Bab 31
SETAHUN KEMUDIAN
Kehidupan harus diteruskan walaupun perginya kasih yang tidak akan kembali hanya bernafas dalam kerinduan tidak bertepi.Kini Zayn Farihan telah disatukan dengan kekasih hati yang diidamkan selama ini.
Walaupun majlis dilakukan secara kecil-kecilan namun sudah cukup melengkapkan tanpa kehadiran Tuan Hilman disisi. Manakala Huq Safwan selamat bernikah dengan Zarin Farahin dalam satu majlis yang sama.
Puan Sabrina telah berbaik dengan Puan Natrah demi melihat kebahagian anak-anak. Liney Safiyyah memulakan kehidupan baru tanpa kehadiran lelaki disisi hanya adik-adiknya sentiasa menceriakan suasana sudah menjadi pelengkap sebuah mahligai.
Unais Syazweena membelek gambar perkahwinannya sambil bibir mengukirkan senyuman melihat kebahagian disisi sang suami. "Sayang.."Panggil Zayn Farihan sambil mendekati isterinya leka memandang gambar.
Unais Syazweena berpaling namun bibirnya menyentuh bibir Zayn Farihan segera pandangan dialihkan. Zayn Farihan ketawa besar sempat dia mengenakan Unais Syazweena sampai merah padam wajah isterinya malu.
"Nak dekat setahun dah Sayang kita bernikah masih malu lagi dengan Bie?" Soal Zayn Farihan sengaja menguji perangai isterinya masih malu untuk bermesra.
"Sayang terkejut lah."
"Kalau terkejut maknanya naklah kan?Jom sambung."
Zayn Farihan memeluk erat tubuh isterinya terasa kehangatan di antara mereka pantas Unais Syazweena memicit pipi suami tercinta.
"Bie gatal sangat ini."
"Sayang teringin nak tahu kenapa Bie pilih Sayang?"Soal Unais Syazweena sambil menarik lengan suaminya lalu memeluk erat Kehidupannya terasa lengkap seakan tiada gentar dalam hatinya untuk meleraikan kesetiaan lagi.
"Sebab Bie yakin Sayang akan mencintai Bie sepenuh hati tanpa henti dan.."
"Dan Sayang juga yakin yang Bie akan selalu mencintai Sayang walau halangan datang Bie akan pertahankan." Ujar Unais Syazweena sambil menyentuh lembut pipi suami tercinta. Kasih tidak akan berubah malah semakin yakin segalanya akan kekal bahagia bersama.
"Yakinnya kamu.."
"Yakinlah kalau Sayang pandang mata Bie Sayang nampak masa depan kita." Bisik Unais Syazweena lalu berlari keluar dari bilik. Kalau dia melayan Zayn Farihan pasti kerjanya tidak akan selesai.
"Kau dah fikir habis-habis ke Zara?"Soal Zarin Farahin mengejutkan Unais Syazweena pantas langkah dihentikan sambil memandang kearah bilik kakak iparnya.
"Zara percaya yang Tariq adalah jodoh Zara."Ujar Zara Farhana masih dengan keinginannya untuk bernikah dengan Tariq Zareer.
"Suami orang dik. Kalau Kak Ngah pun Akak tak sanggup poligami. Jadi orang ketiga ini salah tahu tak?"
Zarin Farahin menahan kemarahan sambil merenung tajam kearah adiknya. Keputusan Zara Farhana telah menghancurkan segala impian bukan keluarga tetapi orang lain.
"Salah ke Zara cintakan Tariq?"Soal Zara Farhana masih berkeras ingin memiliki Tariq Zareer walaupun ditentang hebat oleh keluarga dia akan berkorban. Itu janjinya.
Unais Syazweena mengeluh perlahan adik iparnya masih dengan pendirian yang sama tiada sesiapa mampu melawan. Dia mengenali Zara Farhana sekiranya menginginkan sesuatu akan berkeras mendapatkan.
"Kau rosakkan mahligai orang. Macam inilah aku nak kau batalkan saja walaupun dalam hati kau ada cinta tapi aku tak mahu masalah ini membuatkan Abah mengamuk. Ingat lelaki bukan Tariq seorang sahaja."Bantah Zarin Farahin percakapan bagaimana lagi untuk adiknya mengerti.
"Tapi Kak.."
"Selesaikan sebelum Abang Zayn tahu kalau dia tahu kau yang teruk."Jelas Zarin Farahin lalu berjalan keluar namun langkah terhenti apabila terpandangkan Unais Syazweena yang tersenyum hambar.
"Sayang jom keluar." Sapa Zayn Farihan segera Unais Syazweena mengangguk sambil berjalan masuk kedalam bilik sempat menjeling kearah kakak iparnya.
Zarin Farahin hanya memerhati tanpa sempat berbicara dengan adik iparnya seraya memegang perut. Kandungan sudah mencecah empat bulan segala alahan semakin berkurang namun fikirannya berkecamuk dengan adik kandungnya sendiri.
Share this novel