Bab 18
Huq Safwan menggenggam kemas tangan Puan Sabrina sudah seminggu Uminya jatuh sakit mungkin disebabkan merindui Unais Syazweena namun dia tidak akan memaksa adiknya untuk pulang jika kemarahan masih terpahat dihati.
Liney Safiyyah hanya memerhati setelah masalah yang terjadi menjadikan sebuah pengajaran dalam diri masing-masing malah dia tidak berharap lebih untuk hubungannya dengan Megat Elmir yang membuatkan hubungan adik beradik semakin dingin.
"Pujuklah adik jenguk Umi sekejap pun jadilah." Tutur Liney Safiyyah sebak seandainya masa bisa diputar semula segalanya tidak akan sebegini masing-masing terluka.
"Bukan Angah tak mahu pujuk Angah boleh sahaja bawa Umi pergi Pahang tetapi kalau kita memaksa lain jadinya. Adik tak akan kau tak kenal." Jelas Huq Safwan bertambah kusut kepalanya dengan masalah yang menimpa.
"Minta tolong Zayn. Mungkin dia boleh pujuk adik." Desak Liney Safiyyah bertambah serabut kepala Huq Safwan.
Huq Safwan berjalan keluar dari bilik sambil menarik tangan kakaknya. Zarin Farahin memandang kearah kekasihnya sambil mengerutkan dahi terkejut dengan cara Huq Safwan keluar melulu dari bilik.
"Beri masa dekat adik kalau Kak sendiri kami paksa Akak terima ke?" Soal Huq Safwan tegas. Liney Safiyyah mengeluh kasar dengan perangai adiknya ini.
"Aku minta perkara mudah saja Ngah. Tak akan kau nak tengok Umi macam ini terus sakit rindukan adik. Kau rela tengok Umi tersiksa?"
"Anak mana nak tengok mak tersiksa! Aku bukan sengaja tapi aku nak kita beri masa dekat adik itu pun susah ke?"Soalan dibalas soalan Huq Safwan masih dengan pendiriannya tidak akan mengganggu ketenangan Unais Syazweena.
Liney Safiyyah melepaskan keluhan dengan keegoan adiknya tidak akan berakhir malah sanggup membiarkan perkara ini berlarutan sehingga Umi jatuh sakit tidak mampu untuk bangun lagi.
"Yang sudahlah tak elok bergaduh. Umi tengah sakit itu."Pinta Zarin Farahin mencuba menyelesaikan masalah dalam keluarga kekasihnya. Dia tidak sanggup melihat Puan Sabrina jatuh sakit disebabkan merindukan anak bongsunya.
"Kau pesan dekat kekasih kau ini jangan pentingkan diri sendiri fikir keluarga sikit."
"Aku pentingkan diri? Kalau bukan disebabkan kau adik tak larilah dan kalau bukan disebabkan Umi adik tak macam ini."
"Jaga mulut kau yang kau cakap itu Umi."
"Sudahlah kalau bergaduh macam ini tak akan selesaikan masalah. Kak Lin pasal Syaz biar Rin suruh Zayn pujuk.."
"Sayang.."Huq Safwan mencuba untuk menghalang kekasihnya dari memaksa Unais Syazweena pulang ke pangkuan.
"Saya tak nak awak dengan Kak Lin bergaduh macam ini tak kesian dekat Umi ke? Mungkin yang terjadi ini disebabkan salah diri sendiri.Please.."Rayu Zarin Farahin membuatkan Huq Safwan mengalah dia tidak akan membantah lagi namun dia tidak akan mengambil risiko sekiranya Unais Syazweena masih belum menerima segalanya.
"Terpulanglah." Ujar Huq Safwan sebelum berjalan kearah bilik pantas Liney Safiyyah memandang kearah kekasih adiknya berharap wanita ini memahami segalanya.
"Kak minta maaf sebab libatkan Rin dalam keluarga Akak." Ujar Liney Safiyyah tidak ingin wanita ini tersinggung dengan perangainya. Zarin Farahin mencapai tangan bakal kakak iparnya.
"Rin dah anggap Kak macam keluarga Rin begitu juga Umi. Tidak lama lagi kita akan menjadi keluarga tak salah Rin membantu lagipun Sya bukan ke mana ada sahaja di kampung Rin." Jelas Zarin Farahin lalu tersenyum manis kearah Liney Safiyyah yang turut tersenyum kearahnya.
Huq Safwan memejamkan matanya menahan segala perasaan kecewa didalam hati entah bagaimana untuknya bertahan sekiranya perkara ini berterusan tanpa perhujungnya.
Share this novel
dah baca sampai sini...masih tak berapa nak paham cerita nya