Bab 33 : Madu atau Racun

Romance Series 20182

Farah tersentak dari tidur apabila terdengar seakan ada suara yang meracau. Dia bangun dan menoleh ke sebelah.

Farah menggosok mata berulang kali. Cuba nak menghadam apa yang sedang berlaku. Setelah beberapa ketika barulah dia sedar sepenuhnya.

" Hann.. Hannah.. Hann.. Hannahhh." kepala Hud digeleng ke kiri dan ke kanan. Peluh renik mula membasahi wajah hud. Kedua tangannya naik terawang-awang. Dilihat dada Hud berombak kencang. Seakan menahan sakit yang amat.

" Biy..biy..kenapa ni? Biyy.." panggil Farah. Namun Hud belum merespon akan panggilan tersebut. Dia masih lagi meracau-racau menyebut nama perempuan yang tak di kenali Farah.

Perlahan tangan naik menyentuh bahu Hud. Pasti saat ini, suaminya sedang bermimpi. " Biyyy.. bangun.. Awak mimpi ni,"

Hud masih seperti tadi. Farah mula hilang akal. Panik mula menguasai dirinya. Tak semena laju tangannya menampar pipi Hud.

" Biy banguunnn.." siap pakej dengan jeritan nyaring di tepi telinga Hud.

Hud kelam kabut bangun. Terpisat-pisat dia pandang wajah Farah depan mata. Terasa sedikit perit kulit pipinya. Di bawa tapak tangan mengelus pipi.

" Kenapa jerit?"

" Awak yang menjerit meracau panggil Hannah lah.. Saya panggil banyak kali tak sedar. " panjang muncung Farah apabila Hud bersuara agak kuat dari biasa. Hatinya bagaikan tersentap. Suaminya tu yang sibuk meracau panggil nama perempuan lain dia pula yang kena marah sebab menjerit.

Huh! Ada juga kena sumbat dengan bolster ni karang! Farah membebel dalam hati

******

" Abang nak tengok surat wasiat arwah Sarah." tanpa mukadimah Hud memberitahu isi hatinya pagi tu melalui panggilan telefon.

" Err..abang nak jumpa dekat mana?" Gugup Hannah menjawab. Tanpa ucapan selamat dan seangkatan dengannya terus saja telinganya menjadi santapan suara tak berperasaan Hud.

" Dekat cafe aje. Jangan lambat." terus talian dimatikan. Hannah pandang telefon bimbit dia tak percaya.

Macam tu aje! Salam tidak apa tidak! Huh, dasar tak romantik langsung! Rungut Hannah.

Telefon bimbit dikembalikan ke dalam tas tangan. Hannah mula mengemaskan tali pinggang pada blouse labuhnya. Bersiap sedia mahu ke kolej.

******

Pagi yang cerah. Keriuhan bunyi burung cak di luar rumah nyaring bercicip menarik perhatian. Makanya dari jendela tingkap dapur dia terlihat seekor kucing oren berbaka parsi dengan ekor kembang mengejar burung comel tu. Terlompat - lompat dari satu pagar ke pagar rumah dia dan jiran. Kepala menggeleng.

Dah macam gaya Slyvester kejar Twitty Bird dekat dalam rancangan Cartoon Network!

Clack!


Meloncat roti keluar dari toaster. Kepala di bawa kembali pada kaunter kabinet. Pantas tangan menarik keluar roti bakar dan di susun atas pinggan Pyrex. Menjadikannya cukup enam keping. Balang kaca mentega kacang Delfi pula ditarik dan di buka penutupnya. Sebelah tangan mencapai sudu dari dish rack dan dibenam ke dalam mentega kacang.

“ Morning." pinggang ramping isterinya dipeluk. Hud melabuhkan dagu di bahu Farah sambil menyedut bauan chamomile di tubuh itu.

Tangan yang sedang menyapu mentega kacang pada roti bakar terhenti di tengah udara. " Biy, geli la," Farah merinding kegelian.

" Just a second. Miss u hard sayang," Hud mengejapkan pelukan. Pucuk hidung mula menjelajah segenap inci tengkuk dan telinga Farah dengan mata terpejam rapat. Terbuai indah.

Farah menahan nafas. Kepala di bawa berpaling ke wajah Hud di belakang dengan tangan kiri masih pegang sudu yang dah bersalut mentega kacang dan tangan kanan pegang roti bakar yang masih panas.

" Stop pleaseee..I'm litter bit glee." kepala cuba di jarakkan dari ciuman Hud.

" Nope, stuck there! I love it lady," Hud merengek manja.

" Pagi lagi awak dah gulakan saya la," sudu dan roti di lepaskan perlahan ke atas pinggan Pyrex tadi. Kemudian, badan dipusingkan menghadap orang yang memeluk tu.


Senyuman tujuh ratus megawatt dipamerkan sehingga lesung pipit di pipi kiri kelihatan. Masih dalam mood menggoda. " We're in love right? Apasalahnya I nak gulakan you pun. As long as you're my wife and not someone wife,"

Mata Farah mengecil. Wajah tampan si suami di pandang aneh. " Manja." Farah jeda seketika. Kedua bahu dijungkitkan.

" Nak sayang isteri pun tak boleh ke? " melepaskan pelukan Hud pusing belakang dan duduk di table top. Kecewa perasaan sayang yang merimbun tu di tolak.

Pinggan Pyrex yang penuh dengan roti bersapu mentega kacang di bawa ke depan Hud. Seteko green tea juga diletakkan di sebelah cawan yang telah siap disediakan dari tadi. Menongkat tangan kiri dan kanan di table top Farah sungging senyum meleret.

" Lain sangat pagi ni. Ada apa-apa ke? Anything to share? “

Cawan green tea yang diangkat separa dada nak di bawa ke mulut terhenti. Belum sempat disisip.

" Errr.. Lainn.. Apa yang lain? Sama je. Anything wrong?" Cawan diletakkan ke meja. Kiri kanan tangan pantas meraba wajah. Kut ada yang tak kena.

Farah keluar dari dapur dan merapati Hud di table top. Kerusi ditarik dan dia melabuh punggung di sebelah. Roti di ambil dan di sua ke mulut. Menguyah perlahan dan terhenti seketika. " Awak yang saya kenal bukan yang sekarang ni. Lain.." Kepala diteleng menghadap Hud. "Ada apa-apa masalah ke? “

Menghembus nafas kasar Hud tenung dalam ke mata Farah. " Nothing, letih kerja,"

Ya, letih kerja sangat la Hud oi! Letih fikir masalah dengan Hannah adalah. Hati kecil Hud bermonolog sendiri.

" Itulah kerja kuat sangat. Jangan paksa diri kalau tak mampu. Saya pun kerja. Lagipun family kita bukan besar. Awak dan saya aje," ujar Farah.

" Memanglah kita berdua aje sekarang ni, hari depan kita tak tahu. Allah nak bagi rezeki bila-bila masa aje boleh. Sementara I kuat ni, I akan usaha sungguh-sungguh untuk family kita. I nak yang terbaik untuk you and our future," bahu Farah disentuh dengan tangan kanan.

" Ya, saya tahu. But please jaga kesihatan. Saya tak nak awak sakit," pesan Farah lembut.

Hud angguk. " Baiklah cik Puan Farah," mengenyit mata dan senyuman tujuh ratus megawattnya di hadiahkan sekali lagi.

Farah tergeleng. Inilah Hud yang dia kenal. Nakal dan selalu juga mengusik.

******

Sesampainya Hannah ke cafe mata dia sibuk melilau mencari kelibat Hud. Nun, di hujung sudut kelihatan Hud yang berbaju kemeja baby blue sedang melamun bersama secawan nescafe panas. Pantas kakinya di bawa menghala ke arah lelaki tu.

" Assalamualaikum. Abang dah lama sampai?" tegur Hannah dengan senyuman yang berbunga. Dia berdiri kaku depan meja Hud.

Muka keras dan tak berperasaan Hud naik melangut ke depan. Tanpa nada dia menjawab salam dari wanita tu.

" Have a sit." pelawa Hud. Hannah tarik kerusi dan duduk berhadapan.

" I want to make it clear. Mana surat tu?" tanya Hud gopoh. Hatinya semakin tak sabar nak membaca surat wasiat yang diperkatakan Hannah.

Hannah membuka tas tangannya lalu menarik keluar sehelai kertas putih yang berlipat elok. Dihulurkan pada Hud.

Belum sempat Hud mengambil, Hannah menarik semula surat tu. Lantas, mata tajam Hud naik memerhati Hannah di depan.

" Abang boleh simpan surat ni. Tapi janji dengan Hannah jangan beritahu mama," pesan Hannah.

" Kalau abang bagitahu juga?" provok Hud.

" Kalau abang bagitahu mama, Hann akan beritahu umi. Atau Kak Farah sekali." ugut Hannah.

" Deal." laju tangannya mencapai surat dari Hannah. Lipatan surat di buka. Langsung, tulisan tangan arwah Sarah menerpa pandangan mata.

Hud membaca satu persatu. Bibir bergetar melawan sebak yang bertandang. Sungguh dia rindu pada wanita tu. Walaupun hanya seminggu pernah menjadi suri hatinya tetapi perkenalan antara dia dan Sarah yang memakan masa hampir lima tahun tu membuatkan Hud terasa sedih sekali. Banyak memori suka duka dengan arwah isterinya tu.

Tapi sungguh akal dia tak mampu nak mencerna saat ini. Permintaan arwah Sarah sungguh tak masuk dek akal. Permintaan yang amat berat untuk ditunaikannya sementelah dia telah berkahwin lain kini.

Hud meraup wajahnya berulang kali. Dia tidak mahu terlihat lemah di depan Hannah. Walaupun pada ketika itu perasaannya galau.

" Hannah minta maaf kalau buat abang susah hati atau sedih. Hannah tak ada niat. Tapi Hannah nak abang tahu, hati Hannah pun sakit dan sedih dengan wasiat ni," tutur Hannah perlahan. Air matanya sedikit bergenang. Wajah sedih Hud dia pandang.

" It's okay. And what's next?"

Berkerut dahi Hannah cuba nak mencerna maksud pertanyaan Hud. Terkebil-kebil mata Hannah bertanya.

" What?“

" Apa penyelesaian?" soal Hud. Dia malas nak berselindung lagi. Dia rasa penat nak hadap perasaan yang tak pasti macam tu. Hati dia rasa terseksa.

" Err... Hann tak pasti." Dia tunduk menekur tangan yang bertaut sendiri di atas meja. Jantungnya berdegup laju saat memandang pandangan tajam dan kasar Hud ketika tu.

" Kenapa tak pasti? Bukan Hannah cakap Hannah suka abang? And I'll assume you want to marrying me," tanpa nada Hud bersoal. Dia harus menyelesaikan permasalahan ni secepat mungkin. Dia tak mahu umi dan Farah dapat tahu.

" Err...Hann..Hann.." Hannah gagap. Terbata-bata perkataan yang nak disusunkan.

" Hannah sanggup bermadu?" soal Hud lagi.

Tercengang Hannah. Matanya naik memandang Hud semula usai mendengarkan pertanyaan lelaki di hadapannya yang berwajah keras tu. Hud masih pamer riak wajah kosong.

" Hanna.." belum sempat Hannah menjawab, Hud laju pintas kata-kata dia.

" Kalau Hannah sanggup, we will progress this matter soon. Ada syarat. Sebarang penolakan kepada syarat abang tak di benarkan," usai berkata Hud bangun dari duduk. Tangan menyeluk poket seluar. Not ungu dikeluarkan dan diletakkan atas meja. Terus saja kaki di bawa melangkah keluar dari pintu cafe.

Hannah yang tadinya tercengang kini terus melongo. Tak sempat dia mahu berkata apa-apa Hud telah menghilangkan diri. Terus air mata yang bergenang tadi laju menuruni dan membasahi pipi.

~ Madu atau racun? Keduanya berbisa. Dan penawarnya hanya satu. Time will heal ~

*******

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience