Bab 16
Zayn Farihan bersila dihadapan Abahnya yang ralit menyusun tembakau di atas daun kering menyiapkan sebatang rokok.Sesekali matanya berkalih kearah anak lelaki ketiganya walaupun di dalam hati merindui anak lelaki yang kedua namun hati seakan tawar untuk mengingati Zaid Firdaus.
"Hubungan kamu dengan Nuha macam mana? Kenapa tak bawa dia sekali tadi?" Soal Encik Zarul sambil menacu permetik api di hujung rokok.
"Dia pilih kebahagian dia. Ude sendiri malas beria kalau hati sendiri berubah kita tak perlu memaksa lain jadinya nanti." Jelas Zayn Farihan merasa tenang dengan keputusannya sendiri.
"Abah tak kisah daripada kahwin nanti bercerai berai lagi masalah. Biar putus sekarang dari menyesal kemudian hari."
"Kehidupan harus diteruskan."
"Dengan Una?" Sampuk Puan Fadilah sambil mengangkat dulang berisi air kopi. Zayn Farihan tersenyum sendiri apabila nama gadis pujaan hati disebut.
"Mak setuju ke?" Soal Zayn Farihan menduga Emaknya. Puan Fadilah meletakkan dulang air di meja berhampiran anak dan suaminya.
"Mak tak pernah halang anak-anak Mak memilih jodoh cuma Mak berdoa pasangan yang dipilih anak Mak adalah yang terbaik." Ujar Puan Fadilah segera menghirup sedikit kopi panas.
"Walaupun baru tadi kami berjumpa Mak terus merasakan Una seorang anak yang baik cuma dia masih muda untuk membuat keputusan sama macam adik." Jelas Puan Fadilah lagi sambil mengangkat kening kearah suaminya yang sudah tersenyum manis.
"Sebenarnya Una anak Tuan Hilman. Dia sendiri berpesan pada Ude supaya menjaga anak bongsu dia macam nyawa sendiri." Ujar Zayn Farihan lalu mencapai cawan di meja hadapannya.
"Kalau anak Tuan Hilman Abah setuju lah bukan kita tak kenal kan." Encik Zarul teruja apabila nama Tuan Hilman disebut sedangkan dahulu Nuha Zahwa adalah anak Tuan Hilman juga tetapi sekiranya jodoh Zayn Farihan dengan Unais Syazweena mereka berdua menerima dengan hati yang terbuka.
"Jangan melulu Abah Ude sendiri tak kenal lagi hati budi Una. Bagi lah kami kenal-kenal dahulu."
"Mak yakin dia ada perasaan yang sama." Puan Fadilah tersenyum dengan bangganya dia akan mencuba menyatukan Unais Syazweena dengan anaknya.
"Yakinnya kamu." Sakat Zayn Farihan mencetuskan ketawa memecahkan sunyiaan di malam hari.
Unais Syazweena tersenyum sendiri entah mengapa hatinya seakan berbunga tanpa dipinta mungkin sudah mempunyai perasaan yang sama atau hanya menutup perasaan yang terluka.
"Aku tahu dalam hati kau ada Mir." Zara Farhana menyentuh lembut bahu kawannya yang mengelamun jauh.
"Dia dah bahagia dengan pilihan dia dan aku teruskan kehidupan yang baru."
"Dengan siapa?"
"Kakak aku.." Ujar Unais Syazweena membuatkan Zara Farhana meletakkan tangan ke mulut tidak percaya dengan kisah yang terjadi antara Unais Syazweena dan Megat Elmir.
"Macam mana boleh dengan Kakak kau kalau selama ini kau orang bahagia? Lama tau hubungan kau dengan dia." Zara Farhana masih tidak Percaya segalanya telah berakhir.
"Zara menjadi orang ketiga sesuatu yang menyakitkan apabila di cemuh oleh orang sekeliling. Aku tidak berada di tempat kau tetapi aku berada di tempat wanita yang mencintai sepenuh hati akhirnya cinta berpaling kearah lain aku berharap semuanya bukan seperti yang aku
katakan. "Ujar Unais Syazweena lalu tersenyum manis kearah kawan baiknya.
Unais Syazweena memandang ke luar jendela mencari sekeping hati yang telah hancur tanpa dipinta malah tidak menyangka kenangan itu menyiksa dada.
Zara Farhana memandang kearah kawannya sejuta kata tidak mampu menghapus kasih dan sayang dijiwa. Dia memilih Tariq Zareer senekad ini untuk memiliki tanpa menyedari luka dihati seorang isteri.
Share this novel