Bab 33

Romance Completed 18738

Bab33

    
                        Nuha Zahwa berjalan perlahan-lahan sambil memegang surat tiada kudrat untuknya bertahan lagi dia tidak mahu meneruskan kehidupan ditambah pula dengan kecurangan Megat Elmir dia harus nekad meninggalkan kehidupan.

                        Zayn Farihan menarik tangan Nuha Zahwa menahan wanita itu dari pergi.Hasil keputusan mengesahkan Nuha Zahwa menghidap kanser rahim baru di peringkat awal.

                          "Lepaskan I Han!"Jerit Nuha Zahwa tidak mampu mengawal perasaannya sendiri malah semakin hanyut dalam emosi sendiri. Zayn Farihan tidak melepaskan pegangan dia sudah berjanji akan menjaga wanita ini sampai bila-bila.

                         "You nak singkatkan kehidupan You hanya disebabkan sakit yang You alami?"

                         "Untuk apa I hidup kalau I akan mati juga nanti."

                         "Masih di peringkat awal kalau You nak berubat. Jangan disebabkan perkara ini You tinggalkan Mama macam itu sahaja. Dia masih perlukan You dan I masih perlukan You."Jelas Zayn Farihan memujuk wanita ini walaupun dia menyedari Nuha Zahwa seorang sukar untuk dipujuk.

                         Nuha Zahwa memandang anak mata lelaki yang pernah dicintai namun akibat kata-kata cinta Megat Elmir dia telah melepaskan cinta berharga di hatinya.

                          "I sakit Han. I tak lama hidup." Ujar Nuha Zahwa teresak-esak menangis. Zayn Farihan segera memeluk wanita itu tanpa menghiraukan orang sekeliling yang memerhati.

                        "Jangan putus asa You kena lawan penyakit You demi masa depan You. I sentiasa disisi You dalam perkara apa pun." Pujuk Zayn Farihan lembut cukup menghanyutkan Nuha Zahwa dalam cinta yang lalu.

                       "I akan berubat tetapi I nak You yang jaga I."Pinta Nuha Zahwa terlupa yang Zayn Farihan sudah berkahwin namun layanan lelaki itu masih sama tidak berubah.

                     "Anything Nuha."

                     Zayn Farihan menarik Nuha Zahwa untuk duduk di kerusi berdekatan. Memandang wajah wanita ini cukup merasakan perasaan lama walaupun cinta masih berbaki tetapi tidak pernah berhenti. 

                      "Kita kahwin Han." Ujar Nuha Zahwa sambil memegang lembut bahu Zayn Farihan. Kata-kata Nuha Zahwa mengejutkan Zayn Farihan lantas dia menyedari dia akan mengecewakan isterinya.

                       "Ta.."

                        Nuha Zahwa segera memeluk erat tubuh Zayn Farihan segera Unais Syazweena berpaling laju air mata mengalir dia terlalu kecewa melihat kemesraan itu. Dia tidak mampu melawan hanya tergamam meratapi kekecewaan dihati.

               

"TAHNIAH Puan mengandung." Tutur Doktor June lalu menulis sesuatu di kertas.

                     
                         Unais Syazweena menunduk hanya titisan air mata yang mengalir namun dia harus kuatkan diri untuk menjaga kandungnya nanti seraya wajah Doktor Jun dipandang sambil mengelap air mata yang mengalir.

                      "Saya akan berikan buku prantal berserta tarikh untuk pemeriksaan kandungan Puan."

                       "Terima kasih." Ucap Unais Syazweena lalu berjalan keluar dari klinik tanpa secebis senyuman hanya kelukaan masih mengalir darahnya.

                     Tangan memegang perutnya sambil mata memandang sekeliling mencari kekuatan untuk bertahan walaupun terluka namun harus di gagahi untuk membesarkan zuriat sendiri.

                             "Sayang.."

                      Zayn Farihan berhenti dihadapan isterinya yang termenung sendiri lantas lengan Unais Syazweena dipegang menyentakkan wanita itu dari lamunan jauh.

                        Unais Syazweena meletakkan pegangan tanpa memandang kearah suaminya. Kesakitan dihati masih terasa sehingga dia sudah tidak mampu untuk memandang apatah lagi berkata.

                         Zayn Farihan mengerutkan dahi.
  
                     "Sayang kenapa ini?"Soal Zayn Farihan hairan dengan perubahan Unais Syazweena seakan sesuatu mengganggu fikiran wanita ini.

                   Unais Syazweena hanya diam membisu tanpa jawapan bertambah bingung suaminya namun perasaan bercelaru dihati membuatkan Zayn Farihan tidak mengendahkan perangai isterinya.

                     "Jomlah kita dah lambat nak balik kampung ini nanti malam pula sampai." Ujar Zayn Farihan lalu berjalan kearah kereta.

                      Unais Syazweena melepaskan keluhan tanpa sedar air matanya mengalir entah mengapa semakin terguris perasaan semakin berkecai hati perubahan suaminya jelas ketara di mata.

                       "Awak sahajalah balik."

                      Langkah Zayn Farihan terhenti pantas tubuh dipalingkan kearah isterinya. "Kenapa? Apa pula kata Mak Abah nanti?"

                       "Bawak lah Nuha mesti Mak Abah suka." Ujar Unais Syazweena lalu berjalan pergi kearah keretanya.

                      Zayn Farihan terpaku serta-merta dia teringat kejadian tadi lalu melepaskan keluhan mengerti mengapa isterinya berubah hati.

                     "Terpulang awaklah."

                    Unais Syazweena mengangguk memahami dihati lelaki itu sudah berkurang kasih buatnya. Telefon bimbit di capai lalu mendail nombor telefon Liney Safiyyah.
    

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience