Bab 3

Romance Completed 18738

Bab 3

                        Kebencian di dalam hati menutupi perasaan rindu yang sekian lama terpendam namun kehancuran di hati tetap terungkap melalui mata yang terluka tanpa henti.

                       "Dengan sepenuh keikhlasan dalam hati Abang menginginkan Lin menjadi yang halal buat Abang." Tutur Megat Elmir tersusun dengan perancangannya selama ini. Dia hampir memiliki seorang insan terlalu dicintai sekian lama.

                         Kotak cincin dibuka perlahan-lahan pantas mata Liney Safiyyah berkaca mengenangkan kesungguhan Megat Elmir ingin memilikinya.Dengan cinta yang mekar menutupkan segala kebohongan di hadapan mata.

                      "Berjanji dengan Lin jangan pernah tinggalkan Lin." Pinta Liney Safiyyah bergetar sambil mencapai cincin di tangan teman lelakinya.

                        Megat Elmir bersyukur dipertemukan dengan wanita yang cukup sempurna walaupun terlalu berliku untuknya memiliki Liney Safiyyah namun usahanya berbuah kan hasil. Kini wanita itu berada di genggamannya tidak akan pernah dilepaskan.

                                  "Janji.."

                       Megat Elmir menggenggam kemas tangan bakal isterinya pantas Liney Safiyyah tersenyum manis membayangkan kebahagiaan yang akan mereka kecapi tidak lama lagi.

                      Tubuh disandarkan ke dinding serta-merta air matanya mengalir ke pipi meratapi kekecewaan melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah teman lelakinya dengan kakak kandungnya sendiri.

                     "Una.." Panggil Liney Safiyyah pantas Unais Syazweena berlari ke arah tangga sempat tangannya mengesat air mata yang masih bersisa.

                      Megat Elmir memerhati dari arah ruang tamu sambil tangan lincah menggentel bantal yang dipeluk. Perubahan Unais Syazweena sudah dijangka namun dia tidak akan sesekali mengubah pendiriannya melainkan berubahnya sekeping hati.

                      "Kak Lin nak bercakap dengan Una." Pinta Liney Safiyyah laju langkahnya mengejar adik bongsunya yang laju mendaki anak tangga ke arah bilik.

                       "Una penat cakap esoklah." Ujar Unais Syazweena dingin namun cukup meninggalkan kesan dihati kakaknya pantas perasaan itu dibuang jauh.

                        "Una sekejap sahaja." Pujuk Liney Safiyyah menginginkan keputusan agar tidak berlaku kekecohan kelak. Jauh di sudut hati masih berharap kan adiknya akan menerima abah kandungnya sendiri.

                        "Cakaplah." Unais Syazweena menghentikan langkah di hadapan pintu biliknya namun matanya terpandang ke arah Megat Elmir di ruang tamu.

                         "Kak akan bernikah dengan Mir dan Kak akan jemput Abah untuk datang ke rumah kita."

                           "Dan apa kena mengena dengan Una?" Soal Unais Syazweena sambil memandang sinis ke arah Liney Safiyyah yang tercengang dengan soalan adiknya.

                          "Sekurangnya Kak beritahu nanti kau tak persoalkan kenapa Kak jemput Abah." Jelas Liney Safiyyah masih mengawal percakapannya. Telah dielakkan keadaan sebegini namun takdir tidak mampu dinafikan hanya berharap segalanya akan dipermudahkan oleh maha esa.

                         " Kenapa Una nak persoalkan sedangkan Kak yang bahagia bukan Una. Jangan rumitkan keadaan dengan perkara remeh macam ini hanya untuk kepentingan Kak!" Jerkah Unais Syazweena lalu menghempas pintu biliknya.

                           Terjengkit bahu Liney Safiyyah pantas langkah diatur turun kebawah." Sayang mungkin dia penat. "Pujuk Megat Elmir tidak mahu bakal isterinya memikirkan kedinginan adik bongsunya disebabkan pernikahan mereka berdua.

                          " Selesaikan keperluan pernikahan kamu, tentang adik biar Umi yang selesaikan. "Ujar Puan Sabrina sambil tersenyum pahit.Puan Sabrina akan terus memujuk anaknya untuk menerima bekas suaminya walaupun kenangan silam menghimpit kenyataan harus diteruskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience