Bab 12

Romance Completed 18738

Bab 12

                       Huq Safwan memandang kearah Puan Sabrina yang diam membisu sedari tadi tanpa penjelasan tentang kejadian berlaku terhadap adik bongsunya.

                      "Sampai bila Umi nak rahsiakan perkara sebenar tentang Abah?"Soal Huq Safwan tegas menyentakkan Puan Sabrina dari lamunan jauh.

                     Wajah anak lelaki tunggalnya dipandang penuh harapan agar memahami keadaannya."Umi sendiri tak tahu nak mulakan dari mana bukan Angah tak tahu kalau Umi sebut nama Abah adik macam mana."

                    "Mencuba tak salah Umi kalau terus macam ini sampai bila kita nak bersikap dingin antara satu sama lain."Ujar Huq Safwan buntu dengan masalah dalam keluarganya sendiri.

                     Huq Safwan sendiri tidak mampu untuk memperbetulkan keadaan yang telah terjadi namun sekarang dia harus bertegas supaya adiknya tidak terus menerus membenci ayah kandungnya sendiri.

                         "Angahh..."
 
                        "Umi.."Tutur Liney Safiyyah mengejutkan mereka berdua pantas Huq Safwan berdiri memandang kearah kakak sulungnya.

                             "Aku tak tahu masalah kau apa Kak tapi dengan keadaan adik macam ini cukup membuatkan keadaan bertambah rumit!"Jerkah Huq Safwan sudah lama dia mendiamkan diri tetapi kelakuan kakak sulungnya terlampau mengikut perasaan.

                        "Sudahlah Ngah perkara tidak akan selesai kalau asyik bergaduh sahaja."Pujuk Puan Sabrina lembut pantas Huq Safwan menoleh kearah Uminya.

                      "Sampai bila kita nak macam ini Umi? Sampai bila adik nak benci dengan Abah? Cakap sekarang.Angah sudah cukup lama bersabar melihat dan mendengar segalanya."Ujar Huq Safwan terlampau kesal.

                          "Kalau Angah nak beritahu adik dipersilakan tetapi kalau rahsia itu membuatkan adik semakin membenci jangan salahkan kami."Tutur Liney Safiyyah lalu melabuhkan punggung disebelah Puan Sabrina.

                        "Kenapa semua macam  nak lepas tangan dengan keadaan yang terjadi?"
      
                       "Umi tak pernah lepas tangan malah Umi mencuba tapi Umi tak dapat semua itu dan akhirnya keluarga kita dingin sebegini.Abah dah korban segalanya untuk keluarga kita dia sanggup dermakan buah pinggang dia untuk Umi."Jelas Puan Sabrina lalu menyandarkan tubuh ke sofa.

                        "Apa yang kau nak Ngah? Kalau kita berterus terang adik tetap akan benci Abah juga.Kita tak perlu rumitkan masalah hanya untuk jernihkan keadaan."Ujar Liney Safiyyah sambil memandang kearah adik keduanya.

                          "Kalau semua kakak dalam dunia ini perangai macam kau Kak aku rasa ramai yang buang kakak.Kau sangat pentingkan diri demi kebahagian kau saja."Bidas Huq Safwan kemarahannya masih memuncak dengan perangai kakak yang tak sudah.

                       "Kita patut rahsiakan semua ini sampai bila-bila."Putus Puan Sabrina tidak mahu keadaan semakin keruh dengan kebenaran di ungkap nanti.

                       "Terpulang Umi tetapi seandainya sesuatu terjadi Angah tidak akan sesekali ambil peduli."Jelas Huq Safwan sebelum berjalan masuk kedalam bilik.
  
                        Unais Syazweena berjalan masuk kedalam rumah sambil menjinjing beg pakaian sambil memandang kearah Puan Sabrina yang terkejut memandang kearahnya.

                         "Adik balik dengan siapa?"Soal Puan Sabrina tidak mengetahui anaknya telah keluar dari Hospital harini.

                         "Kawan.." Sepatah dia menjawab tanpa menghentikan langkah.

                      Liney Safiyyah mencebikkan bibir dengan perangai adiknya musnah segalanya namun dia tetap dengan pendirian sama ingin memiliki Megat Elmir.

                        "Adik turun makan nanti!"Jerit Puan Sabrina apabila anaknya laju berjalan masuk kedalam bilik tanpa mengendahkannya.
                 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience