Bab 10: Hilang

Romance Series 20206

Hud kerling jam di dinding bilik. Sebelas dua puluh minit malam. Farah belum masuk lagi ke bilik . Dia sedikit gelisah.

Dah la tiba-tiba je umi dan ayah cakap nak bermalam dekat rumah dia. Nasib Hud dah pesan siap-siap dekat Farah suruh prepare semuanya, termasuklah rancangan pindah bilik.

'Ish, takkan la si Farah ni tidur kat bilik sebelah tu. Tahu dek umi naya je kena ceramah pulak.' Hati bermonolog sendiri. Mata naik memandang dinding bilik sebelah. Gaya boleh tembus je lagaknya. Kepala yang tak gatal Hud garu sambil mundar-mandir depan katil.

Lupa pula lepas makan malam tadi nak pesan dekat Farah suruh masuk bilik awal. Dah satu kerja pula dia tangguh mata yang mengantuk ni tunggu Farah naik ke bilik.

Jam dinding sekali lagi dia pandang. Kali ni, angka jarum jam sudah merangkak ke pukul sebelah tiga puluh lima minit. Hampir lima belas minit Hud menunggu. Yang di nanti belum tiba.

Hud berkira-kira nak keluar dari bilik tu pergi cari si isteri. Mata dia dah naik berbinar, mengantuk. Tak kan pula dia nak tidur dulu sebelum Farah masuk ke bilik dia tu.

Dia bukan apa, risau kalau-kalau Farah tu terlupa. Buatnya dia pergi tidur kat bilik sebelah tu, haru je. Nak pula umi dapat tahu, haihh jenuh la nak bercerita.

Silap haribulan, tiga ratus tujuh puluh lima muka surat kena buat karangan pasal - Kenapa - Farah - tidur - dekat - bilik - tetamu - kan - dia - isteri - Hud ? dekat umi. Sebelah tangan naik menekan pelipis. Serba-serbi soalan memencak di tengah kepala.

Pening!!

Setelah di tambah tolak di darab dan bahagi keputusan nak pergi cari isteri dia yang 'hilang' tu di teruskan.

Dah tak boleh jadi! Dari kepala yang pening dengan soalan yang tak berjawab membawa pula ke hati yang diserbu beribu perisa lemon perasaan, akhirnya Hud atur juga kaki keluar mencari. Terus tombol pintu dipulas dan bayang Hud menghilang di balik daun pintu.

Sampai je depan pintu bilik sebelah, Hud pusing kepala kiri dan kanan. Bukan apa, cuma nak pastikan umi atau ayah tak nampak bila dia masuk bilik tetamu tu.

Hati berdebar usah dikira. Telinga sendiri pun boleh dengar ritma jantung berdegup. Dah berdentum dentam menari 'break dance' kat dalam tu. Dah serupa bunyi 'speaker base' pun iye . Kalau la ada yang menegur tak pun menyergah 'confirm' boleh kena 'heart attack'.

Dengan lafaz bismillah, tombol pintu di pulas perlahan. Daun pintu di tolak sedikit, sambil kepala disusup ke celah pintu. Mata meliar kiri dan kanan semula sebelum tangan menekan suiz lampu bilik tersebut. Elok je terang benderang bilik tu, Hud cari bayang si Farah. Tapi, tak ada. Bilik tu elok je berkemas macam tak ada orang yang masuk.

Hud keluar semula. Elok je daun pintu tertutup, dengar satu suara tegur. Kaki yang dah melangkah setapak ke depan berhenti.

Perlahan, dia berpaling sambil tersengih. Sebelah tangan naik mengelus belakang leher. Manakala sebelah lagi membetulkan lilitan kain pelikat di pinggang yang dah senget benget sebab kelam kabut keluar dari bilik. Bahana melangkah laju dan tergesa-gesa. Nasib tak terlucut tadi.

" Belum tidur lagi Hud? "

Aduhh, habislah ada juga yang kantoi ni. Hud urut dada pula, nak mengawal ritma jantung yang berpencak entah kali ke berapa.

" Be.. Belum ayah. Ayah pun tak tidur lagi?" soal Hud juga. Habis gagap ayat dia, terkejut punya fasal.

" Mana nak tidurnya, umi kamu tu tak ada kat sebelah. Entah apa yang di buatnya kat bawah tu. Ni ayah nak panggil umi la." tergeleng Encik Halim dengan kerenah isterinya.

Mata si ayah berselang dengan wajah Hud dan pintu bilik tetamu di belakang si anak. Cuba mencari kaitan. Tapi tak dapat di tafsir antaranya.

" Hud buat apa dalam bilik tu? "

Mata tuanya nampak lagak Hud resah gelisah semacam. Dah kenapa budak ni?

" Err.. Caa.. Carii.. " masih juga gagap seperti tadi. Belum sempat Hud nak olah ayat, Encik Halim sudah memotong laju.

" Ayah yang tua ni pun tercari-cari kalau nak tidur umi tak ada kat sebelah apatah lagi kamu yang baru sebulan dua menikah. " tergeleng dia dengan senyuman melihat telatah si anak.

Baru dia tahu Hud sedang cari isteri yang hilang. Dia tahu Farah tu ada di bawah berborak dengan isterinya lepas makan malam tadi.

Terasa tegang segala urat di wajah bila Encik Halim berkata begitu . Keras segala sendi. Aliran darah yang senada tiba-tiba bertukar rentak.

Mahu merah mukanya saat itu. Nasib la tak ada umi dan Farah sama, kalau tak kat mana lah dia nak sorokkan muka dia masa tu. Segan pun iya, kalau Farah tahu.

" Abang cari apa?"

Sepantas cahaya, kepala kedua beranak tu menoleh ke arah suara yang menegur. Mata memerhati gerak langkah dua orang di depan.

Puan Suraya dan Farah baru saja mendaki anak tangga terakhir sebelum dengar ada suara yang sedang berbual di situ dan terlihat kelibat anak dan suaminya berdiri sebelah menyebelah.

" Cari awak la. Dah pukul sebelas lebih tak mahu masuk tidur lagi ke Puan Su oii? Ni anak awak pun sibuk cari bini dia yang awak kidnap tu! " slumber Encik Halim membalas sambil tangan kiri cekak pinggang.

Puan Suraya tergelak memandang si suami kemudian melirik ke arah Hud.

"Ala saya kidnap pun menantu saya juga, sekejap aje berbual pun dah sibuk mencari."

Tersengih Hud memandang si umi.

" Esok-esok kan ada lagi Su, kalau nak berbual panjang. Sekarang dah malam. Jom teman kan saya tidur. Belikat saya ni sakit dari memandu tadi. Nak minta awak picitkan." Encik Halim menarik lengan si isteri sambil matanya mengenyit ke arah Puan Suraya.

Cuba beri signal. Harapnya si isteri faham dengan isyarat yang dia bagi. Bukan apa, dia nak beri privasi kepada Hud tu yang sibuk cari bini dia hilang. Sampai tergagap-gagap anaknya tu kena soal tadi.

" Yelah abang oii.. Jom la tidur saya pun dah penat sangat ni. Hilang la sikit rindu saya pada anak menantu. " tutur Puan Suraya kemudian.

" Hud, umi minta maaf ye sebab kidnap Farah tadi. Ambik lah balik isteri kamu yang cantik ni! " Umi kerdipkan mata dua tiga kali pada Hud sambil tepuk lengan Farah di sebelah.

Farah yang sedari tadi membisu saja tu tersenyum bila di usik ibu mertua. Dia sedikit kekok berhadapan dengan Hud dan bapa mertuanya.

Farah juga perasan yang Hud dah berapa kali mencuri tengok ke arahnya sejak dari makan malam lepas isya tadi. Tapi di biarkan mata Hud tu.

Belum berkesempatan dia nak memarahi Hud kerana bersikap seperti itu. Pandang orang serupa nampak alien kepala lapan dan tangan sotong macam dalam filem men in black tu. Gaya tengok macam nak tembus je.

Pandang apa ntah!

Ada jugak mata tu di buat sup fishball.

Seram!!

******

Lepas je masuk bilik, Farah terus ambil bantal dan comforter lalu di bawa ke lantai parquet setentang katil Hud.

Hud pula dah naik ke atas katil. Elok je dia nak baringkan badan terus nampak Farah hampar comforter tebal ke lantai parquet.

"Buat apa tu?" soal Hud. Keningnya juga terangkat bertanya.

"Nak main teng teng." jawab Farah slumber. Tangan masih juga meneruskan hamparan comforter.

Tayang muka geram, Hud lepas dengus.

"Buat main pulak. Dah sini..tidur atas katil ni. Elok-elok ada katil nak tidur dekat bawah." ujar Hud sambil menepuk sisi tilam disebelahnya.

Tangan yang tadi menghayun hamparan terhenti di tengah angin. Sepantas kilat, kepala Farah menggeleng. Aci pulak dia nak tidur sekatil dengan Hud. Dah la tidur berkaftan macam tu.

Buat naya je nanti!

Tak ada naya pun, kan suami kau tu! Masing-masing dah halal. Suara dalam kepala menyela.

" Jangan nak fikir sembarangan ya! Better get your sleep now unless you nak jadi billboard kat tengah tu. I put this bolster centre between us." terus Hud tarik comforter sendiri sampai dada.

Kepala dia yang dah berat sejak dari tadi direbahkan. Tak kuasa nak fikir yang bukan-bukan.

Dia masih lagi punya hati dan perikemanusiaan walaupun Farah tu bukan pilihan hati.

Sekurang-kurangnya dia tak adalah kejam sangat sampai sanggup nak biarkan isteri sendiri tidur beralaskan comforter saja dekat bawah tu. Sejuk kut!

Boleh percaya ke cakap ustaz ni. Biar betul dia nak suruh aku tidur dekat sebelah dia tu? Farah masih termangu di situ. Hati sendiri sedang berbelah bahagi.

Farah menggeleng laju. Cuba melenyapkan fikiran yang ada dikepala.

" Yang tergeleng tu kenapa? Kalau tak nak tidur atas katil tak apa. Tidur jela kat bawah tu. Tapi jangan gerak saya kalau ada benda lain yang peluk awak nanti. Rasanya bilik perempuan yang kena bunuh kat rumah belakang ni setentang dengan bilik saya. Tu cuba tengok dekat tingkap."
Ujar Hud seraya mengangkat jarinya menghala ke tingkap bilik dalam keadaan masih berbaring di bawah comforternya.

Pandangan Farah turut menala ke arah sama. Namun, belum pun dua saat dia memandang terus terdengar suara berbunyi pelik.

" Arghhh.. " Laju Farah menghala kaki ke katil Hud. Comforter yang ditangannya tadi dah melayang jatuh ke celah sofa di depan katil.

Comforter Hud ditarik sama dan dia menyusup ke dalam. Turun naik nafas Farah dibuatnya.

Terhinggut badan Hud ketawa. Bunyi suara tadi sengaja dia buat nak takutkan Farah. Tak sangka isterinya tu memang penakut bila dengar bab-bab hantu dan cerita tahyul tu.

Hud geleng kepala. Terus lampu tidur dimatikan. Kemudian dia pun turut hanyut dibawa mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience