Bab 40

Romance Completed 18738

Bab 40

                    Hati meronta ingin melepaskan segala kesakitan dihati namun bibir terkunci untuk mengungkapkan kesakitan hanya air mata mengalir tanpa henti.Hampir lima jam Unais Syazweena selamat sampai ke rumahnya walaupun langkah lemah namun tetap menguatkan kudrat untuk bertahan.

                      Unais Syazweena memandang segenap sudut bilik yang penuh dengan kenangan semakin laju air matanya mengalir apabila terpandangkan gambar pernikahan seakan kehidupannya retak tak berlagu.

                        Dilepaskan tanpa dipinta menghancurkan segalanya semua angkara Nuha Zahwa wanita itu terlalu berharga di mata Zayn Farihan sehinggakan melepaskan Unais Syazweena yang dinikahi.

                       Liney Safiyyah memandang kearah adik bongsunya dimuka pintu pantas air jernih yang mengalir kepipi di kesat.Mendapat berita dari Zarin Farahin menyentapkan tangkai hati bagaimana untuknya memberikan kekuatan disaat hatinya sendiri kecundang disebabkan cinta.

                          "Arghhhh!!!"Jerit Unais Syazweena sambil melemparkan segala kenangan tidak sanggup untuknya terus menerus hanyut dalam kedukaan.Masih terlalu awal untuknya menerima takdir dengan sepenuh hati apabila terbuka mata lelaki yang dicintai sudah pergi kepada wanita lain.

                      Liney Safiyyah tersandar lemah ke dinding lantas matanya memandang kearah Huq Safwan yang segera melepaskan keluhan berat pantas Puan Sabrina mendapatkan Unais Syazweena mencuba memujuk hati anaknya.

                     Puan Sabrina tidak sanggup melihat kedukaan ini terpancar di mata Unais Syazweena dengan kebahagian dirampas oleh anak tiri Tuan Hilman.Keputusan Zayn Farihan tanpa berbincang seakan melenyapkan segala kemanisan yang pernah anaknya miliki dahulu.

               "Mata ini tidak akan mengalirkan air mata semasa Sayang berada dalam jagaan Bie.. "Zayn Farihan mencium dahi isterinya lantas tersenyum manis menatap setiap inci kecantikan sang isteri.

                       Laju air mata Unais Syazweena mengenangkan setiap kemanisan yang pernah mereka lalui bersama namun segalanya hancur apabila muncul orang ketiga kesetiaan suaminya pudar.

                          "Lepaskan segala perasaan sakit dalam hati agar berkurang setiap kenangan."Bisik Puan Sabrina sambil mengosok tubuh Unais Syazweena lembut.
  
                      Unais Syazweena hanya merenung bingkai gambar yang tergantung di dinding semakin laju air matanya mengalir ke pipi tanpa sempat dikesat lagi.

                       "Macam mana Una nak teruskan kehidupan dengan cinta yang masih bersisa dihati?"Soal Unais Syazweena bergetar suaranya menahan tangisan.

                       "Adik masih ada Umi Kak Lin dan Abang Ngah.Kami sumber kekuatan adik untuk teruskan semua ini."Pujuk Puan Sabrina pantas Unais Syazweena berpaling bibir dicebikkan segera Puan Sabrina memeluk tubuh anak bongsunya.

                     "Sakit..."Ujar Unais Syazweena melepaskan tangisan yang masih bersisa pantas Puan Sabrina semakin merangkul tubuh itu kedalam pelukan mencuba memujuk agar kekuatan terasa.

                        Liney Safiyyah segera memeluk tubuh adiknya bersama tangisan yang sudah pecah sedari tadi melihat kelukaan dihadapan mata.

                        Huq Safwan hanya menyandarkan badan di dinding menerima kenyatan yang hakikatnya mereka akan berusaha membangkitkan semangat adiknya dari kejatuhan seteruk ni.      

                        Unais Syazweena terasa kepalanya berpusing serta-merta pandangannya kelam tanpa sedar tubuhnya terkulai layu di pelukkan Puan Sabrina. 

                         "Una!!!" 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience