Bab 32

Romance Completed 18738

Bab 32

   
                             Chayra Ainin memegang perutnya yang sudah membuncit memandangkan kandungan mencecah lima bulan. Anak kedua bakal dilahirkan akan hilang kasih seorang ayah disebabkan wanita yang sanggup menghancurkan mahligainya.

                           Zara Farhana segera melabuhkan punggung diatas bangku berhadapan dengan isteri kekasihnya. Dia sendiri keliru dengan perasaan dihati adakah benar mencintai atau sengaja ingin menguji?

                       "Saya tak pernah merayu dekat sesiapa kecuali awak. Saya harap awak batalkan keinginan awak untuk bernikah dengan suami saya. Dia milik saya dan kekal milik saya."Pinta Chayra Ainin tegas.Sekian lama dia pertahankan hubungan mengapa wanita ini seakan menguji kesabarannya.

                        "Saya masih berfikiran waras untuk memilih. To be honest, Tariq telah bertakhta dihati saya.kalau di takdirkan untuk bermadu saya redha."Jelas Zara Farhana semakin menghancurkan hati Chayra Ainin.

                     "Saya tak izinkan kalau awak nak langkah dulu mayat saya.Saya akan pertahankan hak saya sampai bila-bila.Awak perempuan saya perempuan tak akan awak tak rasa macam mana saya rasa."Tegas Chayra Ainin lagi dia tidak akan sesekali melepaskan. Itu prinsip hidupnya Tariq Zareer akan kekal menjadi suaminya.

                       Zara Farhana terdiam mungkin tindakan terlalu mengikut kata hati telah membuat orang sekeliling terluka termasuk Chayra Ainin."Saya hanya ingin berkongsi kasih sahaja tidak lebih dari itu."

                         "Tiada istilah berkongsi dalam hidup saya.Hanya istilah lawan sekiranya ada wanita lain menempel di sisi suami saya."Tegas Chayra Ainin lantas mengetap bibirnya turun naik dada menahan kemarahan.

                       "Kalau Tariq bersetuju awak nak pertahankan apa lagi?"Soal Zara Farhana sambil menggenggam tangannya mencari kekuatan berhadapan dengan Chayra Ainin.

                       "Sayang.." Panggil Tariq Zareer pantas mereka berpaling namun cukup menyentuh hati Zara Farhana dapat merasakan cinta antara Tariq Zareer dan isterinya.

                        "Sekali lagi saya rayu undur diri dari mahligai kami. Kebahagian awak ada di luar bukan dengan suami saya." Pinta Chayra Ainin lalu bingkas bangun berjalan kearah suaminya.

                        Zara Farhana segera mengejar langkah Chayra Ainin pantas lengan wanita itu di pegang menahan dari pergi. Tariq Zareer mengerutkan dahi melihat kelakuan Zara Farhana takut berlaku kekasaran kepada isterinya.

                       "Kak saya pulangkan kembali hak akak."Ujar Zara Farhana lalu tersenyum manis sebelum berpaling pergi meninggalkan suami isteri yang masih memerlukan antara satu sama lain.

                     Tidak perlu menghancurkan cukup mengerti setiap perhubungan kukuh hanya disebabkan cinta masih terpahat dihati. Zara Farhana memilih untuk pergi dan meneruskan kehidupan walaupun dia akan berusaha untuk melepaskan sedikit demi sedikit.

                      Unais Syazweena mengetap bibirnya sambil melihat kearah Zara Farhana yang sudah banjir dengan air mata namun dia kagum kawannya mampu melawan perasaan demi kebahagian orang tersayang.

                     "Melepaskan itu tak salah tetapi yang salah bertahan dalam hubungan bertiga luka akan sentiasa berdarah." Ujar Unais Syazweena sambil menggosok lembut bahu kawannya.

                     "Aku nak bahagia macam kau."

                      "Bahagia kau akan datang bila tiba waktunya.Sudah jangan bersedih aku nak pergi jumpa Abang kau nanti jumpa dekat kampung ya."

                        Zara Farhana mengangguk lalu tersenyum manis sedikit merasa kelegaan dihati sekurangnya dia tidak lagi merampas kebahagian orang lain.

                     "Kau jangan lambat pula gerak tak sempat nak rasa merewang nanti."

                       "Baiklah."

                        Unais Syazweena segera berjalan masuk kedalam kereta begitu juga dengan Zara Farhana. Mereka akan bergerak ke destinasi berlainan memandangkan esok bapa mentuanya membuat majlis kesyukuran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience