Bab 22

Romance Completed 18738

Bab 22

   
                           Zayn Farihan meletakkan bakul berisi pakaian di sebelah Unais Syazweena yang memandang kearahnya. "Tolong sidai kan boleh?" Pinta Zayn Farihan mengerutkan dahi Unais Syazweena lantas memuncungkan mulutnya.

                            "Awak ada tangan kan? Sidai lah sendiri." Ujar Unais Syazweena masih memandang kearah bakul. Zayn Farihan mengeluh sengaja dia mengacau gadis ini kerinduan mengusiknya semakin menebal di dada.

                           "Awak kena belajar nanti kita kahwinkan senang." Ujar Zayn Farihan sambil menyidai baju di ampaian. Unais Syazweena ralit melihat kearah sesuatu bergerak di tepi bakul.

                              "Siapa nak kha.. Takkk!" Jerit Unais Syazweena lantas melompat kearah pangkin berdekatan. Dia sangat geli kan binatang lembik seperti katak memang akan larilah kalau ternampak walaupun jauh di daerah sebelah.

                               Zayn Farihan tergelak sambil menghalau katak jauh dari kedudukannya sempat matanya menoleh kearah Unais Syazweena yang terlompat kegelian. Zara Farhana hanya ketawa di tepi pangkin sedari tadi dia memerhati kelakuan kawan baiknya.

                            Jeritan Unais Syazweena memecahkan suasana sekitar perkarangan rumah Encik Zarul ditambah dengan hilai tawa Zayn Farihan mengejutkan ahli keluarga yang lain.

                           Encik Zarul dan isteri bergegas keluar dari dalam rumah melihat kekecohan tercetus cemas sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini almaklumlah Unais Syazweena adalah amanah untuknya sekeluarga.

                            "Kenapa ini? Soal Puan Fadilah terpancar kerisauan diwajahnya sempat menoleh kearah suami di sisi. Wajah ketakutan Unais Syazweena dipandang lalu di kalih kearah Zayn Farihan yang menguis-guis sesuatu di kakinya.

                          " Ada katak ini Mak itu yang Una menjerit dia memang takut katak." Jelas Zara Farhana dengan ketawa yang masih bersisa. Zayn Farihan menyepak katak kearah longkang sebelum menyambung kerjanya menyidai pakaian.

                           Unais Syazweena tersengih apabila terpandang kearah kedua ibu bapa angkatnya dipandang. "Maaf Mak Abah.." Ucap Unais Syazweena manis pantas Puan Fadilah tersenyum sebelum mengelengkan kepalanya.

                           Sebuah kereta Honda Jazz masuk di perkarangan kawasan rumah Encik Zarul. Puan Sabrina memandang kearah Tuan Hilman di sisi setelah berbincang mereka berdua setuju untuk melupakan kisah silam demi anak-anak walaupun Liney Safiyyah masih dengan keinginannya untuk bernikah dia tetap akan menyelesaikan semuanya satu per satu.

                            Unais Syazweena menoleh kearah Zarin Farahin segera mengangguk sebelum berpaling kearah Zayn Farihan yang memberi reaksi yang sama pantas Zara Farhana menolak tubuhnya kehadapan untuk bertemu dengan wanita yang dirindui.

                           Encik Zarul berjalan kearah perkarangan rumahnya menanti gerangan tetamu yang hadir sempat kepala di tundukkan menelit kedalam kereta. Tuan Hilman keluar dari perut kereta segera memeluk Encik Zarul melepaskan kerinduan kepada sahabat lamanya.

                            Puan Sabrina turut melangkah keluar di pimpin Huq Safwan sambil tercari-cari kelibat anak bongsunya. Huq Safwan menggenggam kemas tangan Uminya memberikan sedikit kekuatan untuk melangkah mencapai bahagia.

                               Unais Syazweena berjalan perlahan-lahan kearah Puan Sabrina serta-merta air matanya mengalir kepipi. "Umi..." Tutur Unais Syazweena pantas Puan Sabrina berpaling ke belakang.

                             "Maafkan Una..." Ucap Unais Syazweena teresak-esak pantas Puan Sabrina menarik anaknya kedalam peluk kan.Zara Farihan memegang kemas tangan Puan Fadilah sambil memandang kearah Unais Syazweena dan Uminya.       
  
                               "Adik tak salah semua yang terjadi disebabkan Umi. Umi minta maaf sayang.." Ujar Puan Sabrina lalu mencium dahi anaknya sebelum melepaskan pelukan. Zarin Farahin mendapatkan kekasihnya tidak lekang senyuman di bibir melihat hubungan keluarga yang sudah kembali pulih.

                           Zayn Farihan bersalaman dengan Huq Safwan diikuti oleh Puan Fadilah dan Zara Farhana menghentikan air mata ibu. Tuan Hilman mendekati anaknya segera Unais Syazweena memeluk erat tubuh lelaki yang amat dirinduinya.

                           "Allah dengar doa Abah untuk peluk anak bongsu Abah." Bisik Tuan Hilman pantas Unais Syazweena tersenyum tenang hatinya apabila tiada secebis dendam dihati malah segalanya akan kembali normal dengan membuang ego.

                        Kata-kata Zayn Farihan masih kekal dalam ingatan tidak akan berubah malah semakin terngiang-ngiang diingatan. Unais Syazweena tersenyum memandang kearah Zayn Farihan menandakan ucapan terima kasih untuk segalanya.                     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience