Bab 21: Sakit

Romance Series 20182

Kelihatan Hud sibuk menyemak beberapa helai kertas di tangan saat Farah baru keluar dari bilik air. Dia duduk di sofa sementara menunggu Farah. Dia telah bersiap untuk menghadiri seminar terakhir pada pagi itu sebelum menyambung cuti dua hari kemudiannya.

Cadangnya mahu menghabiskan masa dengan Farah di sekitar negeri Johor tersebut, memandangkan isterinya tu masih bercuti sekolah lagi. Berbagai plan telah dia rancang dalam diam. Entah kenapa dia rasa teruja untuk bercuti kali ini. Mungkin sebab dia rasa Farah telah terima diri dia sepenuhnya. Mungkin juga sebab bergelar suami. Juga mungkin sebab dia ada lesen besar lagi halal nak bawa anak dara orang ke hulu ke hilir tanpa ada rasa takut. Bukan macam sebelum ini mengusung anak dara orang ke sana ke sini dengan perangai romeo dia tu. Sungguh teruk perangai zaman jahilliah dia dulu tu. Kalau nak kenang balik pun rasa tak sanggup je.

Farah pula terasa perutnya sebu dan tak selesa pagi itu. Mungkin, kerana dia mahu datang bulan kut! Ya, semakin hampir tarikh period tu, semakin kerap juga simptom-simptom loya, mual, sakit kepala dan angin datang menyerang badannya. Farah memang begitu. Bila sudah datang penyakit wanita itu pula, boleh berhari-hari dia diserang sakit perut yang kejang serta sakit pinggang. Penyakit wanitanya tu selalu menyerang tak tentu masa. Tempohnya juga tidak tetap. Kadang lewat dari tarikh dan kadang juga cepat dari tarikh. Kerap juga sampai tak pernah datang berbulan-bulan.

Dulu sewaktu belum kahwin dia tak pernah risau pun. Kalau lewat pun, paling tidak sebulan dua akan datang juga nnti. Sekarang bila dah kahwin, hati dia libang libu pula. Tambahan lagi, sejak Hud sudah sentuh dia. Berkemungkinan dan boleh jadi kalau dia terlewat datang period tu, peratus untuk dia hamil adalah tinggi. Sudah lah setiap kali waktu dia bersama dengan Hud itu adalah waktu kesuburan dia. Pandai betul Hud timing dengan tarikh tersebut.

Hud panggung kepala bila melihat Farah yang berjalan merapatinya dengan wajah yang lesu.

"Kenapa?" kertas di tangan di letak atas katil. Wajah Farah yang lesu dan sedikit pucat dia pandang.

Farah melabuhkan punggung di sebelah Hud. Dia hanya menunduk sambil menekan perut. Sungguh tak selesa. Sekejapan Farah menunduk lebih bawah, seakan lutut bertemu rapat dengan bahagian perut. Peluh renik mula membasahi dahi dan belakang leher. Terasa tekak dia mual semula serta mata yang mula berpinar.

" Honey, hey.. kenapa ni?" soal Hud cuak. Dia gosok perlahan bahu Farah. Namun Farah menggeleng. Cuba mencari rentak nafas yang kian sesak. Dia pejam celik berapa kali sebelum dia bangun berlari anak ke tandas balik.

Hud terkejut. Dia bingkas bangun mengekori isterinya. Pintu bilik air tu pula tak semena Farah rempuh laju lalu terus bersangga depan sinki.

Menunduk ke dalam sinki putih itu terus saja dia memuntahkan isi perut yang terasa meloya di muara anak tekak. Namun tiada apa yang keluar, sekadar air dan sedikit lendir. Tekak mula terasa perit bila rongga diarea tu mencerut bergulung dari dalam. Nafasnya mencungap.

Air pili di buka lalu dia membersihkan kotoran di mulut dan mula membasahkan wajah dengan air dingin yang bercucur dari paip itu. Segar semula dia rasa wajahnya saat itu sebelum dia rasa ada tangan hangat yang menjalar di belakang tubuh menggosok perlahan. Nyaman. Hampir dia terbuai. Tak terasa sakit perut yang menyucuk di bahagian ari-ari tu lagi. Tetapi, dalam masa yang sama dia terasa ada air panas yang meleleh perlahan dari dalam seluarnya. Sah! Sakit dia dah datang. Nasib awal-awal tadi sempat dia pakai panty liners. Kalau tak haru. Mesti Hud mengekor dia dengan keadaan dia macam ni.

" Lady, are you okay? You tak sihat ni, jom kita pergi klinik." tegur Hud. Dia cuak lihat wajah Farah di depan yang semakin pucat. Dipusingkan wajah kesayangan menghadapnya. Di belai sisi pipi Farah perlahan. Sungguh dia risau.

Farah sekadar menggeleng. "I'm okay. Don't worry. You ada seminar last pagi ni kan. Pergi lah." Farah keluar menapak dari bilik air itu menuju ke katil semula. Dia berbaring di katil. Matanya dipejam seketika. Cuba menenangkan degup jantung yang hampir sesak tadi.

Hud yang mengekori isterinya dari tandas itu, lalu duduk melutut di birai katil. Dia meraih jemari Farah yang berada di atas perut. Diusap perlahan dan di bawa ke mulutnya. Dikucup juga. Sebelah lagi tangan naik membetulkan anak rambut yang bersepah di kepala isteri. Sungguh dia resah saat ini. Gelisah bila melihat wanita itu kesakitan, meski Farah belum menceritakan apa sakit yang dialami sebenarnya. Sungguhlah dia takut melihat Farah begitu memandangkan dia pernah mengalami dan melihat keadaan seperti itu bersama Sarah yang bertarung nyawa melawan sakit kanser payudaranya dulu.

" You sakit ni, takkan I nak tinggalkan you seorang. Lagipun, petang baru I balik. You sakit apa?" cuak Hud bertanya.

Farah sekadar tersengih meski wajah dia masih pucat. Rasa malu nak beritahu dia sedang sakit apa.

" Sakit biasa je."

" Hah! Sakit biasa? Apa yang biasanya. Tengok, muka you pucat lesi. Badan pun terketar-ketar macam ni. Tu, dari tadi I tengok you tekan-tekan perut macam tu mesti sakit kan!" ujar Hud. Berkerut kening dia cuba mencerna jawapan orang di depan.

" I'm okay. Don't worry." balas Farah lagi. Lucu pula bila dia lihat wajah Hud yang cuak itu.

" I'm dead serious, lady. I takut tengok orang sakit macam ni. Macam nak putus aje nyawa. Boleh tak bagitau you sakit apa?" soal Hud tak puas hati. Dia meraup mukanya. Dari berlutut, dia kini naik duduk memanjat di birai katil sebelah baringan Farah.

Farah tergelak. Ya Allah! Ustaz ni buat muka takut macam tu pun hensem sangat kenapa? Hampir tak terasa sakit yang sedang menggunung di perut tika itu. Bahagia. Bahagia menatap wajah kerinduan Hud. Bahagia bila di manja begini.

" Sakit biasa je ni. Lepas I rehat dan tidur okay lah. You tu pergi la seminar cepat. Nanti lambat pulak." gesa Farah.

Ish, dia pula yang susah hati tengok encik suami masih risaukan dia. Bukannya dia nak mati pun.

" Kalau biasa takkan lah you muntah-muntah macam tu. Jangan cakap you pregnant pula. Baru dua minggu lepas je kita.. " ayat Hud mati tak sempat nak diolah. Tergantung. Dia garu kepala yang tak gatal. Rasanya tak sanggup pula nak menghabiskan ayat tu. Muka dia rasa macam kena simbah dengan sos cap arnab pula.

Haih! Masa merayu bagai tak ada pula kau nak malu kan! Ayat dalam kepala mula nak membahan. Hud geleng kepala.

Farah tercengang. Dia pun rasa muka dia macam kena simbah sos super pedas. Dua kali ganda panas dari biasa.

Ish! Mulut dia ni memang selalu tak pakai filter ke? Aci lepas je nak cakap apa!

" Haip. Sakit orang perempuan lah." Farah tampar dada Hud. Geram bercampur malu.

Hud tergelak. Dia tangkap tangan Farah di dada. Sedikit perit ditampar. Namun, dia biarkan. Apalah sangat tamparan tangan wanita yang comel depan dia tu.

" Oh, cakap lah awal-awal. Risau tahu tak. Nasib malam semalam sempat lepas rindu. Kalau tak kempunan. Ke sakit sangat semalam tu sampai hari ni terus datang sakit perempuan you tu! Nak pergi klinik? " ujar Hud tersengih seperti kerang busuk. Tangan naik mengelus belakang kepala.

" Biy!!! " nyaring suara Farah berdecit. Muka dia berkerut tahan geram. Rasa nak je dia sekeh kepala Hud tu. Hud pula aci aje tayang riak selamba depan dia. Heh!

" Sorry sweetpie. Seriously I risau tengok you macam ni. Jom lah kita pergi klinik." ajak Hud. Dia tunduk menggosok perut Farah yang berlapik baju. Kemudian dia menyelak lapisan baju tersebut. Membawa muka rapat ke kulit putih mulus itu sebelum mencium berkali-kali. Reaksinya seperti mahu menghilangkan sakit yang di tanggung Farah.

" Ok tak? Much better?" tanya Hud lembut. Matanya dikerdipkan.

" I'm okay. Thank you. Janganlah risau, bukannya nak mati pun. " Farah mengelus rahang Hud yang di tumbuhi janggut nipis.

Ya Allah, sungguh dia bahagia saat ini dikurniakan suami sebaik dan se-penyayang seperti Hud!

Mendengarkan ayat itu, Hud tutup mulut Farah rapat. Berdesing telinga bila dengar perkataan mati. Muka dia cuak semula. Perlahan rona wajahnya bertukar merah. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak dan telinga juga.

" Don't ever say about dead. I'm traumatic. Please lady, I need you. I love you. Don't leave me." rayu Hud. Dingin. Terketar-ketar bibirnya. Muka dia keras tak berperasaan. Tiba-tiba rasa sakit di dada seperti ditikam berkali-kali dan ditoreh serta dirobek-robek kejam sehingga berkecai hatinya.

" I'm sorry. I won't. " balas Farah yang baru tersedar dia tersilap kata. Dia tahu Hud trauma dengan kematian. Terkejut melihat tampang Hud begitu dia di buru perasaan sesal.

Hud sekadar angguk. Dia membetulkan letak duduk semula, membelakangkan Farah dan kaki di biar lepas di birai katil. Sekilas casino di tangan dipandang. Tangan kiri yang memakai jam tangan itu, di angkat separas dada. Sekilas, bola mata menancap permukaan jam. Lapan empat puluh dua. Lebih kurang dua puluh minit lagi seminar dia akan bermula di ruangan dewan conference hotel tempat dia menginap itu.

Kini, suasana bilik terasa tegang. Farah memaut bahu Hud dengan sebelah tangan. Di gosok perlahan pangkal bahu si suami. Terasa bersalah. Dia gigit hujung bibir. Allah!

" Biy! My bad. Forgive me." ujar Farah. Hampi air matanya berlinang. Namun, cuba ditahan.

Setelah sepi empat saat, terdengar helaan nafas berat dari tubuh itu. Dia meraup wajah dengan suara yang tenggelam dalam.

" Astaghfirullahalazim. "

Sekilas Hud memalingkan wajah ke tepi. Memandang Farah dengan ekor mata sambil mengangguk.

" Mark up you words."

Farah tersenyum. Lega. Maafnya di terima.

" I got to go. Please stay safe. I pergi seminar tu sekejap. Petang nanti I balik kita pergi klinik kalau you masih tak okay. You rest je. Kalau nak makan ke apa just call pelayan hotel, hmm." pesan Hud lalu bangun berdiri di tepi katil.

Farah senyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanan. Hud kemudian tunduk mencium alis kening Farah dengan lembut kemudian menjalar ke mata seterusnya ke hidung dan akhir sekali ke bibir Farah. Lama bibir Hud singgah di situ sebelum dia menekan bibir Farah dalam dan menghirup nafas hangat kesukaan dia dari wajah wanita itu.

" Miss you lady. Love you. Always." ciuman di kedua belah pipi juga sempat di titipkan buat Farah sebelum Hud bangun mencapai kertas dan beg kerjanya semula. Mata masih tak lepas memandang Farah dengan perasaan risau.

" Please, take care. Rest and sleep well."

" Sure. Stay safe under Allah blessing dear mister." Farah kerdipkan matanya beberapa kali sebelum tampang Hud hilang di balik pintu bilik hotel mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience