Bab 11: Pagi

Romance Series 20182

Sejuk yang mencengkam tulang, buatkan lena Hud sedikit terganggu. Mata masih kelat untuk di buka tapi dia rasa ada sesuatu yang tak selesa dekat muka.

Dengan mata yang masih pejam, perlahan dia raba muka namun terhenti apabila tangan tersentuh sesuatu. Segera anak mata di buka. Hud panggung kepala dari baringan. Dengan biasan lampu tidur di sisi dia mulai perasan.

Rambut??

Belum pun sempat Hud bangun, terasa hembusan nafas di sebelah bahu dan leher pula. Yelah, dia tidur pakai singlet pagoda putih yang nipis tu je dengan seluar cotton flannel kotak-kotak. Mestilah dapat rasa panas. Lagipun bilik dia tu ada air-cond. Dah tentu-tentu cuaca sejuk.

Terasa bahang pada kulit yang terdedah. Dia pusing kepala melihat. Hidung dan dagu Farah tersadai betul-betul atas bahu dekat dengan leher dia.

Terjeda sesaat. Otak ligat mencerna sebelum menghadam. Mata, dia kelip berkali-kali. Sebelum melihat kepala yang terlentok tadi kini jatuh ke atas bantal di sebelah tepi badannya bila dia berjaya menjarakkan badan.

Mana perginya bantal peluk yang di letakkan di tengah-tengah semalam? Hud gosok mata. Mencari kelibat bolster dia.

Alamak! Dah tergolek ke bawah katil.

Kus semangat. Hud urut dada. Jantung yang berdetak laju terasa menyesakkan nafas. Tergamam dia sekejap. Tak pernah melalui situasi ala-ala romantik macam tu.

Sungguh dia tak sangka wanita yang baru di kahwini dua bulan lepas tu di ajak tidur di sisi. Wanita itu juga yang pertama mencemar duli di bawa masuk ke bilik dan katil peribadi. Dan malam ini, wanita itu memeluk dia di sisi.

Huh! Apa dah jadi.

Walaupun Farah adalah insan kedua sebagai isteri selepas Sarah .Tapi dia tak cintakan Farah.

Perasaan yang datang bersama anugerah tak sama dengan isteri pertamanya Sarah. Dengan Sarah dia tak pernah melebih dari itu. Sarah tak sempat hidup sebumbung dan sebilik serta sekatil. Hatta sebantal pun.

Walaupun Sarah adalah cinta hati yang disunting sendiri jadi permaisuri. Tapi dengan Farah, tiba-tiba saja semuanya sekali. Tanpa dia rancang pun. Sekelip mata semuanya terjadi.

Wajah Farah di sisi yang masih lena dia perhati lama. Dari alis kening yang nipis terus ke mata bundar turun ke hidung kecil yang mancung singgah pula ke bibir mungil si isteri.

Satu persatu susuk wajah tu dia teroka. Dalam diam, jari telunjuk Hud naik menolak perlahan juntaian anak rambut isteri, kemudian jemari itu di bawa menari di bibir mungil Farah.

Terasa gelora di dada nya mula bergoncang dengan hebat. Desiran halus yang terbit dari bibir tu juga buat hati dia bertambah tak keruan. Seakan ada kuasa sakti yang buat kan Hud terus mahu dan mahu menilik serta menyentuh wajah dan tubuh tu. Rasa terpesona dengan hidangan matanya saat itu.

Kenapa hati dia sekarang ni? Cepat sangat terusik bila bersama Farah. Apa dah jadi dengan perasaan dia?

Suka ke dia pada Farah? Cintakah dia? Atau sekadar mainan perasaan yang pernah kehilangan?

Takkan secepat ni perasaan dia pada Sarah hilang? Tak mungkin. Nafas dikeluh perlahan sebelum tangan naik meraup wajah.

Hud naik bersandar pada kepala katil. Masih dalam posisi duduk. Pertama kali dia tidur di sebelah perempuan seperti itu buatkan hati dan jantung dia macam nak pecah. Terkejut amat sangat. Nasib la yang di sebelah tu isteri dia, kalau orang lain mahunya dia tolak jatuh katil.

Tangan meraba mencari telefon bimbit di sebelah meja katil. Button telefon pintar di tekan. Bias cahaya dari telefon tu buatkan anak matanya terus membesar. Nak membaca jam yang ada di muka telefon.

Empat tiga belas minit pagi. Hud keluh nafas lagi. Masih belum subuh. Hud paling muka ke kiri semula mencari wajah Farah yang masih larut dalam lena.

Tanpa sedar, jemarinya naik mengelus rambut si isteri semula. Tak tahu kuasa apa yang merasuk Hud sehingga dia berani berbuat begitu.

Dan semenjak dua menjak ni, Hud selalu lepas laku dengan Farah. Dia sendiri pun tak tahu macam mana dan sebab apa. Kalau lah Farah tahu, mesti teruk Hud diamuknya.

Bukan Hud tak tahu, semalam pun masa kali pertama Hud curi-curi pandang Farah masa nak makan malam tu dah di berinya jelingan maut.

Almaklum lah kali pertama dia lihat Farah tanpa berhijab. Terpukau sungguh dia. Sejak kali pertama Farah masuk ke rumahnya ni, Farah tak pernah menanggalkan tudung. Tapi sebab kedatangan umi dan ayah, Hud suruh Farah buka tudungnya.

Semata-mata nak cover kisah mereka. Nak mengaburi mata orang tua sahaja. Hud buat plan gila. Dia tak mahu umi tahu. Kisah mereka, biar mereka berdua sahaja yang tanggung.

Jadi bila mata dia pertama kali dihidang dengan wajah yang cantik manis, berambut lurus dan berleher jinjang tu buatkan Hud rasa nak pandang berkali-kali.

Rasa tak puas saja. Macam ada magnet pula pada soket mata. Kenapa ya?

Rambut paras bahu Farah sangat memukau mata dia. Wajah tu nampak comel dan ada gaya tersendiri.

Teringat semalam masa kat dapur...

"... Nice hairdo.. But, if there a bit.."

Yang sebenarnya, dia nak sambung ".. If there a bit cute like an angel when your hair is free like this."

Nak je masa tu dia tarik sepit rambut Farah. Biar terlepas rambut tu dari sepitan. Rambut depan Farah yang di potong atas dahi menambahkan lagi kecomelan isterinya.

Tapi, tak sempat ayat terakhir dia nak bagitahu pada Farah umi dah melaung kuat dari meja makan di depan.

Tanpa sedar, perilaku Hud buatkan Farah tersedar. Perlahan-lahan mata bundar Farah terbuka.

" Warghhhhh "

Farah menjerit sambil pandang Hud. Suara Farah bak halilintar memecah sunyi waktu. Dan Hud keras bersama sentuhan jemarinya yang tengah berlari pada bibir Farah.

Tergamam dia. Segala urat terasa keras kejung dek pandangan yang tak dapat dia tafsirkan, namun jemari dia masih kekal di situ. Sesaat kemudian baru Hud cepat-cepat menekup mulut Farah .

Selepas Farah diam beberapa saat, baru lah Hud melepaskan pegangan pada mulut si isterinya. Kelam kabut Farah bangun sambil betul kan rambut dan letak duduk baju yang dah senget benget. Terus Farah turun dari katil.

Namun, sempat lengan Farah ditarik Hud, dan buatkan Farah terjatuh ke atas ribanya pula.

"Arghhh.." sekali lagi Farah terjerit.

Namun, perlahan dari sebelumnya. Terkial-kial dia cuba bangun. Namun di tahan Hud.

" Nak pergi mana?" kedua lengan Farah di pegang kejap.

" Err.. Nak bangun subuh." sekali lagi Farah cuba bangkit dari duduk di riba Hud yang terlunjur di atas katil tu. Namun tetap sama.

Hud mengejapkan rangkulan tangan dia pada pinggang Farah pula. Kini, mereka duduk berhadapan sambil bertentang mata.

Malu dia terjatuh ke atas riba lelaki tu. Automatik muka dia macam kena simbah dengan sos cili cap arnab. Merah.

Nak malu apa Farah oi!!

Laki kau tu! Suara dalam kepala naik menyela.

" It just 4 a.m.. Just sit here properly. And don't make some noise if don't want ayah and umi to hear what is creepy sounds are going here!"

Terangguk-angguk Farah. Pucat lesi muka dia. Terkejut beruk pun ada. Mau taknya , buka-buka mata je nampak Hud dekat depan mata yang tak sampai tiga inci jauh dari muka dia. Mahunya dia tak menjerit macam tu.

" By the way, seronok ya tidur peluk saya?" Hud senyum senget.

Menduga reaksi si isteri. Mengusik Farah yang kelam kabut bila nampak muka dia depan mata.

Walhal Hud juga sama terkejut. Cuma nak bagi hilang debar dan gugup di dada, sudahnya dia dapat akal nak mengusik macam tu pula.

Muka Farah dah membahang. Merah macam kena simbah tomato sos.

" My bad. Sorry. And now, I want to back to my room. Thank you mister. " Farah cuba melepaskan tangan Hud di pinggangnya.

Seperti tadi Hud tetap mengeraskan lilitan tangan di pinggang Farah. Sehinggakan Farah tak mampu untuk bergerak langsung.

Nafas mereka menderu bersama angin penyaman udara di dalam bilik tersebut. Sangat rapat.

Tapi cukup melemaskan Farah dan menenggelamkan rasa yang memuncak di dada milik seorang Hud. Perasaan aneh ketika bersama seorang wanita yang bernama Farah ini.

Sungguh lain!

Aduhai hati.. Apakah ini?

" Tak payah nak lari. Dah pergi tidur balik. Nanti subuh saya kejutkan." ujar Hud kemudian seraya melepaskan pegangan di pinggang Farah.

Namun, sempat juga kepala Farah, digosok manja. Farah ketap bibir tahan geram.

Hud senyum senget. Farah nampak gelabah bila
mengelak dengan dia, di sebabkan hal tidur tu.
Tapi sebenarnya dia pun suka dan rela saja. Isterinya tu nampak comel bila diusik.

Hud menggeleng memerhati Farah yang naik ke katil semula sambil menarik comforter hingga ke paras dada. Sekejap saja mata Isterinya tu tertutup semula.

Hud terus turun dari katil. Berjalan ke pintu tandas di hujung bilik. Dia keluar semula selepas membersihkan diri dan berwudhuk untuk menunaikan solat sunat.

Satu fasal Hud, bila dia dah terjaga dari tidur memang susah la mata nak lelap semula. Jadi, dari buang masa termenung lebih baiklah bangun solat dan bermunajat.

Minta diampunkan dosa-dosa dia, ibu bapa, keluarga, kaum kerabat dan sahabat. handai. Minta dikurniakan kesihatan yang baik. Minta dijauhkan segala yang buruk, di dekatkan dengan perkara yang bermanfaat.

*******

Mana satu cantik? Yang putih susu atau kuning langsat ni? " soal Puan Suraya ketika nak memilih kain untuk di buat telekung.

Petang tu dia mengajak Hud dan Farah ke Laila Fabrika. Nak beli kain dan lace untuk di buat telekung. Nak di beri hadiah pada temannya yang akan berangkat ke tanah suci minggu depan.

Hud dan si ayah dah hilang entah ke mana. Mana mahunya orang lelaki nak ikut pergi acara membeli belah ni. Mahu terkehel kaki mereka nanti. Mereka meninggalkan para isteri sahaja di tokoh fabrik yang terkenal tu.

Farah yg sedari tadi setia membontoti Puan Suraya meraih kain yang di tunjuk. Melihat fabrik cotton silk di tangan ibu mertua tu buat dia pun turut jatuh hati sama.

" Kalau pada pandangan Farah , baik umi ambil yang warna putih susu ni. Lace dia nanti ambil yang warna gelap pun tak apa. Baru nampak kontra. Cantik umi. Lagi pula umi kan nak hadiah kan pada kawan umi yang nak ke tanah suci tu. Lebih sesuai warna cerah sebab cuaca kat sana agak panas. Warna cerah tak serap banyak haba. " polos Farah memberi pendapat.

Terangguk-angguk Puan Suraya . Turut bersetuju dengan pilihan si menantu. Kemudian wanita separuh usia tu menggamit pelayan kedai untuk menggunting kain yang telah dia pilih.

" Kita ke bahagian sana pula boleh? Umi nak cari lace pula." ujar Puan Suraya lagi. Mata dia menebar ke arah sudut setentang bahagian kain cotton tu sambil jari telunjuk menunjuk arah.

"Boleh umi. Jom."

Sedang asyik Farah dan Puan Suraya memilih lace. Mereka di sapa oleh seseorang.

" Assalamualaikum. Ya Allah, lamanya tak jumpa kau Sue." ujar Zahrah. Tangannya naik menghulur salam . Ceria suasana di situ.

Puan Suraya berpaling.

" Waalaikumsalam Zah. Kau buat apa kat sini. Ya, lama betul kita tak jumpa. Kau sihat?

" Alhamdulillah sihat. Siapa ni? Menantu ke?
Puan zaharah memandang wajah Farah disebelah Puan Suraya . Farah tersenyum sipu sahaja sambil menggangguk.

" Ya , kenalkan menantu aku, Farah Khadeeja. Isteri Hud . "

" Eh , isteri Hud ? Bila hud kahwin? Bukan ke dia duda. Tak jemput pun kendurinya."

" Baru je menikahnya. Tak buat kenduri pun. Majlis doa selamat kecil-kecilan saja." jawab Puan Suraya .

"Oh patutla. Ingtkan Hud tak kahwin lagi. Baru nak jodohkan anak sedara aku. Tapi, tak ada jodohlah kita nak bersedara Sue. " tersenyum kelat si teman.

" Maaf lah, tak ada jodoh kut. Insha Allah nanti anak sedara kau bertemu jodoh yang lain. Dia pun cantik dan bergaya juga. " Ujar Puan Suraya pula.

Puan Zaharah menggangguk. Dalam diam dia perhati wajah Farah lama. Cantik sungguh orang nya. Desis Puan Zaharah. Namun, ralat di hati masih ada. Sudah lama, dia mengidamkan Hud jadi menantu anak adiknya. Tapi apakan daya, takdir Allah mendahului semuanya.

Setelah berbual-bual kosong Puan Zaharah meminta diri untuk beredar dari tokoh fabrik tersebut. Manakala Puan Suraya dan menantunya meneruskan acara membeli kain yang lain pula.

********

" Dari tengah hari membawa sampai ke petang sakan umi kamu shopping Hud." ujar Encik Halim. Akhbar di tangan diletakkan di atas meja. Mata menala ke arah wajah si isteri.

Hud tersengih. Dah tahu ke mana arah haluan bicara si ayah nak di bawa. Membebel dengan umi lah tu. Bukan Hud tak tahu. Dia pula kena join sekaki dengan ayah tolong buat backup bila umi balas balik serangan bebel si ayah.

Haru!!

Puan Suraya yang baru tiba dengan kiri kanan tangan yang penuh dengan beg dan plastik barangan menjeling.

Penat dan lenguh belum pun hilang dah kena sindir dengan suami. Cemberut muka dia.

Farah pula diam sahaja seraya tarik kerusi di sebelah Hud. Teragak-agak juga dia nak duduk di situ. Tapi memandangkan kerusi tu saja yang kosong terpaksalah dia duduk juga. Takkan pula nak duduk sebelah bapa mertua dia. Dah tentu-tentu tu tempat umi.

Hud turut sama tarik kerusi yang Farah pegang bila kaki kerusi tu tersekat di kaki kerusi yang di duduki Hud. Namun, tangannya terpegang tangan Farah. Kepala dia dan Farah sedikit terhantuk bila kedua-dua mereka kelam kabut tadi.

Cepat-cepat Farah tarik tangan dia. Hud pun terus melarikan pandangannya. Bertambah kalut bila dengar suara umi yang kat depan tu.

" Apasal kelam kabut sangat sampai terhantuk kepala." tergeleng kepala Puan Suraya dan Encik Halim.

" Dah habis awak tawaf tempat ni? Ke ada lagi?" soal Encik Halim pada isteri.

Penat dia menunggu isterinya dengan Hud di Golden Cafe House ni. Berjam-jam lamanya.

" Ikutkan ada lagi. Tapi, esok-esok sajalah saya pergi dengan Farah lagi. Ajak awak dengan Hud pun bukannya untung pun. Semua barang saya yang kena bawa." ujar Puan Suraya semula.

Buku menu di atas meja tu diambil dan di belek. Baru terasa tekaknya kering. Aktiviti membeli belah dengan Farah tadi buatkan dia betul-betul rasa kehausan. Manataknya, hampir tiga jam dia bertawaf dalam pusat membeli belah tu selepas keluar dari Laila Fabrika tengah hari tadi.

"Apa yang tak untungnya umi. Untung la tu, umi punya belanja ayah yang bayarkan." balas Hud.

" Hurm yelah. Ada juga untung dia tapi sikit sebabnya lepas tu umi kena tadah telinga pula dengar ayah bebel macam-macam. Dulu, masa muda-muda tak ada pula ayah suka membebel. " jawab umi. Ekor mata mengerling wajah si suami di tepi.

Farah dan Hud ketawa geli hati. Suka melihat keadaan ayah dan umi yang kadang-kadang tak sehaluan. Tapi mereka tahu yang kedua orang tua tu saling menyayangi dan mengasihi antara satu sama lain.

" Farah beli apa?" soal Encik Halim.

Farah yang sedang ralit melihat beberepa orang pelanggan yang keluar masuk dari coffee house tu terdengar namanya di panggil.

" Farah tak beli apa pun. Teman kan umi je." jawab Farah.

" Aah, semua benda Farah cakap dah ada. Tak ada satu pun dia nak beli. Umi ajak dia pergi sauna tadi. Tapi tu pun dia tak nak buat." Puan Suraya mencelah.

" Laa.. Kenapa tak buat?" soal Encik Halim.

Hud pun terasa nak bertanya. Pelik juga dia bila isteri dia tu tak ada membeli apa-apa. Umi ajak pergi buat sauna pun dia tak nak.

Perempuan seorang ni memang pelik. Lain dari yang lain. Rata-rata perempuan yang dia kenal termasuklah ex-ex girlfriend dia tu, semuanya kaki shopping. Kaki merewang.

Hud tongkat siku atas meja sambil pandang muka Farah. Terasa berminat nak dengar jawapan dari mulut mungil orang sebelah tu.

" Tak rasa penting pun. So, Farah tak buat la. Dan.. Tak biasa." sengihnya.

Terasa sedikit kaku bila bola mata dia melihat Hud yang ralit pandang dia. Namun, cepat dia alihkan wajah ke depan semula nak hilangkan gugup di dada. Jangan pula ayah dan umi yang kat depan ni perasan yang dia tengah berdebar berbalas pandang dengan Hud.

Memang semua yang umi tanya dan suruh tadi semasa aktiviti membeli belah ibu mertuanya tu dia rasa tak penting.

Umi beli kain. Umi beli baju. Umi beli bunga. Umi beli perhiasan rumah. Tapi semua tu diluar bidang minat dia.

Kalau suruh dia beli, dia akan beli buku motivasi, buku masak, buku menjahit tak pun buku gardening. Paling low class pun dia akan beli novel. Sauna ke? Berlulur ke? Padicure Manicure ke semua ke laut dalam. Sikit pun dia tak minat.

Macam langit dengan bumi perwatakkan dia dengan makhluk ciptaan Tuhan yang bergelar hawa.

" Umi suka pergi sauna. Manjakan diri. Rugi Farah tak buat tadi. Boleh hilang segala stress yang ada. Hud, sesekali cuba bagi Farah rehat sikit. Keluarkan duit bagi manja isteri. Jangan tahu nak berulit je lepas tu kompelin bini itu ini. " ujar Puan Suraya pula. Muka Farah dan Hud dia pandang berselang.

Akhir sekali pandangan dia jatuh pada Hud. Sengaja bagi nasihat pada anak tu. Lelaki semua benda kena pesan dan bagitahu. Kalau tak semuanya mereka buat lepas laku.

Hud tersedak liur. Terus tegak badannya pandang depan. Farah pula dah berubah wajah. Bersemu merah muka dia. Terkulat-kulat dia pandang wajah Puan Suraya. Encik Halim pula tersengih saja di depan sambil menyisip hot capucino dalam cawan. Tak mahu masuk campur. Karang, dengan dia-dia sekali kena motivasi.

Dia tahu isteri dia dah keluar fakta-fakta dan hujah-hujah komersil. Kalau tak, tak ada la isterinya tu terkenal dengan penilaian sebagai pakar motivasi.

Malahan, sejak akhir-akhir ini brand isterinya menjadi sebutan ramai pihak dan media sosial. Khidmat motivasi sosial isterinya menjadi buah mulut ramai orang. Setanding pakar motivasi Prof. Dr. Muhaya Muhammad Bahruddin Bekri.

Seketika kemudian, datang seorang pelayan mengambil pesanan Puan Suraya dan Farah pula. Hud dan ayahnya awal-awal lagi dah buat pesanan makanan ketika menunggu isteri dan uminya membeli belah tadi.

Puan Suraya memesan Tasimmo earl grey tea dan Salted Egg Lava Pau manakala Farah hanya memesan air suam dan Lala Yam Dim Sum.

***********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience