Bab 1

Romance Completed 18738

BAB1

                       Setiap kemanisan yang tercipta memberikan sebuah rasa namun sukar untuk di tafsirkan hanya mata mengeluarkan cinta apabila ungkapan di bibir menutup kerinduan di hati.

                      Unais Syazweena meniup-niup tudungnya yang tidak terbentuk dengan elok sudah berjam-jam dia di hadapan cermin namun tudungnya masih dengan kedudukan menyakitkan hati.

                     "Kalau tak disebabkan aku lambat dah lama aku bakar tudung ini. Nasib murah kalau mahal aku bakar kedai yang jual ini." Omel Unais Syazweena sambil kaki berjalan laju ke arah Farmasi.

                     "Hey kau ni!" Jerkah Zayn Farihan sambil tangan menarik tudung gadis di hadapannya menghalang gadis itu dari masuk ke dalam Farmasi.

                       Unais Syazweena berpaling sambil bibir merengus geram setelah di sergah oleh lelaki tidak dikenali ya tambahan pula keadaan tudung ke belakang hanya menampakkan skarf kecil di hadapan membuatkan hatinya semakin berang.

                     "Apa masalah awak? Saya penat betulkan tudung saya berjam - jam depan cermin sampaikan saya lambat nak masuk kerja datang awak sesuka hati tarik tudung saya. Awak ingat alas meja rumah awak ke?" Bebel Unais Syazweena panjang lebar sambil menarik tudungnya ke depan.

                      Terkedu Zayn Farihan memandang ke arah gadis yang diingatkan adiknya pantas hati serba salah dengan tindakan di luar kawalan namun hatinya terjentik sesuatu sukar di tafsirkan.

                       "Kenapa senyap? Saya tahu saya hodoh tak perlu pandang nanti sakit mata." Ujar Unais Syazweena menyentakkan Zayn Farihan dari lamunan pantas air liur ditelan pahit apabila fikiran masih teringat kejadian yang tidak disengajakan.

                      "I'm sorry Puan saya ingat adik saya tadi."

                       "See, muka saya memang macam mak-mak sampaikan awak panggil saya Puan. Terima kasih sebab menjahanamkan tudung saya yang memang tunggu masa untuk di kebumikan." Omel Unais Syazweena sambil melipat tudung ala kadar sahaja.

                      "Awak tak penat ke bercakap?" Soal Zayn Farihan hairan dengan mulut gadis ini asyik bercakap tanpa henti namun matanya tekun merenung setiap inci kemanisan di wajah gadis ini.

                      "Mulut saya suka hati sayalah." Unais Syazweena menjeling tajam ke arah lelaki di hadapannya namun jantungnya mendegup kencang apabila mata mereka bertentang cukup membuatkan hati tidak keruan.

                         "Semua perempuan akan badmood bila tudung tak elok lain kali pakai helmet dijamin sentiasa menyenangkan hati dan tak risau nak bentukkan dia." Bidas Zayn Farihan selamba lantas melontar kan pandangan ke arah lain.

                         Unais Syazweena mengetap bibirnya."Ewah-ewah baru minta maaf sekarang nak perli pula mesti isteri awak hari-hari pakai helmet kan."

                      "Mestilah yang pasti bukan awak isteri saya."

                       "Kurang asam boi!" Jerit Unais Syazweena lalu berjalan masuk ke dalam Farmasi malas untuknya terus melayan perangai lelaki yang tidak dikenali tidak pasal jatuh suka nanti.

                        "Abang.." Panggil Zara Farhana sambil terpandang ke arah Unais Syazweena menjadi tanda tanya pantas Zayn Farihan berpaling ke arah adiknya.

                       "Kau pergi mana? Aku silap orang tadi." Ujar Zayn Farihan kesal dengan perangai adiknya yang menghilang secara tiba-tiba.

                       "Zara cakap tadi pergi tandas. Abang berbual apa dengan Una?" Soal Zara Farhana lembut sambil menarik tangan abangnya berlalu pergi.

                       "Nama dia Una.." Bisik Zayn Farihan namun cukup didengari adiknya.

                       "Jangan macam-macam Zara repot Kak Nuha nanti." Ugut Zara Farhana.

                       "Cepatlah aku nak jumpa Kak Nuha ni." Dalih Zayn Farihan ingin mengubah topik bicara mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience