Bab 23
Permulaan penuh dengan rintangan sehingga sampai dipertengah penuh dengan perdamaian belum bererti segalanya akan menjadi kebahagian yang diimpikan sekiranya halangan menanti di persimpangan.
"Lama kita tak berjumpa Kak Abang.." Tutur Puan Sabrina lembut sambil memandang kearah Puan Fadilah yang turut memandang kearahnya. Encik Zarul hanya tersenyum bahagia melihat keluarga mereka berkumpul dengan keluarga kawan baiknya.
"Itulah kalau anak kita tak berkawan sampai ke sudah kita tak berjumpa." Ujar Puan Fadilah teruja. Perpisahan mereka berempat disebabkan terputus hubungan sesama sendiri setelah Tuan Hilman bercerai dengan Puan Sabrina.
Tuan Hilman meletakkan tangannya ke bibir memikirkan kata-kata untuk disampaikan setelah kehadiran mereka ke sini. "Kami datang ada hajat." Ujar Tuan Hilman sambil menoleh kearah bekas isterinya.
"Hajat apa itu?" Soal Encik Zarul teruja pantas memperbetulkan kedudukannya. Zayn Farihan bersila dihadapan keluarga ayah angkatnya.
"Nak memetik bunga di halaman."
"Pergilah petik." Seloroh Puan Fadilah memecahkan tawa di ruang tamu itu. Zayn Farihan hanya mendengar menahan debaran di dadanya.
"Wan dah lama berkawan dengan Rin kami rancang nak nikahkan mereka berdua." Jelas Tuan Hilman pantas Puan Sabrina meletakkan kotak cincin yang telah dibuka diatas meja.
Silauan di permata cincin menarik minat Zara Farhana untuk melihatnya namun di tahan oleh Zue Fairus membiarkan perbincangan dua keluarga itu.
"Benda baik elok di percepatkan kita pun semakin tua teringin nak bercucu." Puan Fadilah dan Encik Zarul menyambut baik lamaran dari keluarga kawan baiknya malah bersyukur persahabatan akan berkekalan dengan ikatan di antara anak mereka.
"Boleh Zayn mencelah." Sapa Zayn Farihan menghentikan perbualan orang tuanya pantas mereka berempat menumpukan perhatian kearah Zayn Farihan yang berdebar kencang.
"Zayn nak minta izin dekat Papa dan Umi untuk peristerikan Unais." Pinta Zayn Farihan mengejutkan semua termasuk Zue Fairus dan Zara Farhana walaupun dalam hati gembira riang.
Tuan Hilman memandang kearah Puan Sabrina yang sudah tersenyum manis." Umi menerima Zayn seadanya."
"Begitu juga Papa tetapi Han harus bertanya tuan badan sendiri kami hanya memberi green light." Jelas Tuan Hilman lalu tersenyum manis.
Zayn Farihan mengangguk dalam masa yang sama terlalu bersyukur rezekinya bakal memiliki Unais Syazweena walaupun tidak mengetahui keputusan dari gadis yang dicintai.
Encik Zarul mengenyitkan matanya kearah Puan Fadilah masih tersengih kagum dirinya dengan keberanian Zayn Farihan demi menjaga nama baik keluarga walaupun sedikit gelojoh.
HUQ SAFWAN menguis-guis kakinya menanti Unais Syazweena mengatakan sesuatu walaupun dia menyedari adiknya sudah banyak berubah mudah memaafkan tanpa keegoan dihati.
"Kenapa Kak Lin tak ikut?"Soal Unais Syazweena masih menjadi tanda tanya tanpa kehadiran kakak sulungnya walhal selama ini ke mana sahaja Puan Sabrina pergi pasti kelibatnya turut terlihat.
"Kak Lin masih marah Umi.."
"Kenapa?"
"Umi tak restu hubungan Kak Lin dengan Mir pada mulanya semalam Umi restu tetapi Umi tak akan campur sekiranya berlaku sesuatu."Jelas Huq Safwan mengejutkan Unais Syazweena senekad itu Uminya menghalang demi memperbetulkan keadaan.
" Una redha kalau Kak Lin bersama Mir tetapi kalau Umi buat keputusan sebegitu Una tak mampu untuk menghalang cuma Una boleh bercakap dengan Umi untuk kebahagiaan Kak Lin."
"Bukan sebab adik Umi ada alasan tersendiri sebab itu Umi memilih untuk menghalang tapi Kak Lin masih dengan pendiriannya terpaksa Umi terima."Jelas Huq Safwan tidak mahu adiknya memikirkan tentang kakak sulungnya namun berharap Liney Safiyyah menyedari keputusannya akan melukakan hatinya sendiri.
"Kak Lin dah bincangkan dengan Abah mesti Abah dah jumpa dengan Mir." Ujar Unais Syazweena berharap impian kakaknya untuk bersatu dengan Megat Elmir bakal menjadi kenyataan.
"Abah tak jumpa dengan Mir."Ujar Zayn Farihan sambil memeluk tubuh pantas Unais Syazweena mengerutkan dahi hairan walaupun dia mengetahui semasa hari kejadian Megat Elmir bertemu dengannya.
"Hari sepatutnya Abah jumpa Mir ada urusan mengejut tapi dia jumpa kau kan?" Duga Huq Safwan tanpa selindung Unais Syazweena mengangguk tidak perlu untuknya berahsia kalau kebenaran sudah diketahui.
"Angah tahu sebab Angah nampak Umi pun nampak tapi kami pilih untuk mendiamkan diri.Umi rahsiakan tentang Abah bersebab adik Umi sudah cuba nak jelaskan tapi adik belum sedia nak terima." Huq Safwan mencuba menjelaskan supaya adiknya tidak terus salah faham seraya Unais Syazweena melepaskan keluhan.
"Angah Una malas nak ingat tentang perkara lalu. Sekarang keluarga kita dah bahagia kehidupan Una pun dah lengkap dengan kasih sayang Abah."
Buang yang keruh ambil yang jernih menjadi pesanan dalam diri Unais Syazweena sendiri dia tidak akan berpaling malah mengenangkan kenangan lalu cuma berharap segalanya bakal baik-baik sahaja.
Zarin Farahin berjalan kearah kekasih hatinya sambil tersenyum sampai ke telinga. Masih tidak percaya dia bakal bersatu dengan lelaki yang dahulu menjadi musuhnya kini selalu berada disisi susah senang bersama.
"Lain macam senyuman ini." Tegur Huq Safwan hairan dengan perangai pujaan hati walaupun sudah mengetahui Puan Sabrina dan Tuan Hilman telah meminang wanita yang dicintai setulus hati.
"Senyuman cinta.."
Unais Syazweena hanya tersenyum melihat kemesraan merpati dua sejoli hanyut dengan cinta tanpa sedar kehadirannya di sisi pantas matanya tertangkap satu pandangan dari jauh serta merta bibir mengukir senyuman apabila lelaki itu mengenyitkan mata kearahnya.
Share this novel