Bab 9

Romance Completed 18738

Bab 9

                        Emosi terus hanyut dalam adunan cinta tanpa perlu dipendam lagi hanya tangisan menutup setiap kelukaan yang meninggalkan beribu kenangan di segenap kesetiaan.

                        Unais Syazweena menutup pintu perlahan-lahan tiada kekuatan untuknya bangkit melawan kesedihan diatas kehancuran segalanya pantas Liney Safiyyah mendekati adiknya mencari jawapan tentang kejadian tadi.

                    "Jelaskan dekat Kak sekarang?"Sergah Liney Safiyyah menyentakkan adiknya pantas menahan Unais Syazweena dari berlalu pergi.Segalanya harus diselesaikan secepat mungkin sebelum berlangsungnya perkahwinan dengan Megat Elmir.

                    Unais Syazweena melepaskan keluhan berat untuk berhadapan dengan kakaknya sesuatu yang sia-sia apabila emosinya masih belun reda kekecohan lagi pula muncul menyentakkan dada.

                        "Una penat bincang esok sahaja."Pinta Unais Syazweena lalu berjalan lemah kearah tangga.

                     "Hey! Aku tak kisah kau penat ke apa tapi aku tak puas hati dengan kau!"Jerkah Liney Safiyyah mengejutkan Unais Syazweena pantas langkah terhenti seraya memandang kearah kakaknya.

                         "Haa cakaplah apa yang tak puas hati?"Soal Unais Syazweena mengumpul segala kekuatan mengadap kakaknya walaupun kepalanya semakin berpusing dan pandangan semakin kabur.

                   "Kenapa kau tak layan Abah? Dia datang dari jauh nak jumpa kau!"Jerkah Liney Safiyyah hilang sabar dengan perangai adiknya masih berdegil untuk melupakan kejadian lampau.

                     Kepala berdenyut laju memikirkan masalah semakin berat untuk ditelan satu persatu."Kak yang jemput dia kenapa Una pula?"Soal Unais Syazweena masih berlembut.

                    "Kau bukan anak dia ke?"

                    "Apa masalah kau Kak?"Soalan dibalas soalan menjadikan keadaan semakin tegang.

                       Unais Syazweena mengeluh lagi mengenangkan keadaan dia terpaksa berhadapan dengan dua orang manusia terus menerus menyakitkan hatinya walhal kebahagian terpancar dihati masing-masing sedangkan dia sengsara membalut luka.

                      "Susah sangat untuk kau maafkan Abah lupakan kisah lalu macam Umi."Pinta Liney Safiyyah masih tidak puas hati dengan adiknya sendiri.

                           "Pernah tanya Umi dia betul mampu lupakan kisah lalu?Tak pernahkan yang kau tahu memekak dekat sini!"Bidas Unais Syazweena amarahnya semakin memuncak dengan keadaan badan yang tiada kudrat untuk bertahan.

                        "Hormat sikit aku akak kau Syaweena!"
 
                     "Kau nak bercakap tentang hormat? Kalau kau sendiri tak hormat keadaan aku penat dengan perangai bakal suami kau sekarang kau paksa-paksa aku untuk puaskan keinginan kau.Patutkah untuk aku hormat?"Soal Unais Syazweena tegas.

                     "Jawablah!!"Jerkah Unais Syazweena kuat mengejutkan Puan Sabrina pantas langkah diatur ke ruang tamu.

                         "Kenapa ni adik kak?"Soal Puan Sabrina sambil memandang kearah kedua-dua anaknya namun wajah Unais Syazweena yang pucat direnung lama.

                         "Kau Kak tak akan faham sebab semua yang kau nak kau dapat macam Elmir dia pilih kau padahal aku dah bercinta dengan dia empat tahun dan kau datang musnahkan segalanya!"Jerit Unais Syazweena kabur matanya dengan tangisan masih bersisa.

Pangg..

                          "Umi!!"Jerit Liney Safiyyah mengawal keadaan pantas tubuh adiknya di sambut.

                          Satu tamparan dari Puan Sabrina hinggap ke pipi Unais Syazweena mengejutkan Liney Safiyyah dengan situasi yang dialami penuh dengan serba salah dalam diri disebabkan tindakannya.

                       "Terima kasih Liney Safiyyah."Ucap Unais Syazweena lalu berjalan lemah kearah pintu ingin pergi jauh dari kehidupan keluarga ini namun pandangnya kabur.

                        "Adikk!!!"Jeritan Puan Sabrina tergiang ditelinga namun segalanya tiada makna.

                      Zayn Farihan menyambut tubuh Unais Syazweena dari rebah ke lantai segera tubuh dicepung masuk kedalam kereta.Puan Sabrina mengekori dari belakang jelas terpancar kebimbingan diwajah disebabkan tindakan diluar kawalan dia menampar anak bongsunya.     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience