Bab 36

Romance Completed 18738

Bab 36

                         Zayn Farihan berjalan kearah ruang tamu setelah mendengar suara riuh rendah ahli keluarga berkumpul. Penat memandu masih tidak hilang ditambah dengan desakan dari Nuha Zahwa untuk berkahwin membuatkannya semakin buntu.

                         "Mak pelik jarang kamu berenggang dengan Una. Tup Tup harini balik seorang apa dah jadi?" Soal Puan Fadilah serabut memikirkan masalah anak-anak tidak sudah.

                         Zue Fairus mengfokuskan diri kearah adiknya sempat dia menjeling kearah Zara Farhana yang turut memasang telinga ingin mengetahui masalah terjadi antara Zayn Farihan dan Unais Syazweena.

                         "Zayn nak kahwin dengan Nuha."Jelas Zayn Farihan mujur Abahnya masih berada di luar rumah bersama Zaid Firdaus tidak sukar untuknya berkata jujur dihadapan Puan Fadilah.

                                     "Hah?" Puan Fadilah terlopong sambil memegang dadanya terasa sakit di dada dengan perubahan Zayn Farihan. Zarin Farahin menghentikan langkah sempat berpaling mencari kelibat Unais Syazweena yang masih berbual dengan Encik Zarul.

                             "Kau dah kenapa Zayn?"Soal Zue Fairus tegas habis langsir di tolak ke tepi hanya memandang kearah Zayn Farihan yang menunduk.

                        "Abang semalam abang elok kenapa harini berubah macam ini?"Soal Zara Farhana pula bingung memikirkan reaksi kawan baiknya pasti kecewa.

                     "Nuha sakit Zayn kesian nak tolong dia sebab Zayn dah berjanji dengan Tuan Hilman untuk jaga Nuha."

                     "Pergi mati dengan kesian kau Zayn! Dekat Una kau tak kesian ke?Mana pergi jantan yang dia cintai sampai sanggup buang kau dari hidup dia?"Bidas Zue Fairus berang tepat tangannya menunjuk ke muka Zayn Farihan.

                       "Bukan macam itu."

                        "Habis macam mana Ude? Una cukup baik menjaga kamu perempuan macam itu juga kamu nak?"

                          Puan Fadilah bersuara cukup terguris hatinya dengan perangai Zayn Farihan bertambah malu mukanya untuk berhadapan dengan Puan Sabrina malahan menantunya sendiri.

                         Zayn Farihan berusaha memujuk walaupun dia sebenarnya akan tetap bernikah sekiranya keluarga tidak merestui hubungan bersama Nuha Zahwa begitu juga isterinya.

                           Unais Syazweena mendekati kakak iparnya hairan mengapa wanita ini masih berdiri dihadapan pintu tanpa berganjak langsung hanya kepala yang di jenguk kearah dalam.

                          "Ude dah berjanji dengan Tuan Hilman nak jaga Nuha.."

                       "Habis jaga sahajalah tak payah kahwin. Keputusan Abang cukup lukakan hati Una begitu juga kami!"Pekik Zara Farhana terasa kesengsaraan kehidupan kawannya kelak setelah hadirnya Nuha Zahwa.

                Zayn Farihan berpaling kearah Maknya lalu melutut meminta restu dari wanita itu."Zayn tak minta banyak cukuplah bagi restu untuk pernikahan kami."

                         Unais Syazweena terduduk lemah mendengar perbualan suaminya seakan gelap dunia tanpa sinaran cinta dari Zayn Farihan lagi.Zarin Farahin memaut tubuh adik iparnya dari jatuh ke lantai.

                        "Apa bising-bising tengah malam ini?Esok kan ada majlis bukannya untuk dengar kamu semua bergaduh!" Marah Encik Zarul sambil memegang kain pelikatnya yang ingin jatuh disebabkan berlari masuk kedalam rumah setelah mendengar bunyi bising.

                           Semua mendiamkan diri tanpa menjawab soalan dari Encik Zarul pantas Zayn Farihan bingkas berdiri lalu berjalan ke arah pintu namun langkahnya terhenti.

                            "Sayang.."

                         Unais Syazweena mengangkat wajahnya yang basah dengan air mata sebelum bangun berjalan masuk dipimpin oleh Zarin Farahin tanpa menoleh kearah suaminya yang tercengang di muka pintu.

                         Zayn Farihan segera menarik tangan isterinya masuk kedalam bilik tanpa menghiraukan ahli keluarga yang merengus kekesalan. Zue Fairus memandang kearah Maknya mengekori langkah anaknya kearah bilik.

                            

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience