Bab20
"Tolong pertahankan hubungan kita Abang." Pinta Liney Safiyyah berharap segalanya akan berakhir dengan bahagia bukannya derita. Laju air matanya mengalir tanpa sempat dihapuskan apabila matanya bertentangan dengan lelaki paling dicintai.
"Macam mana Abang nak pertahankan kalau Umi awak sendiri tak restui hubungan kita. Abang tidak mahu hubungan membelakangkan keluarga." Ujar Megat Elmir seraya memeluk tubuh sambil bertentang mata dengan Liney Safiyyah.
"Semudah ini Abang menyerah?" Soal Liney Safiyyah hairan dengan perubahan Megat Elmir langsung tidak mahu memperbetulkan keadaan malah rela melepaskan sekiranya dia terpaksa bermusuhan dengan Puan Sabrina.
"Abang tak pernah menyerah malah Abang menginginkan hubungan kita berakhir dengan ikatan sekarang restu Umi awak penting dari segalanya."
"Kalau Abang tak bercinta dengan Una perkara macam ini tidak akan terjadi." Ujar Liney Safiyyah seakan hilang pedoman dalam diri sehingga menyalahkan ketentuan takdir. Megat Elmir mengeluh tiada alasan untuknya pertahankan seandainya jodoh antara mereka tiada.
"Sesuatu yang terjadi adalah bersebab siapa Abang nak tentukan segalanya." Megat Elmir memandang sekilas kearah sekeliling semakin buntut fikirannya dengan tindakan Liney Safiyyah terlalu mendesak.
"Lin rayu jangan tinggalkan Lin."
"Lin kita mesti teruskan kehidupan walaupun tanpa..."
"Mana janji Abang? Benar kata Umi Lin permainan dari Abang begitu jua Una. Terima kasih Abang sebab hancurkan segalanya." Liney Safiyyah berjalan pergi meninggalkan Megat Elmir terpinga-pinga jauh disudut hati dia tidak merelakan wanita itu pergi.
Liney Safiyyah mengesat air matanya yang mengalir dengan kesakitan meninggalkan kesan luka mendalam tidak mampu menguatkan dirinya untuk bertahan namun dia mencuba walaupun terkilan.
Megat Elmir mengejar Liney Safiyyah lalu menghalang wanita itu dari pergi dia harus menyelesaikan tanpa dendam di hati walaupun tidak semudah yang diinginkan.
"Tak mudah untuk Abang berada sampai tahap ini dengan Lin walaupun Abang terpaksa memilih Una.Abang minta maaf sebab berputus asa terlalu awal tetapi Abang berserah pada takdirnya."Jelas Megat Elmir akan berusaha mempertahankan hubungan mereka.
Liney Safiyyah segera memeluk erat tubuh kekasih hati melepaskan segala perasaan dihati. Dia menyedari hubungan mereka akan kembali pulih dan akan memujuk Uminya untuk menerima hubungan mereka berdua.
"Lin.." Panggil Puan Sabrina mengejutkan Liney Safiyyah dari lamunan jauhnya pantas wajah Puan Sabrina dipandang penuh harapan agar memahami isi hatinya untuk memiliki Megat Elmir.
Puan Sabrina berjalan perlahan-lahan kearah anaknya sempat berdeham beberapa kali melepaskan rasa gatal di tekaknya. Kesakitannya semakin berkurang namun kerinduan semakin memuncak hanya Allah mampu mendengar rintihan hatinya.
"Umi salah dalam mendidik anak-anak Umi disebabkan Umi pernah gagal dalam perkahwinan Umi. Umi terlampau berharap sedangkan Umi tak sedar Allah akan tarik segalanya dari Umi." Tutur Puan Sabrina sambil memeluk tubuhnya sedikit kedinginan malam bersama angin yang meniup.
"Cinta bagi Umi apabila kita terlalu berharap lelaki itu menyayangi kita sepenuh hati dia akan setia sampai mati namun apabila kita tidak meletakkan harapan dia akan setia tanpa dipaksa."
"Maksud Umi?"
"Kalau kita sayang sepenuh hati seandainya lelaki itu bukan ditakdirkan untuk kita tetap bukan walaupun alasannya adalah Umi. Umi bukan ingin menghancurkan hati Lin tetapi Umi tidak mahu Lin merana sendiri dengan cinta sepenuhnya untuk Mir." Jelas Puan Sabrina pantas Liney Safiyyah tersenyum pahit hatinya tidak mampu menerima dia masih dengan keinginan yang sama.
" Umi.. "Liney Safiyyah mengapai tangan Puan Sabrina mencuba memujuk wanita itu.
" Umi akan restu hubungan Lin seandainya takdir berpihak kepada Lin. Jangan mengikut hati yang terluka mengikut fikiran yang sedia berfungsi. "Ujar Puan Sabrina tidak ingin anaknya tersalah dalam memiliki teman hidup sepertinya.
" Lin hanya mahukan Mir." Ujar Liney Safiyyah berkaca matanya. Puan Sabrina memegang tangan anaknya berharap anak muda ini mengerti naluri seorang ibu.
"Terpulang Lin keputusan pada Lin." Puan Sabrina melangkah pergi meninggalkan Liney Safiyyah yang mengeluh lemah.
Impian yang ingin dikecapi tidak semudah bibir menutur janji seandainya cinta menutupi hati segala kata dari hati tidak di kenal penuh erti. Hubungan jauh ke hadapan dengan halangan tanpa tujuan berertikah segalanya?
Share this novel