Bab 25 : Percutian

Romance Series 20182

3 January 2021. Selamat menyambut tahun baru 2021 WL ucapkan untuk reader tersayang semua. Semoga segalanya yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah. Semoga WL dapat berkarya dengan lebih baik dan buat yang terbaik untuk ms DBJ ini. Doakan WL ye. Tq yang support dan comment.

***************************************************

Farah membelek swimming suit muslimah di badan yang berwarna hitam dan kelabu yang berfabrik jersi di depan cermin. Badan dipusing ke kiri dan kanan. Melihat kalau-kalau ada ternampak susuk badan. Namun tiada. Cuma dia berasa tidak selesa kerana tak pernah seumur hidupnya memakai pakaian tu. Dia mengeluh kemudiannya.

Nasib besar dari badan! Kalau tak serupa buah nangka je.

Sendat! Huh!

First time sarung swimming suit ni. Haru betul Kalau tak sebab Hud ajak dan paksa untuk pergi aktiviti menyelam ni memang tak kuasalah dia. Lebih baik tidur dalam bilik atau membaca novel.

Kemudian, letak duduk tudung sarung warna hitam di kepala di betulkan. Setelah puas hati, selak pintu fitting room tu ditarik. Kaki melangkah keluar dari pintu. Tangan naik membetulkan lagi lengan baju yang terasa melekat di badan.

Haishh, rimas di buatnya. Mulut sedikit mengomel tanpa sedar.

" You okey ke? " Hud merapat. Dari tadi dia tunggu Farah menyalin pakaian. Hampir 15 minit menunggu barulah isterinya tu keluar dari bilik persalinan.

Sebaik Farah mendekat dia membelek dari depan ke belakang tubuh si isteri. Hud senyum segaris. Risau juga kalau pilihan saiz baju tu tak sesuai atau tak padan dengan bentuk badan isterinya. Tapi nampaknya dia berjaya kerana Farah kelihatan padan dengan saiz tersebut.

" Okey tu okey la. Tapi saya rasa segan la pakai baju ni. Kalau pakai legging dengan t-shirt aje tak boleh ke? "

Erk !!! Hud garu kepala yang tak gatal mendengarkan omelan Farah. Muncung wanita tu juga sudah panjang sedepa. Gelagatnya yang masih membetulkan letak duduk baju di tubuh masih berlangsung.

" Nak segan apanya. Kita kan nak pergi snorkeling. Semua orang pun pakai macam ni. Tak payah segan. Lagipun suit you ni I pilih yang paling besar dah ni. XXL kut walaupun badan you tu saiz M je. Hampir dua kali ganda dari saiz asal. Legging dengan t-shirt pakai kat rumah aje. " terang Hud bersungguh. Geleng kepala dia dengan perangai Farah.

Mendengarkan kata-kata Hud muncung ditarik sedepa lagi. Farah mendengus geram. Seketika dia pandang Hud pula atas bawah.

" Suit awak tak ada saiz besar ke? Saiz apa ni? " jari telunjuk naik menghala ke arah Hud di depan.

Hud hala pandangan pada badan sendiri sudahnya. Tangan menarik baju dan seluar pada tubuh. Masih ada ruang lagi walaupun seinci. Tak adalah ketat pun!

" Saiz L. Kenapa? " keningnya bertaut.

“ Apasal macam sarung nangka? Sendat! Sesak nafas saya tengok. " Farah juling mata.

' Hud tu tak tahu ke badannya tu berbidang besar. Kalau dah pakai macam tu confirm lah semua aset akan nampak!' Bebel Farah dalam hati.

Hud yang terlebih dulu bertukar suitnya tu tergelak. Tadi dia sempat memilih warna hitam dan hijau flurocent di rak penyangkut baju di premis tu. Hijau flurocent itu menarik minatnya. Terus saja disambar memandangkan tinggal saiz tu saja yang padan dengan tubuhnya.

Tergeleng seketika Farah melihat suaminya tu dengan suit sendat tersebut. Sudahlah Hud memilih seluar pendek. Rasa mahu juling biji mata dia tengok peha dan betis Hud yang terdedah.

" Ye ke sesak nafas. Ke suka tengok I seksi. Tergoda tak? " usik Hud. Keningnya di angkat-angkat. Tangan mula menyauk lengan si isteri. Cuba mengendeng.

Farah menjarakkan badannya. Dikerling Hud di sebelah. Geram.

" Eh, tolong sikit. Tak ada maknanya. Sini tempat awam, please behave! " Hud ketawa besar. Dia tahu Farah memang alergik nak bermanja dengan dia kalau dekat tempat awam macam tu.

" Ai ai ma'am. Dah la cepat kita kena jumpa guider dan instructor ni. Schedule kita pukul 9. " balas Hud. Sub Marine di tangan di lihat.

Ya, hampir menjejak ke angkat sembilan lagi beberapa minit saja. Makanya , mereka perlu cepat keluar dari ruangan itu untuk berjumpa dengan guider dan instructor.

Farah tarik muka masam sambil kaki turut terpaksa melangkah bersaing dengan langkah Hud di sebelah. Keluar dari ruangan tu, Hud mula menegur.

" We are ready. " ujar Hud pada dua orang lelaki dan seorang wanita di kaunter galeri. Mereka bertiga berbalas pandang pada Hud Dan Farah sebaik pasangan tu sampai lalu mengangguk saling menyapa.

" Jom. Kita gerak sekarang. Team yang lain dah tunggu di jeti. " ujar lelaki yang bersuit hitam dan biru tersebut.

Hud Dan Farah membontoti mereka keluar dari kawasan galeria dan berjalan menuju ke jeti yang tak jauh dari premis.

Dari jauh terlihat beberapa lagi orang yang berpakaian seperti mereka. Mungkin team yang akan mengikuti aktiviti yang sama. Sebaik tiba di tepi jeti lelaki tadi mula memperkenalkan diri.

" Saya Irfan, ini Ilham adik ipar saya dan ini Oddy isteri saya. Kami sebagai instructor dan guider untuk awak semua lakukan aktiviti snorkeling hari ini. Kalau ada apa-apa yang tak faham boleh bertanya pada kami." ujar Irfan sambil tersenyum.

Hud, Farah dan peserta yang lain mengganggu faham. Kemudian, terlihat mereka bertiga mengarahkan peserta-peserta naik ke atas bot. Segala peralatan keselamatan dan snorkeling turut di bawa oleh team instructor. Irfan, Ilham dan Oddy mula menyemak dan membuat ujian pada peralatan yang akan digunakan sebentar lagi. Setelah itu, Irfan selaku ketua instructor datang dan berdiri di tengah bot.

" Pada peserta wanita, isteri saya dan pembantunya Yani akan memberi bantuan jikalau ada yang kurang faham. Manakala yang lelaki saya dan pemandu bot kita Zaini akan memberi bantuan. " terang Irfan lagi.

Setelah beberapa minit memberi penerangan Irfan ke dek depan memberi arahan kepada Zaini pemandu bot. Bot mula bergerak meninggalkan kawasan jeti dan menuju ke tengah laut untuk sampai ke destinasi snorkeling mereka yang pertama.

Ada 5 checkpoint utama untuk aktiviti snorkeling yang disediakan oleh pihak IR Island Venture tu. Yang pertama tentulah ke Pulau Rawa, kedua Pulau Gual, ketiga Pulau Raja, keempat Pulau Harimau dan yang terakhir ialah Pulau Sibu. Kesemua tempat-tempat berikut mempunyai kawasan Taman Hidupan Laut yang mana terumbu karangnya di pelihara oleh pihak marine.

Sejurus itu, Ilham dan Oddy serta Yani mula mengambil jaket keselamatan, set snorkeling dan scuba serta pelampung dan mengedarkan kepada peserta yang lain. Kemudian, mereka mengambil tempat di kerusi pula. Beberapa buku panduan bersaiz B4 dan jadual aktiviti diedarkan kepada peserta.

Mereka akan memulakan aktiviti hari itu di sebuah pulau yang mempunyai kawasan batu karang yang paling cantik di Asia. Sudah tentulah mereka akan ke Pulau Rawa yang terdapat dalam kawasan kepulauan Pulau Mersing tu. Tambahan pula Pulau Rawa juga turut mempunyai resort di mana ia terdiri daripada chalet-chalet penginapan untuk disewa.

*****

Setelah hampir 35 minit berada di atas bot, mereka akhirnya sampai di kepulauan yang mempunyai kawasan air yang biru kehijauan tu. Bot mereka berhenti di tengah-tengah kawasan batu karang itu selepas diterangkan oleh Irfan sebagai ketua operasi aktiviti.

Dari atas bot lagi Hud sudah nampak hidupan karang laut di dalam air. Warna air yang jernih tu membuatkan hidupan lain seperti pelbagai jenis ikan, penyu juga di jumpai. Kelihatan Hud sangat teruja memandang kawasan keliling yang dikelilingi bukit bukau. Amat menyejukkan mata memandang.

Kali ini baru dia berkesempatan untuk ke situ bersama-sama dengan isterinya setelah impian untuk ke situ bersama arwah Sarah dulu tak kesampaian. Lesung pipit di kedua pipinya kelihatan sejak tadi. Langsung tak padam. Terlalu gembira barangkali menikmati keindahan pulau tersebut.

Dia pandang Farah disebelah. Kelihatan wanita tu juga tersenyum memandang sekeliling. Cahaya matahari yang redup menambahkan keterujaan mereka untuk melakukan aktiviti air tu.

" Jom. Kita dah sampai." tangan Farah di raih. Hud sudah berdiri sambil menggalas beg kalis air di belakang badan.

" Kejap saya nak pakai kasut ni dulu." Kasut renang khas di tangan kanan ditunjukkan pada Hud. Farah mengangkat sedikit kakinya ingin menyarung namun cepat dicapai Hud.

" Meh sini I sarungkan. " pinta Hud. Dia berpatah semula ke sisi Farah apabila mendengarkan kata isterinya.

" Eh tak payah la. Saya boleh pakai sendiri. Malu la orang tengok. " tangannya menahan tangan Hud dari mengambil kasut tersebut.

Namun Hud buat tak dengar. Laju juga tangannya menarik kasut di tangan Farah. Muka Farah yang kelat di biarkan. Dia duduk mencangkung di depan wanita tu lantas pergelangan kaki Farah dicapai. Bermula dengan kaki kanan dan selepas itu kaki kiri disarung kasut berwarna biru tersebut.

" Malu apanya! Tolong bagi isteri pakai kasut pun salah ke? " bebel Hud. Kepalanya di geleng kiri dan kanan. Sedikit keras suaranya menangkis pernyataan Farah.

Geram hatinya dengan Farah. Sikit-sikit cakap malu. Dia ni suami yang halal untuk isterinya tu lah. Nak malu apanya? Bukan dia buat benda tak senonoh pun. Apa salahnya dia tolong isteri sendiri pakaikan kasut.

Farah terdiam. Melihatkan wajah keruh Hud dia diserang rasa bersalah. Tapi apakan daya, memang tu yang dirasakannya.

Setelah siap memakaikan kasut di kaki Farah, Hud bangun berdiri dan mula duduk di tepi dek bot. Kaki dijulurkan ke dalam air. Perlahan badannya di bawa melorot ke dalam air. Seketika badannya kelihatan terapung. Hud menggamit Farah untuk turun ke dalam air bersamanya.

" Come."

Farah menggeleng. Takut bercampur cuak sebenarnya. Namun melihatkan peserta-peserta yang lain telah turun dan bersuka ria di dalam air Farah akhirnya bersetuju.

" Dalam tak? Agak-agak tenggelam tak saya? " mukanya sedikit cuak.

" Tak dalam lah. Paras pinggang I je ni. Turun cepat. Kalau takut mari sini I dukung. " Hud hulur tangannya sambil tergelak.

Hah!

Dukung??

Belum pun sempat Farah menjawab Hud sudah menyambar pinggangnya yang sedang duduk bertenggek di tepi dek bot tu. Akibat tak bersedia tangannya tanpa sedar memaut leher Hud. Dan, mudahlah kerja si suami tu menarik tubuhnya masuk ke dalam air.

Burr..

Sejukkk!!!

" Okey tak? " soal Hud sambil tersengih. Air yang memercik ke mukanya di lap dengan tangan kanan manakala tangan kiri masih memaut pinggang isterinya.

" Tak okey. Kenapa tarik saya? Masin tahu tak air ni. " Air laut yang masuk ke dalam mulut diluah. Mulutnya dikesat dengan tapak tangan. Menghilangkan sisa luahan.

Farah turut mengelap mukanya yang di simbahi air. Matanya cuba dikerdipkan beberapa kali bagi menghilangkan air masin tu. Sedikit pedih.

" Tunggu you turun lambat sangat. I tariklah. " jawab Hud slumber.

Farah mendengus geram. Namun, tangan masih tak lepas memaut leher dan pinggang Hud. Risau dirinya tenggelam dalam air.

" Bii, awak jangan lepas saya tau. Saya takut dan cuak ni. " amaran diberikan.

" Ya, I pegang dan peluk you lah ni. Tak lepas pun. Jangan risau. You'll save with me. I'll never leave you. Trust me. I love you so much. "

Kemudian Hud mengarahkan Farah untuk menarik google di atas kepala dan dilekapkan ke mata. Tiub pernafasan juga di suruh Hud dimasukkan ke mulut. Farah menurut. Hud memeriksa keadaan Farah sebelum ibu jari dinaikkan menegak tanda isyarat bagus kepada isterinya.

Hud mula membenamkan mukanya ke dalam air. Perlahan di bawa badannya untuk berenang. Tangan tak lepas memegang lengan Farah di sebelah. Di bawa perlahan-lahan rentak badannya agar Farah dapat mengikut menyelam dengannya.

Beberapa saat, sedang mereka asyik melihat kecantikkan terumbu karang terlihat beberapa kumpulan kecil ikan dowry berenang-renang bebas di celah-celah hidupan air tu.

Farah dah tak kekok dan cuak lagi malah bertambah teruja. Dia cuba mengusik laluan ikan-ikan tersebut. Maka, laju ikan tu berlari menyelamatkan diri ke celah tumbuhan karang. Tersengih dia melihat ikan-ikan kecil yang berenang bertempiaran tu.

Sekejap-sekejap mereka berdua timbul ke permukaan air. Hud mula mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg kalis air yang disandang. Mahu mengambil gambar dan merakam video.

Tidak lama selepas tu, terdengar suara Irfan memanggil Hud dan Farah serta peserta yang lain. Dia memberi penjelasan tentang keadaan di sekitar kawasan persisiran pantai tu. Ke semua mereka menggangguk faham. Mereka di beri masa selama dua jam untuk berada di situ sebelum krew IR Island Adventure akan membawa mereka meneroka ke pulau yang lain pula.

******

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience