dalam diam dia memerhati. Baru perasan lelaki tu berkemeja putih berbelang biru hari ni. Sepadan pulak dengan diri sendiri. Dia pula mengenakan baju kurung cotton berbunga biru kuning bertanah putih.

Ada chemistry! Lalala.

Tapi wajah Hud nampak letih sikit. Rambut potongan crew cut tu pun dah tak kemas. Muka pun nampak berminyak sikit. Tie dah longgar kat leher. Lengan baju pun dah berlipat sampai ke siku. Baju usah kenang. Dah kedut seribu.

Tapi, tetap nampak maskulin.

Sambil tu, Farah berjalan perlahan depan rak makanan dalam tin pula. Di angkat letak cendawan dalam tin beberapa kali. Beberapa jenis jenama di depan mata dia belek. Semestinya mencari tanda halal serta tarikh pembuatan dan luput sekali.

Hud seluk poket seluar slack dengan sebelah tangan. Lagi sebelah tangan naik menyapu rahang. Dagu yang di tumbuhi janggut nipis yang telah dicukur kemas tu digosok perlahan. Mencari idea.

Dia pun tak tahu nak makan apa. Selama ni dia makan kat luar je. Paling tak pun, singgah rumah umi. Kalau kes teringin pun, merengek manja dengan umi dapatlah makan benda yang dia nak.

Ni, dah ada bini. Suruh bini masak jela. Sekali sekala merengek manja dengan bini suruh masak pun tak ada masalah kut! Hahaha..Hud gelak dalam hati.

Test tengok, bini baru dia ni boleh masak ke tak? Ayat dalam kepala melintas. Sekilas mata mengerling Farah di sebelah. Tapi kosong. Dia pusing pandang ke depan.

Dah jauh rupanya isteri dia tu jalan ke depan. Tinggal dia tercegat dekat rak tu seorang. Hud geleng kepala.

Bertuah betul! Hurm..

Hud jenguk ke dalam troli depan dia. Ada beberapa makanan dalam tin, dua paket gula, kicap, sos, minyak sebotol, susu tin, susu kotak, tepung, beras sekampit dan beberapa stok makanan segera.

" Yang ni je barang awak ambil? " tanya Hud.

Farah angguk. " Cukup la untuk kita berdua je. Bukan ada sesiapa pun."

"Tak apa, ambil lebih sikit. Untuk keperluan sebulan. Incase, kalau saya outstation tak ada la awak kena keluar beli barang seorang diri." tambah Hud semula.

" Dah ada idea nak makan apa?" soal Farah sekali lagi.

Tadi tu saja je dia tinggalkan Hud dekat belakang. Kut la cari inspirasi nak makan apa. Boleh la dia ambik barang - barang untuk menu masakan yang Hud nak tu.

" Dah. Saya nak makan masakan Thai malam ni. Yang lain-lain tu kita fikir nanti." Hud ambil alih tolak troli pula. Berjalan perlahan di sebelah isterinya.

" Amboi sampai ke Thailand. " bulat mata Farah dengar jawapan dari Hud. Tak sangka dia, Hud nak makan masakan Thailand. Ingatkan masakan biasa-biasa je.

" Salah ke? Unless kalau awak tak mahu masak kita singgah je kedai siam kat depan corner nak masuk taman perumahan kita tu. Senang kerja. Awek-awek siam kat situ pun boleh tahan juga rupanya. Sambil menyelam, boleh lah saya minum air sekali." slumber ayat Hud. Dia tersengih pandang Farah.

" Tak salah nak makan. Saya ok je boleh tolong masakkan. Tapi kalau tak sedap jangan complain ya. Tapi yang gatal sangat ni kenapa? " Lagi membulat mata Farah. Tak sangka dia perangai laki dia boleh tahan merenyam juga.

Lelaki Farah oiii. Kalau tak mata keranjang memang tak sah. Pantang nampak gadis dahi licin mulalah nak masuk line.

" Bukan gatal. Nature born. Hahaha... " berdekah suara Hud.

Orang sekeliling mula memerhatikan mereka. Automatik tangan Farah naik menekup mulut Hud. Kuat sangat gelak. Mengganggu perhatian orang je. Geram Farah.

Hud masih ketawa. Tapi suara dia dah tenggelam di balik tapak tangan halus si isteri. Slow je. Dah tak kuat macam tadi.

Selepas Hud diam, beberapa saat baru Farah lepaskan tekupan. Hud sengih menampakkan barisan gigi yang cantik dan teratur. Tapi, Dalam hati dia dah macam ribut taufan Andrew.

Baru Farah sedar, yang dia sentuh Hud macam tu. Malu dia. Malu dengan orang satu hal. Malu dengan hud pun satu hal. Terasa panas muka.

Ish!! Tak boleh jadi ni. Rungut hati sendiri.

Hari ni saja, dah berapa kali kantoi dia buat silap. Sebab terkejut campur malu dengan orang sekeliling kat tempat awam bila Hud gelak kuat macam tu. Dia lupa nak jaga kelakuan. Apasal la tangan dia tu laju je nak sentuh anak teruna orang?

Terus Farah jalan laju tinggal Hud kat belakang. Dah tak tengok lagi dah. Kalau boleh dia nak terus saja balik rumah. Nak masuk bilik dan
berkurung bagi hilang malu.

*****

Beg plastik yang berisi barang keperluan dan makanan yang di beli tadi Hud letak atas meja kaunter. Diikuti Farah dari belakang. Dia juga turut meletakkan beberapa beg plastik yang dijinjing dari kereta. Baru sampai rumah dari berbelanja barangan dapur di Jaya Grocer petang tadi.

" Nak buat apa tu?" mata naik memerhati wajah orang di depan kaunter.

Tangan yang mengeluarkan beberapa kotak tenusu, biskut, cereal dan beberapa jenis makanan segera dari plastik belanja tu segera terhenti di tengah udara. Mata naik memandang pada suara yang bertanya di tengah pintu dapur.

" Clear all of this." mata menyapu segala isi meja yang dipenuhi bungkusan plastik tu.

Orang yang di muka pintu tu pula melirik osiris di tangan. Enam dua puluh tiga minit petang. Allah! Lambat sangat dah ni. " Later, we're going to see him first." jari telunjuk dan anak mata sama naik ke atas.

" Baik ustaz!" perlahan suara dia membalas teguran dan peringatan tu. Terus kaki dihala keluar dari dapur. Plastik barangan tadi terbiar bersepah semula atas meja.

" Heard that! “ gumam orang yang dah berjalan dulu meniti anak tangga pertama tu.

Orang yang baru menapak keluar dari pintu dapur tu pula cepat-cepat simpan sengih. Terlajak kata. Tak sangka orang kat depan tu dengar. Hahaha dia marah ke panggil dia ustaz?

Buat main Farah! Pegang anak teruna orang pagi tadi satu hal. Lepastu tekup mulut dia kat tempat awam pun satu hal. Ni mengusik dia pulak satu hal. Mentang-mentang Hud diam. Tak kisah kena peluk, kena pegang, kena sakat. Kemain kau ya.

*******

" Come, be my partner! " tangan menggamit figura wanita yang baru nak menyarung telekung di depan cermin wardrobe sambil menunjuk ke arah dua sejadah yang dah di hampar elok di tengah ruang rehat antara bilik.

Nyaris terlucut telekung ditangan. Terkejut punya pasal. Pintu oh pintu. Kenapa la lupa nak tutup. Keras kejung dia sekejap depan cermin tu. Kan dah tak pasal ada orang kat situ.

Terus dia pandang tubuh yang tengah bersuara tu dari balik cermin kaca dihadapan. Sang ustaz yang ber-tshirt dan berpelikat elok berdiri depan pintu. Mata dia turut menala ke arah yang sama. Dua helai sejadah elok tersedia mengikut hamparan imam dan makmum.

Dua saat kemudian, dua tubuh tu dah berada atas tikar sembahyang. Si makmum mula mengikut pergerakan imam di depan berulang-ulang sehingga cukup empat rakaat.

Usai solat, terus Farah menapak ke bawah semula. Nak menyelesaikan tugas yang terbantut tadi.

Hud pula dah kembali semula ke biliknya. Entah apa yang di buat. Farah tak ambil pusing. Yang dia tahu, dia turun dapur ni sebab nak masak makan malam. Perut dah berkeroncong nyanyi lagu zapin.

Setiap kali membeli barangan dapur di rumah sewa dia suka terus menyimpan barangan tersebut. Sakit mata dia kalau dibiar bersepah atas meja atau almari dapur. Tapi ni sekarang dia menyewa jugak. Bezanya housemate dia kali ni opposite gender. Tergeleng dia sendiri.

Dalam masa dia dok berkemas tu, otak ligat berfikir untuk menyiapkan menu hidangan makan malam. Kejap lagi dah nak masuk maghrib. Nak makan sebelum maghrib ke atau selepas? Ustaz tu dia nak makan waktu bila? Kalau ikut Farah , lepas maghrib baru nak makan. Biar solat tanpa perut yang berat. Baru selesa nak menunaikan ibadah. Ibadah pun akan lebih kusyuk.

Apron yang tergantung di penyangkut, ditarik dan di lepasi kepala. Tangan dibawa ke belakang menyimpul tali ikatan. Sekilas kepala disengetkan sambil jari telunjuk mengetuk pelipis. Mulut juga diherotkan. Cuba memikir menu. Selang empat saat. Bersinar mata dia. Senyum dikulum. "Gotcha! Sotong goreng kunyit, sayur campur - tomyam ayam dan enoki." Insha Allah, bakal menu makan malam mereka. Masakan Thailand untuk Hud.

Pan yang tergantung pada dinding di depan diambil dan diletakkan diatas tungku dapur. Minyak masak di tepi kaunter pula diambil dan dituang dalam kiraan dua sudu.

Kelihatan asap nipis sudah menaik dari minyak di dalam pan. Tangan kanan mencampak potongan bawang besar dan putih sambil tangan kiri sedia memegang sudip menanti untuk mengacau bahan.

Apabila bawang dah layu dan bertukar warna, Farah masukkan pula carrot dan kubis bunga. Di kacau sebentar sebelum mencampurkan capsicum yang sudah di potong panjang.

Sambil masak Farah berlagu perlahan.
Cukup di dengar telinganya sahaja. Tangan lincah membuat kerja. Sesekali dia berlari ke dapur gas dan sesekali pula berlari ke sinki. Dari kerja memasak sehinggalah membasuh peralatan. Dilakukan dengan senang hati.

" Sedap bau!"

Farah yang tengah berlagu perlahan terkesip. Terus terangkat bahu.Dia menoleh. Hud tarik kerusi depan meja kaunter sambil tangan mengacau sotong goreng kunyit di dalam pinggan sambil tayang sengih.

Farah geleng kepala. " Aci redah je.. bagilah salam dulu. Nasib tak kena hayun dengan senduk." tangan separuh angkat senduk nasi yang tengah di basuh setentang muka Hud.

" Assalamualaikum. Sampai hati ke? " dia kulum senyum. Tercuit dengan gelagat orang di depan. Nasib lah tak melatah orang tu di buatnya.

" Sampai tak sampai la. Kalau tak kena dahi pun, mungkin hidung. Perhaps, both. Maybe, check in too." Mata bundar Farah mengecil, cuba mengingatkan.

Minta simpang kalau benda macam tu jadi. Tapi, benda tak duga mana boleh agak. Aksi pun mestilah luar alam juga.

" Ada jurus semilar sakti ke?" tak habis lagi ayat provok Hud.

" Jurus tangan sembilan. " sarkastik jawab Farah sambil tangan menghantar mangkuk nasi ke depan Hud.

" Terlebih tengok kartun ni." sengih mengusik Hud masih tak surut.

Pinggan di depan lelaki tu dia tarik. Dua ketiga senduk nasi diletakkan dan pinggan dikembalikan kepada tuan tanah. Kemudian pinggan di depan dia pula ditarik. Kuantiti nasi juga hampir serupa.

" My bad. Sorry mam!" kedua tapak tangan dicantum dan dinaikkan ke tengah udara antara hidung dan dahi. Dia pandang muka Farah .

Farah langut muka setentang mata didepan. Jarak hanya satu meter antara mereka. Cuma dipisahkan meja kaunter dan lauk pauk yang terhidang.

Sengih sumbing dia tarik. Memek muka masih tak boleh nak scandalise benda yang orang depan tu buat tadi. Geram masih berbaki. Namun, applogizing gesture yang terhidang depan mata buat dia rasa perasaan tu mulai menyurut. " Your pleasure mister but not sure for another time."

" It won't." lima jari tapak tangan kanan pula di angkat separas bahu.

Farah sekadar mengangguk.

"Dah, jom makan." Kemudian kedua tangan Hud angkat menadah di tengah udara. Lafaz bismillah dan doa dibaca tanda meraka berdua memulakan makan malam.

" Impress me." sepatah sepatah Hud kunyah campuran nasi dengan sotong goreng kunyit dan sayur campur dalam mulut sebelum menelan.

" Perfecto!" sambungnya lagi selepas menyudu kuah tom yam ke dalam mulut. Masam dan pedas bersatu dalam mulut buat Hud asyik mengunyah.

" So.." ujar Farah sambil tersengih. Berdebar dengar komen orang yang kat depan tu. Dia masak biasa-biasa je. Bukannya professional macam chef pun. Main campak- campak je.

" So.. Lepas ni kena masak selalu la."

" No hal."

Farah pandang tepi sebelum berbunyi perlahan.
"Jangan harap la nak pergi kedai siam Che Wan kat depan simpang tu lagi dah."

" Haa.. Apa dia?" tanya Hud. Dia panggung kepala bila dengar suara Farah.

Kelam kabut Farah membalas. " Err tak.. Tak ada apa-apa. Dah lah, makan la." Terus dia diam tak berbunyi. Nasib Hud pun tak banyak tanya. Laju je menghabiskan makanan dalam pinggan. Kalau tak naya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience