Bab 6
Ikhlaskan hati dalam melepaskan sesuatu yang bukan milik kita walaupun terpaksa membiarkan hati terluka lagi tetaplah bertahan mencapai cinta bererti.
Laila Maisarah menyusun ubat-ubatan di rak sambil mata melilau memandang kearah Unais Syazweena tekun memandang kotak vitamin.
"Seharian kau senyap kenapa? Ada masalah?"Soal Laila Maisarah setelah seharian menjadi pemerhati melihat perangai sahabatnya.
"Kak Lin nak kahwin."Ujar Unais Syazweena sambil tangannya lincah menyusun kotak-kotak vitamin di atas rak.Bertahanlah walaupun dalaman remuk bercampur kesakitan ditahan agar sekeliling melihatnya bahagia.
"Wahh! Kau nak dapat abang ipar."Laila Maisarah teruja mendengar segera mendekati Unais Syazweena bagi mengetahui cerita selanjutnya.
"Dengan Elmir."
"Apa??"
Terlopong mulut Laila Maisarah apabila mengetahui lelaki yang amat dicintai Unais Syazweena akan berkahwin dengan kakak kandung sendiri.
Wajah Unais Syazweena pahit memandang kearah rakan kerjanya pantas menyingkirkan perasaan kecewa dihati dan dia harus kuat menempuh dugaan walaupun bukan dengan kerelaan hati sendiri.
"Kak Lin lebih layak untuk Mir dan Mir layak untuk Kak Lin." Unais Syazweena memujuk hati sendiri segera Laila Maisarah memeluk tubuh sahabatnya memberi sedikit kekuatan.
"Ehem..Nak berpeluk jugak."Sapa Zayn Farihan yang sedari tadi berdiri menonton drama air mata pekerja-pekerja Farmasi Feeza.
Unais Syazweena mengangkat muka memandang kearah lelaki yang menyapa serta-merta wajahnya berubah geram.
Kejadian semalam masih dalam ingatan kalau tidak didalam Farmasi sudah lama dia membidas lelaki ini.Kemarahannya masih belum reda ditambah lagi dengan perangai menjengkelkan.
"Maaf..Pakcik nak apa?"Soal Unais Syazweena mengejutkan Laila sempat lengan sahabatnya di cuit sebelum melangkah kembali kearah rak-raknya tadi.
"Saya memang nampak tua tengok awak lagi bertambah tua saya.Ada ubat tahan sakit tak?"Soal Zayn Farihan sengaja ingin bertemu dengan gadis ini.
"Kenapa?"
"Saya jatuh."
"Jatuh?"Soal Unais Syazweena sambil mata mencari-cari kecederaan yang dialami oleh lelaki ini namun tiada hanya senyuman lebar mencairkan hati.
"Jatuh cinta dengan awak."Ujar Zayn Farihan semakin mengacau bilau perasaan Unais Syazweena. Entah mengapa perasaan semakin tenang apabila lelaki ini berada di sisinya.
"Encik nak apa?Kalau datang nak mengacau saya baliklah."Pinta Unais Syazweena malas hendak melayan karenah lelaki ini.
"Cakap sajalah malu tak payah halau saya.Sebab saya akan sentiasa menganggu awak selagi awak belum menjadi milik saya."Bisik Zayn Farihan lembut.
"Sampai bila nak tenung muka saya?"Soalan lelaki itu menghentikan lamunan Unais Syazweena pantas matanya memandang kearah lelaki masih tidak mengetahui nama sebenarnya.
"Sampai saya pijak awak sepenuh hati saya."Bidas Unais Syazweena menutupi perasaan malu disebabkan dia terberangan sendiri.
"Nak pijak saya baik saya pijak awak dulu sebab dengar suara awak bertambah sakit kepala saya."Ujar Zayn Farihan sambil memegang kepala yang tidak sakit.
"Tak pernah lagi orang sakit kepala dengar suara saya ramai yang puji lagilah sebab enak didengari.Rasanya telinga awak ada masalah itu."Sakat Unais Syazweena memuji suaranya yang sememangnya merdu kalah Janna Nick.
"Enak lagi suara kura-kura cepatlah bagi ubat kalau tak saya report boss awak.Kepala saya sakit sangat ini."Ujar Zayn Farihan berlakon sakit kepala walhal sengaja dia datang ke Farmasi untuk berjumpa lagi dengan gadis ini.
Nasib gadis ini memakai pakaian pekerja disini tidaklah sukar untuknya mencari disekeliling bandar bagi melepaskan rasa rindu dihati.Walaupun terlalu gelojoh namun dia akan mencuba memikat hati gadis ini.
Unais Syazweena mencapai sepapan ubat lalu diletakkan kedalam plastik kecil sempat dia menulis sesuatu di atas sebelum menghulurkan kepada lelaki setia menanti ubatnya.
"Kalau sakit terus makan ubat ini tetapi kalau berlarutan awak jumpalah Doktor.Sila ke kaunter untuk perbayaran."Saran Unais Syazweena takut jika lelaki ini tidak sesuai memakan ubat-ubatan di Farmasi.
Zayn Farihan segera ke kaunter disebelah hadapan sempat mata memandang kearah gadis itu yang masih berdiri memikirkan sesuatu seakan kesedihan terpancar dari wajah manis itu.
Unais Syazweena memandang kearah Zayn Farihan yang tekun mengeluarkan duit dari dompetnya walaupun hati terdetik perasaan halus namun rasa cinta pada Megat Elmir menutupi perasaan kecil yang telah bersarang dihati.
Share this novel