Bab 13

Romance Completed 18738

Bab 13

                     
                   Apabila kesalahan dahulu terpahat dihati telah mengaburi mata untuk menerima kebenaran dalam memperbetulkan kembali salah faham yang terjadi dengan ungkapan maaf sepenuh hati.

                        Unais Syazweena memandang segenap penjuru biliknya mencari secebis kekuatan untuk menerima Tuan Hilman dengan melupakan kesalahan yang telah terjadi. Dia harus memohon kemaafan dari seorang ayah.

                       "Saya nak ikut awak balik kampung."Pinta Unais Syazweena dicorong telefon sambil mata memandang kearah pakaian yang telah selesai dikemasnya.

                         Perbualan Puan Sabrina petang tadi sudah cukup membuktikan segalanya dia teramat kecewa dengan kenyataan dilontarkan oleh Uminya.

                        Bibirnya menuturkan kata menyakitkan kepada Tuan Hilman padahal Abahnya telah berkorban menyelamatkan Uminya sedangkan dia mencuba menyingkirkan insan bernama ayah dalam kehidupannya.
   
                          "Esok saya ambil awak dekat rumah."Balas Zayn Farihan mengejutkan Manis Syaweena dari lamunan jauh.                   

                   "Ambil saya dekat farmasi.Saya tunggu awak dekat sana sebab saya nak jumpa kawan saya."Jelas Unais Syazweena lalu mengetap bibirnya.

                         "Umi tahu?"Soal Zayn Farihan menginginkan kepastian namun dia menyedari keputusan gadis ini hanya untuk mencari ketenangan dalam kehidupan.

                     "Saya perlu masa untuk tenangkan fikiran.Kehadiran saya bukan penting bagi mereka."Unais Syazweena mengelap air mata yang mengalir apabila teringatkan kata-kata dari Puan Sabrina.
  
                          Sebuah kejutan yang memakan diri sendiri sedangkan berbakul Unais Syazweena membenci Tuan Hilman tanpa menyedari segalanya menghasilkan kelukaan.

                   "Mereka tetap keluarga awak."

                  "Kenapa mereka bohong dengan saya?"

              "Awak rehatlah.Esok saya ambil awak."Putus Zayn Farihan tidak mahu perbalahan berlanjutan dan gadis itu menukar fikirannya.

                  Talian dimatikan pantas Zayn Farihan menghantar pesanan ringkas kepada seseorang sebelum merebahkan tubuh diatas katil.

ADIK KAU AKAN IKUT AKU BALIK KAMPUNG.KAU JANGAN RISAU AKU JAGA DIA BAIK-BAIK. - Zayn Farihan

                     Huq Safwan melepaskan keluhan berat setelah membaca pesanan whatapps dari kawannya walaupun segalanya akan baik-baik sahaja namun dia menyedari adiknya sudah mengetahui perkara sebenar.

                        "Kadang berahsia ini akan membuatkan kehilangan."Tutur Zarin Farahin sambil meletakan talam berisi makanan yang baru diodernya sebentar tadi.

                          "Saya sendiri buntu dengan masalah keluarga saya.Baru sahaja Zayn mesej yang adik akan ikut dia balik kampung."Ujar Huq Safwan pening kepala memikirkan pengakhiranya.

                        "Beri Syazweena masa untuk tenangkan fikiran dan saya percaya Syaz akan menerima kenyataan."Ujar Zarin Farahin sambil menyuap kentang goreng kedalam mulut.

                        "Kenyataan?"

                      "Zayn dan Syaz dah dengar segalanya Sayang."Jelas Zarin Farahin mengejutkan kekasihnya pantas wajah diraup berkali-kali.

                          "Perkara macam ini yang saya risaukan kalau adik membawa diri dan salahkan Umi."Huq Safwan menghirup sedikit air.

                        "Beri peluang pada Syaz nanti dia akan pulang juga kepada keluarga awak."Pujuk Zarin Farahin mencuba menenangkan Huq Safwan yang semakin tertekan.     

                        "Sejak bila Zayn rapat dengan adik saya?"Soal Huq Safwan tiba-tiba teringat kearkaban kawanya dengan adik sendiri.

                          Zarin Farahin mengangkat bahunya sambil mencebik bibir tidak mengetahui kisah percintaan adiknya dengan adik kekasih hatinya sendiri namun dia menyedari Zayn Farihan sedang mengenali hati budi Unais Syazweena.
  
                          "Kalau Umi tanya Syaz pergi mana awak nak jawab apa?"Soal Zarin Farahin sambil mengunyah makanan didalam mulutnya.
   
                        "Diamkan diri."

                       "Perkara sebenar tak akan nak diamkan diri."

                       "Umi boleh diamkan diri tentang Abah kenapa saya tak boleh?"
  
                        "Sayang..."Panggil Zarin Farahin lalu mengelengkan kepala tidak bersetuju dengan jawapan kekasihnya.

                           "Yang kita borak pasal benda lain."Pinta Huq Safwan lalu menyuapkan kentang kedalam mulut kekasih hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience