Bab28
"Selepas kita berjumpa dengan Una urusan saya dengan awak selesai." Tutur Puan Sabrina sebelum melangkah keluar dari kereta. Tuan Hilman memejamkan matanya berat benar ujian dia tambah pula penyakit semakin serius.
"Sampai bila Sab awak nak marah dengan saya? Apa yang saya korbankan tiada nilai di mata awak ke?" Soal Tuan Hilman kurang mengerti dengan sikap bekas isterinya masih mengenangkan kisah lampau.
"Saya tak pernah minta awak untuk derma buah pinggang dekat saya Man. Saya tidak mampu memaafkan perbuatan awak hati saya hancur disebabkan awak." Ujar Puan Sabrina sambil mengesat air matanya yang mengalir tanpa henti.
Seluruh jiwa dan raga di korbankan akhirnya kehancuran yang dilemparkan tanpa mengenangkan setiap kebahagian hanya disebabkan seorang wanita lebih sempurna darinya.
"Buang kenangan awak saya dah bahagia aw.."
"Saya menderita hidup tanpa lelaki yang saya cintai." Bantah Puan Sabrina tegas. Tiada kelembutan apabila kisah silam diputar kan kembali.
"Awak nak saya buat apa lagi Sab? Terima awak dalam hidup saya kembali saya sanggup asalkan awak tak bencikan saya sehingga akhir hayat saya." Pinta Tuan Hilman mencuba menjernihkan keadaan.
Tuan Hilman tidak mahu berlakon dihadapan anak-anak tetapi dia mahukan kejujuran dan keikhlasan dalam meraih kasih sayang anak-anak terutama Unais Syazweena sudah memaafkan kesalahannya.
"Sudahlah Man menerima awak umpama menempah jarum untuk ditikam." Ujar Puan Sabrina lalu meninggalkan bekas suaminya. Memberi peluang kedua tidak semudah memberi kepercayaan hanya hati yang mampu bertahan.
"Sabrina..."
Puan Sabrina mengelap air matanya yang mengalir sambil memandang sekujur tubuh terlantar hanya berpandukan pada mesin sahaja.Setia dipertahankan retak begitu sahaja malah kelukaan dihati masih terasa peritnya walaupun dua puluh tahun akan datang.
"Kak..."Panggil Puan Natrah mengejutkan Puan Sabrina lalu berpaling memandang kearah isteri Tuan Hilman.Puan Natrah mendekati bekas isteri suaminya berharap wanita ini menerima kehadirannya setelah sekian lama menanti ke maafkan dari wanita bernama Puan Sabrina.
"Kak maafkan setiap kelakuan Abang pada Akak dan anak-anak. Saya pun nak minta maaf sebab merampas Abang dari Kakak." Tutur Puan Natrah sambil mencapai tangan Puan Sabrina.
Puan Sabrina menyambut huluran tangan Puan Natrah sudah masanya untuknya melupakan segala kepahitan dengan membuka lembaran baru tambahan pula menjaga Tuan Hilman yang sakit tenat.
"Akak maafkan Natrah mungkin yang terjadi telah ditetapkan oleh Allah kita sebagai manusia haruslah redha dengan ujian yang menimpa. Akak cuma ralat sebab Akak berharap terlalu tinggi pada Man." Jelas Puan Sabrina lalu tersenyum manis.
Liney Safiyyah menoleh kearah Unais Syazweena saling tersenyum melihat Uminya sudah berbaik dengan Puan Natrah. Kini segala hajat yang diminta Tuan Hilman sudah dimakbulkan setelah keluarganya bersatu walaupun Puan Sabrina bukan miliknya lagi cukuplah anak-anak sudah menyedari kehadirannya.
"Berapa lama dah Man sakit?" Soal Puan Sabrina tidak mengetahui Tuan Hilman mempunyai sakit seteruk ini malah lelaki ini sanggup menderma kan buah pinggang untuknya.
"Sebelum Kak berpisah dengan Abang." Jelas Puan Natrah.
"Habis macam mana Abang boleh dermakan buah pinggang sedangkan Abang sakit?" Soal Puan Sabrina hairan. Kebenaran yang akan terbongkar seakan menyentap tangkai hati.
Laju air mata Puan Sabrina mengalir seakan dia bersalah dalam semua perkara terlalu banyak Tuan Hilman berkorban hanya matanya tertutup disebabkan Kebencian menguasai diri.
Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka masih kabur pandangan namun cukup jelas wajah isterinya berdiri di hadapannya. "Nat.. Rah.." Sebut Tuan Hilman mengejutkan mereka berdua segera langkah diatur kearah Tuan Hilman.
Liney Safiyyah menarik tangan adiknya keluar dari wad memberi ruang kepada Uminya untuk bertemu dengan Abahnya. "Abang Kak Sab datang." Puan Natrah menggenggam tangan suaminya memberikan sedikit kekuatan melawan penyakit kanser tahap akhir.
Tuan Hilman mengalihkan pandangan kearah bekas isterinya pantas Puan Natrah ingin berlalu segera ditahan oleh Puan Sabrina. "Jangan keluar teman Akak." Pinta Puan Sabrina lantas Puan Natrah akur seraya berdiri di sebelah bekas isteri suaminya.
Tuan Hilman tersentuh laju air matanya mengalir tidak menyangka wanita ini sanggup melawatnya setelah beberapa kali dia mencuba untuk memujuk namun tetap dengan keegoaanya.
"Maafkan segala yang telah Man lakukan pada Sab dan anak-anak. Man tersilap dalam membentuk keluarga tetapi percayalah sedalam hati Man masih mencintai Sab." Tutur Tuan Hilman teresak-esak menahan kesakitan dalam tangisan.
"Sab sudah lama maafkan Man malah tiada secebis pun kelukaan dalam hati Sab pada Man. Man kena kuat lawan penyakit Man demi Natrah dan anak-anak Abang." Pinta Puan Sabrina sempat tangannya menyentuh tangan Puan Natrah berharap wanita ini tidak terluka dengan cinta masih bertakhta.
"Selama ini Natrah yang menderma kan buah pinggang disebabkan buah pinggang Natrah sesuai untuk Sab."Jelas Tuan Hilman pantas Puan Sabrina berlari keluar dari wad dia tidak sanggup untuk bertahan melihat pergorbanan wanita yang dibencinya.
Puan Sabrina terduduk lemah segera Unais Syazweena mendapatkan Uminya memeluk tubuh itu yang menangis teresak-esak. Liney Safiyyah mengintai di sebalik pintu kedalam wad masih baik-baik sahaja.
Pejamkan mata agar dibuka segalanya bakal kembali normal walaupun hakikatnya tidak cukup meyakinkan hati suatu hari nanti kegembiraan bakal menanti tanpa sinar yang pasti.
Share this novel