Bab 15

Romance Completed 18738

Bab 15

                            Ungkapan rindu yang sekian lama terpendam hanya bibir mengungkapkan kata namun segalanya bukan seperti yang diharapkan malah kematangan dalam mengharungi dugaan haruslah cekal walaupun sama-sama kecundang.

                            Hampir lima jam mereka berdua sampai di kampung halaman milik Zayn Farihan di Felda Padang Piol. Unais Syazweena memandang sekeliling yang penuh dengan pokok kelapa sawit di kiri dan kanan.

                         Pancuan empat roda masuk kedalam perkarangan rumah dua tingkat ala kampung iaitu separuh kayu dan separuh batu. Unais Syazweena tersenyum manis melihat suasana Felda yang nyaman menenangkan fikiran seakan terlupa masalah di ibu kota.

                                      "Jom.." Zayn Farihan membuka pintu kereta disebelah menyuruh Unais Syazweena turun pantas Unais Syazweena keluar dari perut kereta lalu mengekori langkah lelaki dihadapan kini.

                                 "Assalamualaikum.." Zayn Farihan memberi salam sambil menanggalkan kasutnya sempat berpaling kearah Unais Syazweena yang meninjau sekeliling kawasan rumahnya.

                               "Waalaikumussalam.. Una!!" Jerit Zara Farhana teruja dengan kedatangan kawan baiknya.

                             "Zara..." Segera tubuh kawan baiknya dipeluk erat melepaskan kerinduan setelah lama tidak bertemu.

                             "Abang kau ke?"Soal Unais Syazweena hairan pantas Zara Farhana mengangguk laju menjawab soalan dari kawan baiknya.

                      Encik Zarul dan Puan Fadilah menuruni anak tangga lalu berjalan kearah anaknya yang sudah sampai dari Kuala Lumpur. Bibir tidak lekang dari senyuman manis kearah seorang gadis yang di sisi.

                      Zayn Farihan segera bersalaman dengan kedua ibu bapanya melepaskan kerinduan setelah hampir sebulan tidak pulang ke kampung. "Abah Mak ni Una kawan adik." Zara Farhana memperkenalkan kawannya segera Unais Syazweena bersalaman dengan Puan Fadilah.

                        "Cantik.." Puji Puan Fadilah sambil tersenyum manis kearah kawan anak bongsunya sempat mata menjeling kearah Zayn Farihan tersengih macam kerang busuk.

                          "Terima kasih Makcik."

                           "Mak panggil Mak sajalah."Puan Fadilah menerima kehadiran Unais Syazweena dengan hati yang terbuka. Unais Syazweena tersenyum manis sambil mata memandang kearah kawannya yang turut gembira.

                        "Ude ambil beg sekejap." Pinta Zayn Farihan menghilangkan perasaan berbunga dihati apabila gadis yang disukai diterima baik oleh kedua ibu bapanya.

                         "Adik bawa Una masuk Mak siapkan makan petang." Ujar Puan Fadilah segera beredar kearah dapur. Unais Syazweena hanya memerhati gelagat keluarga ini sedikit perasaan sebak bertandang di dalam hati.

                             Melihat kemesraan keluarga ini membuat Unais Syazweena merindui Umi dan Abahnya. Telah banyak dia melukakan hati kedua ibu bapa terutama Tuan Hilman mulutnya terlalu banyak melukakan hati lelaki itu.

                         "Rindu Tuan Hilman ya.." Sapa Zayn Farihan mengejutkan Unais Syazweena dari lamunan jauh. Seandainya waktu mampu di putarkan semula dia akan mencuba untuk tidak membenci tanpa henti.

                          "Anak mana tak rindu Abah kandung dia sendiri. Benci macam mana saya selalu rindukan Abah saya." Jelas Unais Syazweena sambil memandang kearah Zara Farhana dan Encik Zarul leka bergurau senda.

                          "Sebab itu saya pesan buang ego segalanya akan kembali."

                        "Kalau saya tahu kebenaran saya tak akan berkata sebegitu. Saya salah ke dalam masalah ini?" Soal Unais Syazweena lalu berpaling kearah Zayn Farihan berharap lelaki ini memahami isi hatinya walaupun sepatah kata.

                        "Jom Una aku tunjukkan bilik kalau harapkan Abang sampai esok taklah tak mandi dengar kata pujangga dari dia." Sakat Zara Farhana sambil menarik tangan kawannya masuk kedalam rumah. 

                        "Aku minta maaf sebab semalam aku tak lawat kau. Sepatutnya aku pergi Hospital tapi ada hal pula." Ujar Zara Farhana sambil berjalan masuk kedalam bilik.

                       Unais Syazweena hanya mengekori sempat matanya meninjau suasana rumah kampung ini. Satu perasaan tidak mampu di gambarkan dengan kata-kata hanya bibir mengukir kan senyuman sendiri.

                      "Jumpa Tariq?" Soal Unais Syazweena meneka masalah kawan baiknya segera Zara Farhana mengangguk lemah. Segera berjalan kearah beg tangannya mencari sekotak cincin lalu di hulurkan kearah Unais Syazweena.

                        "Dia lamar aku.."

                        "Suami orang itu Zara.." Bantah Unais Syazweena tidak ingin perkara sebegini mewujudkan Kebencian orang sekeliling.

                         "Aku sayang dia.." Ujar Zara Farhana masih tidak mahu melepaskan lelaki yang bertakhta di hatinya kini.

                     "Sayang tak cukup. Kalau kau pilih untuk sayang isteri dia tetap akan menjadi pertama yang dicintai." Unais Syazweena berharap nasihatnya mampu mengubah keputusan yang telah dibuat oleh kawannya.

                         "Aku buntu sebab itu aku balik kampung. Nak tenangkan fikiran tapi ada kau lagi bertenang aku kat sini." Sakat Zara Farhana sambil mencuit hidung kawan baiknya.

                       "Kau ini tak pernah nak serius. "

                        "Una ini beg awak." Sapa Zayn Farihan sambil meletakkan beg milik Unais Syazweena sebelum melangkah pergi masuk kedalam biliknya. Unais Syazweena segera mencapai beg yang diletakkan.

                         "Kau mandilah dulu. Esok kita jalan-jalan pusing Felda."Ujar Zara Farhana sebelum berjalan keluar dari bilik memberi laluan pada kawannya untuk berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience