Bab 43

Romance Completed 18738

Bab43

        
                        Liney Safiyyah melangkah masuk kedalam rumah agam tiga tingkat milik arwah Abahnya diekori oleh Zara Farhana.Kehadiran mereka berdua ingin menyelesaikan masalah yang telah tercetus malah menjadi tanda tanya dalam fikiran semua ahli keluarga.

                          "Masuklah Lin buat macam rumah sendiri Mama nak buatkan air sekejap." Tutur Puan Natrah lalu berjalan kearah dapur.Liney Safiyyah melabuhkan punggung diatas sofa berdekatan lalu mencapai majalah berhampiran.

                           Zara Farhana segera melihat sekeliling rumah sengaja mencuci mata melihat kawasan dalam rumah milik arwah Tuan Hilman jauh lebih besar dari rumah Puan Sabrina namun kemewahan tiada tandingan.

                          Puan Natrah meletakkan dulang diatas meja berhadapan dengan anak tirinya sebelum mengundur ke belakang untuk melabuhkan punggung diikuti oleh Zara Farhana.

                           "Mama seorang sahaja?"Soal Liney Safiyyah sambil meletakkan majalah kembali di atas meja. Puan menuangkan air di dalam cawan sempat menjeling kearah Zara Farhana ralit memandang kearahnya.

                     "Haah Nuha keluar dengan suami dia."

                                 "Suami?"Soal mereka berdua serentak laju jantung berdegup kencang terkejut dengan kenyataan yang telah diterima.Adakah ini sesuatu tamparan hebat dari permainan wanita bernama Nuha Zahwa yang akhirnya rumah tangan Zayn Farihan kecundang.

                      "Lin tak tahu ke? Nuha dah bernikah sebelum Abah masuk Hospital. Itu yang dia tiada masa Abah tenat pergi honeymoon."Jelas Puan Natrah lemah lembut menuturkan kata tanpa mengesyaki perkara negatif yang telah terjadi.

                    "Kenapa Mama tak pernah cerita sebelum ini. Nuha bernikah dengan siapa?"Soal Liney Safiyyah masih terkejut namun mampu mengawal reaksi dihadapan Mak tirinya.

                       Zara Farhana hanya memasang telinga laju jantungnya berdegup entah bagaimana untuknya meluahkan perasaan didalam hati berhadapan situasi terlalu rumit.
                                 "Elmir.."

                      "Jadinya Kak Nuha sakit suami dia jagalah?"Soal Zara Farhana mula bersuara setelah melihat kearah Liney Safiyyah tercengang tanpa kata.

                   "Memang Elmir yang jaga Nuha sebelum kahwin lagi sebab itu Mama tak risau dia selamat dijaga Elmir."Jelas Puan Natrah lagi yakin dengan pilihan anaknya Megat Elmir menantu yang baik.

                          "Zayn tak tahu ke yang Nuha dah kahwin?" Soal Liney Safiyyah menginginkan kepastian keruntuhan rumah tangga adiknya telah dirancang malah sudah berjaya memisahkan cinta mereka berdua.

                          "Sekarang Mama tak faham macam ada sesuatu yang tidak kena sahaja?" Soal Puan Natrah kembali hairan dengan perangai anak tirinya.Zara Farhana mengetap bibirnya sebelum memperbetulkan kedudukannya.

                            "Auntie Kak Nuha paksa Abang saya untuk bernikah dengan dia disebabkan dia sakit Abang saya setuju dan Kak Una dia ceraikan." Jelas Zara Farhana tidak mampu menahan rahsia yang tersimpan rapi.

                            Puan Natrah mengurut dada terkejut dengan berita yang disampaikan adik anak angkatnya segera menyandarkan tubuh ke sofa. Liney Safiyyah semakin buntu dia ralat ingin menyelesaikan masalah tambahan pula keadaan semakin rumit.

                          "Mama hilang kata-kata sekarang ini Mama tak sangka Nuha sampai ke tahap ini dan Mama serahkan dekat Lin untuk selesaikan bagi pengajaran dekat Nuha. Tidak semua benda mampu diperolehi kalau hati penuh dengan kehitaman." Ujar Puan Natrah kesal.

                          Kalau Tuan Hilman masih hidup anaknya tidak akan bertindak seteruk ini hanya untuk memiliki hak yang bukan miliknya disebabkan tamat harta dunia tergadai harta akhirat.

                         "Mama jangan stress pasal perkara itu biar Lin dengan Zara selesaikan." Pujuk Liney Safiyyah lalu memeluk erat tubuh mak tirinya sempat memandang kearah Zara Farhana sudah melepaskan keluhan berat.
                         

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience