PROLOG
Bukan mudah untuk seseorang menerima dan tidak semua mampu mengerti apabila cinta yang dijanjikan semakin pudar di hati hanya kenangan tercipta mempertahankan hubungan sekian lama namun tetap runtuh disebabkan insan ketiga.
Susuk tubuh suaminya di tatap penuh makna lantas kening dikerutkan apabila teringat masalah yang tercetus dalam mahligai yang dibina. Masihkah bernafas atau hanya membisu tanpa ungkapan lagi.
Keredhaan mula terpancar di mata namun hati tidak pernah merelakan segalanya akan berakhir namun setiap perancangan bukan terletak di tangannya sekiranya runtuh sebuah mahligai disebabkan berpaling sekeping hati.
"Keputusan Abang untuk bernikah lagi satu dan kita berpisah." Putus Tuan Hilman merentap sekeping hati yang sudah terluka pantas Puan Sabrina berpaling kesisi mencari secebis kekuatan untuk bertahan walaupun remuk.
"Masa awak yakinkan saya yang awak mampu menjaga saya membimbing saya dan setia hanya dengan saya seorang sudah cukup membuktikan awak sahaja layak miliki saya tetapi
se.."
"Saya minta maaf antara kita sudah tidak mampu mempertahankan lagi segalanya." Jelas Tuan Hilman menepis bicara dari isterinya sengaja ingin menyakiti hati wanita itu untuk terus membenci.
Puan Sabrina mengangguk mengerti segalanya tiada makna untuk persoalkan
lagi." Jagaan anak-anak hanya dengan saya. Jangan persoalkan kenapa mereka membenci awak."Ujar Puan Sabrina lalu berjalan ke arah bilik meninggalkan lelaki telah melepaskannya.
Wajah sikecil yang teresak-esak menangis dipandang sayu berharap anaknya tidak membenci setelah meningkat usia kelak. Pipi si comel dicium sebelum melangkah pergi dan akan kembali memperbetulkan keadaan.
Puan Sabrina menggenggam kemas kertas pemeriksaan Hospital tentang kesihatannya. Mencuba menguatkan hati mengharungi kesakitan di luar dan dalaman dalam membesarkan anak-anak tanpa insan bernama suami di sisi.
Share this novel