Bab 25
Unais Syazweena memeluk erat tubuh Puan Sabrina melepaskan rasa rindu di hatinya setelah sekian lama pergi membawa hati yang kecewa. Puan Sabrina turut memeluknya erat tidak akan melepaskan anak gadisnya pergi.
"Abah nak peluk sekali boleh?" Soal Tuan Hilman membuatkan mereka bertiga ketawa gembira segera Unais Syazweena memeluk Tuan Hilman pula.
Sekian lama tidak pernah mendapat pelukkan dari seorang Abah kini Unais Syazweena merasai sesuatu perasan sukar di tafsirkan hanya mata mengeluarkan cahaya dan bibir mengungkapkan kata.
"Abah boraklah dengan Umi adik nak jalan-jalan kawasan rumah Abah Zarul." Pinta Unais Syazweena lalu meninggalkan kedua ibu bapanya.
Suasana senja menarik minat Unais Syazweena untuk berjalan di sekeliling rumah mencari ketenangan yang tidak selalu dikecapi sambil mata menoleh kearah kedua ibu bapanya yang rancak berbual berdua.
Sedikit sebanyak membuatkan bibir tersenyum manis melihat kemesraan mereka tidak ubah seperti waktu berkahwin dahulu walaupun Unais Syazweena menyedari Puan Sabrina lakukan ini deminya.
"Sudahlah senyum itu habis mati pokok bunga saya." Tegur Zayn Farihan menghentikan lamunan Unais Syazweena
"Biar mati asalkan sayang saya tak mati dekat awak." Sakat Unais Syazweena pantas Zayn Farihan jatuh terduduk berbunga-bunga hatinya walaupun menyedari gadis ini hanya bergurau tetapi perasaan itu cukup sampai kepadanya.
Zayn Farihan bangun kembali sempat memandang sekeliling takut ahli keluarga menyaksikan kemesraan antaranya dengan Unais Syazweena malu dibuatnya nanti.
"Malam nanti teman saya pergi
ladang. "Pinta Zayn Farihan membuatkan Unais Syazweena hairan tidak pernah lelaki ini mengajaknya keluar tambahan pula waktu malam.
"Ajaklah Abang Wan tak elok perempuan keluar malam berdua pula dengan awak masuk ladang pula itu. "Bantah Unais Syazweena masih menjaga nama baik keluarganya. Zayn Farihan sudah menjangka jawapan dari Unais Syazweena namun dia telah mengatur rancangan baik punya.
"Awak lupa Wan dengan Kak Ngah pergi bandar bawa Abah, Mak, Papa dan Umi. Lagipun Zara ikut sekali tak adalah saya ajak awak seorang."Jelas Zayn Farihan tidak mahu gadis ini salah faham dia masih menjaga nama baik keluarga.
Unais Syazweena mengetap bibirnya lantas tersenyum manis mengerti lelaki ini tidak akan mengambil kesempatan terhadap dirinya.Zara Farhana menghentikan motor di sebelah Unais Syazweena ingin mengajak wanita itu pusing-pusing kawasan rumah.
"Jom Una kita pusing-pusing Felda." Ajak Zara Farhana sambil kaki menarik tongkat motor menanti kawannya. Zue Fairus menolak kereta sorong sambil menjerit kearah adik-adiknya yang sudah tercengang dengan perangai kakaknya.
"Kak Long kau dah kenapa? Kesian Abang Long itu." Tegur Zayn Farihan sambil menunjukkan kearah abang iparnya berwajah pasrah ditolak isterinya.
"Aku nak beromantik dengan Abang Long kau. Sawit tak?"
"Sawit?" Soal Unais Syazweena dan Zara Farhana serentak.
"Sebelum buah sawit jatuh atas kepala awak Sayang saya turun dulu lah nak jumpa dengan Tuan Hilman." Tutur Mustafa sambil melompat turun dari kereta sorong yang ditolak isterinya. Zue Fairus memandang kearah adik-adiknya masih sakan mentertawa kearahnya.
"Senang hati ya Una kau tunggu
malam ini." Sakat Zue Fairus pantas Unais Syazweena mengelengkan kepala tidak pasal dirinya turut mendapat tepis. Zayn Farihan berdeham berkali-kali takut kalau kakak sulungnya terlepas cakap tidak jadilah rancanganya.
"Jomlah Una. "Pelawa Zara Farhana lagi pantas Unais Syazweena membonceng motosikal yang dipandu oleh kawan baiknya. Zayn Farihan memandang sampailah mereka hilang dari pandangan seraya mengalihkan pandangan kearah Zue Fairus.
"Pujuk Fir balik sini. Sampai bila dia nak merajuk tak kesian dekat Mak dengan Abah cukuplah aku tengok dari muka dia orang bertapa rindunya dekat dia." Tutur Zue Fairus serius dia masih mampu bersabar dalam masa yang sama menanti kemarahan memuncak di hati.
" Lepas urusan antara aku dengan Una selesai aku akan berjumpa dengan Fir."Putus Zayn Farihan berharap pertemuan akan berakhirnya pergaduhan dalam keluarga mereka.
"Jangan sampai Kak Long bersuara." Ujar Zue Fairus lalu menepuk lembut bahu adiknya sebelum berjalan kearah suami tercinta.Dalam kelakarnya tersirat emosi yang hancur melihat keluarga bergaduh hanya disebabkan seorang wanita itu lebih menyakitkan.
Share this novel