Bab45
Liney Safiyyah melangkah masuk kedalam Restoran sambil memandang kearah Nuha Zahwa bermesra di samping suami tercinta pantas tangannya menampar meja dihadapan wanita itu.
Zara Farhana memeluk tubuh sambil memandang kearah Nuha Zahwa dan Megat Elmir silih berganti. Seronok berasmara sedangkan Unais Syazweena menderita ditinggalkan suami disebabkan perempuan yang pernah dicintai.
Nuha Zahwa dan Megat Elmir terkejut segera melepaskan pelukkan sebelum bingkas berdiri berhadapan dengan Liney Safiyyah sudah menanti untuk membongkar kejahatan yang telah mereka berdua lakukan sehingga tergadai sebuah ikatan.
"Seronok berasmara dekat sini dengan suami yang tercinta.."Perli Liney Safiyyah sambil tersenyum sinis. Dia tidak menyangka wanita ini sanggup melakukan kejahatan ditambah dengan kehadiran bekas kekasihnya turut bersubahat.
"Apa masalah You datang sini?"Soal Nuha Zahwa berdalih takut sekiranya rancanganya terbongkar begitu sahaja tanpa sempat dia memperoleh kekayaan Tuan Hilman.
Zara Farhana melontarkan pandangan kearah lain benci sungguh hatinya ingin melayan karena Nuha Zahwa terlalu bongak semenjak dahulu lagi malah sedikit tidak menghormati kedua ibu bapa nya.
"Tak payah nak berlagak dekat sinilah Kak Nuha. Kami datang nak ucapkan tahniah sebab berjaya runtuh kan rumah tangan Abang saya sebelum itu kami nak ucapkan tahniah sekali lagi sebab sudah bergelar isteri pada lelaki ini."Bidas Zara Farhana bengang dengan perangai Nuha Zahwa.
Megat Elmir memandang kearah bekas kekasihnya yang turut merenung kearahnya serta-merta perasaan serba salah menghantui hatinya dengan sikapnya tidak pernah cukup dengan wanita.
"Merepek apa ini?"Nafi Nuha Zahwa lalu menarik tangan Megat Elmir yang terpinga-pinga.
"Tak perlu nak nafikan lah Nuha. Kami dah tahu semuanya yang kau itu isteri orang kenapa masih nak ganggu adik aku? Kami tak pernah usik kau walaupun aku tahu kau lah punca aku putus dengan Mir!"
"Apa sahaja akan aku buat demi melihat Unais derita macam mana Mama aku derita sakit disebabkan Umi kau!"Pekik Nuha Zahwa mengejutkan pengunjung Restoran pantas Megat Elmir melepaskan pegangan.
"Kami tak pernah merayu dekat Puan Natrah untuk berikan buah pinggang dekat Umi.Kalaulah aku tahu jadi macam ini aku tak akan benarkan kau dekati keluarga kami lagi."Ujar Liney Safiyyah sebak pantas Zara Farhana mengusap lembut bahu wanita itu.
"Tak payah nak menangis dekat sini. Aku akan dapatkan kembali hak aku walaupun nyawa yang tergadai.Kau dan keluarga kau akan berputih mata melihat kehancuran Unais Syazweena."Ugut Nuha Zahwa lalu berjalan keluar dari restoran diekori Megat Elmir masih memandang kearah Liney Safiyyah.
Zara Farhana segera menarik tubuh Liney Safiyyah kearah kerusi berhampiran menenangkan wanita ini yang kelihatan lemah.Kelakuan Nuha Zahwa seakan merentap seluruh keadaan menjadikan sebuah rumah kacau bilau disebabkan seorang wanita.
Liney Safiyyah segera berjalan keluar dari Restoran tanpa sempat ditahan Zara Farhana pantas langkah diatur kearah Nuha Zahwa yang ingin membuka pintu kereta.
Liney Safiyyah menarik rambut Nuha Zahwa melepaskan perasaan marahnya tidak mampu dibendung lagi pantas tubuh wanita itu ditolak kuat jatuh ke lantai. Zara Farhana segera mendail nombor telefon abang iparnya meminta pertolongan dengan keadaan tidak mampu dikawal.
Megat Elmir hanya memerhati dia sendiri terkejut dengan perubahan Liney Safiyyah bukan seperti dahulu malah semakin berani menegakkan keadilan demi keluarganya seraya memandu keluar meninggalkan isterinya.
"Aku pantang orang sentuh keluarga aku hanya untuk meninggalkan luka. Kau boleh atur rancangan tapi kau kena hadap siapa Liney Safiyyah dahulu!" Pekik Liney Safiyyah sambil menolak kepala Nuha Zahwa melepaskan segala perasaan yang terbuku dihati.
Satu tamparan hinggap di pipi Nuha Zahwa pantas tangannya memegang pipi yang kesakitan ada sedikit darah. Tiada kudrat untuknya melawan kekuatan wanita ini dia tewas dengan dendamnya sendiri.
Huq Safwan menahan kakaknya dari melakukan kekerasan keatas Nuha Zahwa. "Kalau mati sekali pun semua tak akan kembali pada asal!"Marah Huq Safwan membuatkan Liney Safiyyah menghentikan pukulan.
"Adik kita menderita disebabkan dendam bodoh dia Ngah tak akan kau nak senyap macam ini!"
"Aku tahu tapi kita selesaikan cara elok dia nak Zayn ambil asalkan adik tak menderita!" Bidas Huq Safwan sambil memandang kearah Nuha Zahwa yang mengelap darah mengalir di birai bibir.
Zara Farhana merapu wajahnya keadaan bertambah tegang dengan perubahan Liney Safiyyah seakan menambah dendam dihati Nuha Zahwa sampai bila tidak akan selesai.
"Bawa Nuha balik rumah kita bincang." Pinta Huq Safwan lalu berjalan kearah kereta diekori oleh Liney Safiyyah. Zara Farhana segera memimpin lengan Nuha Zahwa untuk bangun namun Nuha Zahwa mengacukan pisau ke lengan Zara Farhana tanpa sempat dia mengelak.
Zara Farhana menahan darah dari keluar lenganganya sambil jalan perlahan-lahan kearah kereta Huq Safwan yang segera mendapatkan adik iparnya.
Share this novel