Bab 24

Romance Completed 18738

Bab 24

     
                           "Papa selalu tanya I bila You nak datang masuk meminang I nasib Papa tak marah I sebab putuskan pertunangan dengan Han." Ujar Nuha Zahwa sambil menggenggam kemas tangan kekasihnya.
 
                           Megat Elmir tersenyum menggoda kearah wanita yang dicintai tidak sia-sia dia melepaskan Liney Safiyyah sedangkan Nuha Zahwa masih setia menantinya.

                       "Bagi I masa nak uruskan tentang syarikat lagi You lagi. I pun nak masa bernafas juga kalau You terus mendesak I tak jadi apalah hubungan kita ini." Pinta Megat Elmir tidak mahu terburu-buru takut tersilap langkah segalanya punah.

                      "I bukan desak You I cuma nak You jadi milik I bukan milik Liney." Ujar Nuha Zahwa berada merajuk pantas Megat Elmir memeluk erat tubuh kekasihnya.

                        Liney Safiyyah menghentikan langkahnya apabila terpandang kearah pasangan berpelukan dihadapannya menghancurkan hatinya serta-merta air matanya mengalir kepipi.

                       "I'm sorry Lin selalu mendesak I untuk teruskan pernikahan kami ta..."

                              "Siapa perempuan ini?" Soal Liney Safiyyah mengejutkan mereka berdua pantas meleraikan pelukan. Megat Elmir berdiri untuk menjelaskan keadaan sebenar tidak akan menipu lagi.

                                         "Lin.."

                                   "Cakaplah!!!!" Jerit Liney Safiyyah tidak menghiraukan orang sekeliling yang dia tahu hatinya telah terluka. Seakan satu tamparan hebat ditambah perasaan malu dengan Puan Sabrina.

                            "Dia bakal suami saya. Siapa awak nak tengking kami dekat sini?" Soal Nuha Zahwa bongkak. Liney Safiyyah memejamkan matanya menahan segala perasaan yang akan meletus seakan ingin sahaja dia terbalikkan Pusat membeli-belah ini.

                             Nuha Zahwa tersenyum sinis melihat kehancuran wanita yang menginginkan Megat Elmir tanpa sedar lelaki itu sengaja memainkan perasaan wanita ini untuk kepentinganya sendiri.

                            "Liney..." Megat Elmir mencapai tangan Liney Safiyyah pantas ditepis oleh Nuha Zahwa lalu menarik lelaki itu dari pergi namun langkah dihentikan sebelum berpaling.

                           "For your information Mir tak pernah cintakan You sebab dia dengan I lebih lama dia dengan You. Ingat semua itu." Ujar Nuha Zahwa lalu berjalan pergi sambil menarik tangan kekasihnya yang masih memandang kearah Liney Safiyyah.

                             Liney Safiyyah menangis semahunya tidak mampu untuknya bertahan seakan gelap keadaan dunia ini dengan kenyataan yang menyakitkan. Wajah Puan Sabrina terlayar difikirkannya sepatutnya dia mendengar kata Uminya demi untuk kebaikan tetapi dia lebih memilih kelukaan.

                              Liney Safiyyah melangkah lemah  keluar dari Pusat membeli-belah pandangan seakan kelam hanya kaki yang berjalan tanpa arah dan tujuan. Hati menyalahkan diri sendiri malah mata tidak berhenti mengeluarkan air meratapi kehancuran seperti adiknya.
                         
                           Syafiq Dazlin menarik lengan wanita yang ingin melintas jalan tanpa memandang sekeliling tidak pasal meragut nyawa disebabkan kecuaian diri sendiri pantas tubuh wanita itu terjatuh ke lantai sambil mata bertentang mata.

                              Liney Safiyyah tersedar dia terlalu mengikut emosi sekiranya lelaki ini tiada pasti nyawanya melayang begitu sahaja.Bibir mengukir senyuman manis namun perasaan lain bertandang dihati segera Liney Safiyyah bangun memperbetulkan bajunya.

                            Syafiq Dazlin turut bangun sambil memperbetulkan seluarnya yang kotor sempat menjeling kearah Liney Safiyyah terpesona dengan kecantikanya sendiri.

                              "Kalau hati berkecamuk dengan masalah bunuh diri bukan jalan penyelesaiannya kalau saya tak ada tadi awak menyesal sampai bila-bila." Tutur Syafiq Dazlin tegas.

                               "Maaf terima kasih." Ucap Liney Safiyyah lalu berjalan meninggalkan lelaki yang membantu tadi.

                                 "Cik.." Panggil Syafiq Dazlin menghentikan langkah Liney Safiyyah yang melepaskan keluhan berat.

                                  "Saya tahu saya silap kalau awak dekat tempat saya awak mungkin akan buat perkara yang sama." Jelas Liney Safiyyah supaya lelaki ini memahami situasi yang dialaminya kini.

                                "Tapi saya tak tinggalkan beg saya macam awak." Ujar Syafiq Dazlin pantas Liney Safiyyah mengetap bibir. Kesalahannya meninggalkan beg membuatkan dirinya malu sendiri.

                               Tas tangan di rampas namun sempat Syafiq Dazlin menyelitkan kadnya sebelum tas tangan bertukar tangan. Tanpa kata Liney Safiyyah beredar dari kawasan tersebut tidak mahu pertemuan antara mereka berdua berlarutan.

                                Syafiq Dazlin tersenyum sendiri walaupun dia tidak mengetahui perkara sebenar yang telah terjadi namun dia berharap akan bertemu lagi dengan wanita itu.             

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience