Bab 42
Berikan secebis waktu untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan walaupun perit untuk bertahan namun sudah cukup mampu tersenyum bersama insan berharga di sekeliling.
Sudah seminggu Unais Syazweena keluar dari Hospital Huq Safwan tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Zayn Farihan pantas waktu diambil untuk berjumpa dengan kawan baiknya namun kemarahan tersemat dihati untuk dilepaskan.
"Kalau aku tahu kau akan ceraikan dia macam ini akulah orang pertama yang akan halang kau untuk bernikah dengan Una!" Pekik Huq Safwan tepat matanya merenung kearah Zayn Farihan yang melepaskan keluhan berat.
Tanpa berfikir panjang keputusannya telah melukakan hati orang sekeliling terutama Unais Syazweena insan terlalu dicintai namun segalanya telah terjadi masa tidak bisa diputar kembali menjadi bahagia.
"Wan aku salah dalam hal ini tapi kalau kau dengar penjelasan aku kau akan faham."Pinta Zayn Farihan kesal. Huq Safwan merengus kemarahannya boleh dikawal namun kekecewaannya sukar untuk di pendamkan.
"Buat apa aku nak dengar penjelasan kau kalau kau tetap akan bercerai dengan Una kan. Kau dah lafazkan Zayn kau buang dia macam sampah sedangkan kau jaga dia macam permata."
"Wan aku terlalu cintakan Una tetapi aku tak mahu dia terluka disebabkan berkongsi kasih dengan Nuha."
"Keputusan kau mudah Zayn kau tak perlu jaga Nuha pun kau boleh serahkan dekat auntie Natrah tapi kau lebih memilih untuk bernikah mana setia kau selama ini?"Soal Huq Safwan mencuba untuk mengawal perasaannya.
Zayn Farihan melepaskan keluhan berat berharap abang iparnya mengerti keputusan yang telah dibuat. "Wan.."
"Ikutkan hati aku tak suka Zayn marah-marah tapi kalau keputusan kau ini mengganggu kesihatan mengganggu anak dalam kandungan Una abang mana tak angin? Aku tak kenal kau siapa Zayn!" Bidas Huq Safwan mengejutkan Zayn Farihan tidak mengetahui isterinya mengandung.
"Anak?"
SAKIT apabila terpaksa melepaskan insan yang dicintai hakikatnya hati tidak mampu menelan takdir apabila kebahagian bukan milikinya lagi.
Unais Syazweena memandang kearah abangnya masih berborak dengan Zayn Farihan telinganya tidak mampu menangkap perbualan antara mereka berdua hanya melihat reaksi wajah yang serius.
Melihat wajah Zayn Farihan seakan merentap tangkai hati.Perasaan terlalu perit untuk dikenangkan malahan segala yang telah terjadi bukan keinginannya untuk berada disini meratapi kenangan yang dimusnahkan.
"Sya..."Sapa Zarin Farahin lantas memeluk erat tubuh wanita teramat disayangi lantas tangisannya pecah apabila turut merasai naluri seorang wanita bernama Unais Syazweena.
Unais Syazweena memahat rasa yang menyeksa diri apabila melihat tangisan pada kakak iparnya seakan menghancurkan harapannya untuk melepaskan segalanya.
"Maafkan kami..."Ucap Zarin Farahin sebak sambil meleraikan pelukan seraya meraup wajah adik iparnya basah dengan air mata sempat mengusap lembut perut Unais Syazweena yang belum kelihatan.
Anak ini tidak mengetahui masalah kedua ibubapanya malahan masih belum mampu mengenal dunia segala telah berlaku namun dia dan keluarga masih belum menerima kenyataan terutama Encik Zarul kemarahan belum reda.
Wajah Unais Syazweena dipandang penuh hiba walaupun dia sendiri tidak mempunyai kekuatan menatap wajah adik iparnya namun di gagahkan jua kudrat untuk berbicara.
"Kak Rin tak salah."Ujar Unais Syazweena lembut namun cukup bergetar menahan tangisan.Dia harus berlakon kuat walhal didalam hanya Allah sahaja mengetahui.
Unais Syazweena harus menguatkan diri tidak akan menunjukkan kelemahan disebabkan kesalahan seorang lelaki yang telah melukakan hati.Kehidupan harus diteruskan tanpa berpaling ke belakang lagi.
"Akak tak mampu mendidik adik akak sampai sanggup melukai hati Sya."Jelas Zarin Farahin masih serba salah dengan keadaan yang telah terjadi.
"Perkara telah terjadi Sya terpaksa redha dengan segalanya hakikatnya Sya yang tersiksa."Kata-kata Unais Syazweena menyiksakan hati Zarin Farahin melihat anak yang bakal dilahirkan tanpa ayah disisi.
"Kalau perlukan pertolongan Akak sentiasa ada."Pinta Zarin Farahin lantas mengukirkan senyuman pahit pantas Unais Syazweena mengangguk laju sebelum menoleh kembali kearah jendela.
Unais Syazweena memandang kearah Zayn Farihan yang turut memandang kearahnya lantas langkah diatur kearah bilik meninggalkan kebahagian menjadi kepahitan.
"Kalau hati benci sangat pada Una fikir sedikit pasal anak dalam kandungan Una dia darah daging kau!"Sergah Huq Safwan lalu berpaling meninggalkan Zayn Farihan tergamam tanpa kata.
Zayn Farihan memandang kearah Huq Safwan patutlah lelaki ini mengajaknya bertemu di sini rupanya Unais Syazweena berada di sini. Syukur dia masih mampu melihat cahaya mata sendiri walaupun dia melukakan hati insan yang dicintai.
Share this novel