Bab 14
Megat Elmir mengenggam kemas tangan bakal isterinya seakan tidak mahu melepaskan wanita itu pergi walau untuk seketika.Perasaan sayang dihati menutupi segalanya terleka dengan badai yang akan melanda.
"Keluarga Abang akan datang minggu depan."Ujar Megat Elmir pantas Liney Safiyyah tersenyum manis membayangkan dia akan disatukan dengan lelaki pujaan hatinya tidak lama lagi.
"Lin akan bercakap dengan Umi.
"Batalkan sahaja pernikahan Mir dengan Lin."Pinta Puan Sabrina masih dengan pendiriannya tidak mahu perkara lain akan berbangkit dan hubungan anak beranak semakin keruh.
"Umi!!"Jerit Liney Safiyyah hatinya meronta tidak mahu melepaskan lelaki yang dicintai.
"Tapi kenapa Umi?"Soal Megat Elmir hairan dengan perubahan mendadak bakal mentuanya.
"Mir jangan buat-buat tak tahu.Siapa Una dalam hati Mir dan siapa Lin dalam kehidupan Mir?"Soal Puan Sabrina tegas pantas Liney Safiyyah menghampiri Uminya.
"Una hanya masa lalu Mir dan Lin masa hadapan Mir yang Mir rasa mampu untuk bahagiakan dia sampai akhir hayat hidup Mir."Jelas Megat Elmir yakin dengan keputusannya.
"Mudah menutur kata tetapi tidak mudah membuang rasa dihati."Puan Sabrina memandang sinis kearah lelaki yang menyakiti hati anak perempuannya.
"Tolonglah Umi beri Mir peluang sekali lagi untuk buktikan adik bukan jodoh Mir."
"Siapa Lin nak tentukan jodoh? Kalau bernikah sekali pun esok lusa bercerai juga.Bercakap pakai otak bukan hati yang menginginkan cinta tanpa kenal erti pengorbanan."Bantah Puan Sabrina membuatkan Liney Safiyyah mengetap bibirnya terkedu.
Megat Elmir mengangguk mengerti segalanya akan rumit sekiranya dia meneruskan hubungan bersama dengan kakak kepada bekas kekasihnya.
"Saya mengalah."
"Abang!!"Jerit Liney Safiyyah menghalang lelaki itu dari pergi namun laju langkahnya masuk kedalam kereta.
Air mata membasahi pipi menangisi pemergian lelaki yang dicintai seakan hancurnya sebuah hubungan tanpa kerelaan hati.
"Puas hati Umi?"Jerkah Liney Safiyyah melepaskan kemarahannya.
"Umi tak minta banyak sekali sahaja berperangai matang.Jangan disebabkan perangai macam ini kita hilang adik selamanya."Jelas Puan Sabrina lalu berpaling kearah anak bongsunya.
Unais Syazweena berjalan kearah pintu sambil menjinjing beg pakaian namun langkahnya terhenti apabila terpandang kearah Puan Sabrina.
"Adik nak pergi mana?"Soal Puan Sabrina cemas sambil merampas beg pakaian namun dihalang kasar oleh Unais Syazweena.
"Bagi masa untuk Una tenangkan fikiran seketika." Pinta Unais Syazweena sambil menyarung sandalnya sebelum berjalan keluar dari rumah agam itu sempat matanya menjeling kearah Liney Safiyyah.
"Hanya disebabkan seorang lelaki kamu berdua sanggup kecewakan Umi?"Soalan dari Puan Sabrina membuatkan Unais Syazweena menghentikan langkah lalu berpaling kearah ahli keluarganya.
"Semua yang terjadi keinginan Umi. Kenapa persoalkan kekecewaan kalau hati Una sendiri Umi hancurkan?" Soal Unais Syazweena kembali laju air matanya mengalir masih terasa kekecewaan dengan kenyataan dari Uminya.
Liney Safiyyah memandang kearah adiknya."Jaga percakapan kau Syaweena!"
"Semua salah Umi! Langsung tak boleh buat keputusan untuk anak-anak Umi. Kamu berdua dah besar boleh pilih haluan sendiri kan!"Jerit Puan Sabrina hatinya hancur dengan perangai anak-anak semakin membesar dan bersikap kurang ajar kepadanya.
"Memang salah Umi sebab rahsiakan tentang Abah." Ujar Unais Syazweena mengejutkan semua.
"Umi boleh jelaskan.." Pinta Puan Sabrina tidak diendahkan oleh anaknya laju langkah diatur menunggu kearah kereta yang sudah menunggu.
"Unais Syazweena!" Jerit Puan Sabrina lalu rebah ke lantai tanpa sempat disambut oleh Liney Safiyyah.Laju air matanya mengalir kepipi mencari kekuatan menerima takdir setelah berakhirnya kekuatan selama ini dipertahankan.
"Umi batalkan pernikahan Lin kita tetap hilang Una. Semua impian Umi tercapai anak-anak yang merana." Ujar Liney Safiyyah lalu berjalan masuk kedalam rumah meninggalkan Puan Sabrina teresak-esak menangis.
Share this novel