Bab 38

Romance Completed 18738

Bab 38

                          Tidak semudah untuk melepaskan sekiranya dihati masih memiliki sebuah cinta yang agung namun takdir melepaskan segalanya agar hati tidak tersiksa dengan kasih semakin pudar angkara dia.

                         Encik Zarul merentap kasar lengan anaknya supaya berhenti dan menginginkan perjelasan atas keputusan mengejut yang baru diterimanya tadi.Turun naik dadanya menahan kemarahan tindakan terburu-buru telah melukakan hatinya.

                        Zayn Farihan memaksa matanya memandang kearah Encik Zarul walaupun berat namun dia terpaksa melakukan sebuah pergorbanan supaya Unais Syazweena tidak menderita hidup bersamanya.

                          "Berbincang mengunakan akal jangan mengikut nafsu untuk hidup bersama wanita lain dan kamu lepaskan insan yang berharga dimata kamu
Zayn!"Jerkah Encik Zarul berang dengan kelakuan anaknya memalukan keluarga.

                            "Keputusan Zayn untuk kepentingan dia Abah dia sendiri yang minta."Ujar Zayn Farihan tanpa secebis kekesalan dihati.

                            "Merepek apa Zayn? Kau yang berubah sekarang ini kau yang lafazkan cerai sekarang kau lukakan hati dia semua salah kau!"Marah Zue Fairus pula sambil menolak bahu adiknya.

                       "Memang semua salah aku!"Bentak Zayn Farihan berang apabila ahli keluarga tidak berpihak pada dirinya malahan terus menerus mempersoalkan segalanya.
  
                       "Kenapa perlu bercerai sedangkan dahulu kamu berjanji untuk sehidup semati dengan Una?"Soal Encik Zarul tepat matanya memandang kearah Zayn Farihan masih membara kemarahan dijiwa.

                          "Salahkah untuk Zayn kembali kepada cinta pertama Zayn?"Soal Zayn Farihan berharap ada insan mampu memahami keputusan dia berkongsi kasih dengan wanita lain.

                    "Salah!! Buka mata kau Nuha buang kau sebab jantan lain sekarang hanya disebabkan dia sakit kau sanggup hancurkan hati Una selumat yang kau mahu!"Jerkah Zue Fairus kuat sambil merenung tajam kearah Zayn Farihan.

                             "Kak.."

                       "Kalau kau tak fikir perasaan Una kau fikir balik ungkapan apa yang kau tuturkan dahulu demi Tuan Hilman jangan nanti kau menyesal segalanya berubah."Pinta Zue Fairus sedih mengenangkan Unais Syazweena dibuang sebegitu sahaja.

                        Zayn Farihan hanya melontarkan pandangan kosong kearah sekeliling mencari segala kesilapan yang bukan dicetus olehnya namun
perasaan untuk mencintai mengatasi segalanya.

                           "Aku kesal dengan kau sebab sanggup memilih wanita lain dan sanggup mungkir janji untuk menjaga Una lebih dari segalanya."Ujar Zue Fairus lantas memegang tangan adiknya.

                       Zayn Farihan melepaskan pegangan tangan dari wanita yang membesarkannya menjadi lelaki."Maaf Abah semua telah berakhir."Ujarnya ingin melangkah pergi namun ditahan oleh Unais Syazweena.
  
                         "Ini keluarga awak biar saya pergi." Tutur Unais Syazweena sebelum masuk kedalam kereta tanpa sempat ditahan oleh Zue Fairus segera berpaling kearah Encik Zarul.

                          "Una sudah lewat malam tak elok memandu seorang."Bantah Encik Zarul mencuba menghalang menantunya dari pergi. Zayn Farihan segera berjalan masuk kedalam rumah tanpa memperdulikan Unais Syazweena.

                         "Una kenalah belajar berdikari nanti Una seorang juga."Jelas Unais Syazweena sambil masuk kedalam perut kereta lalu menghidupkan enjin. Senyuman di ukirkan sebelum kereta vios bergerak keluar dari rumah Encik Zarul.

                         Puan Fadilah menangis disisi anaknya tiada ungkapan hanya kesedihan mengambarkan betapa hancurnya sebuah keluarga hanya disebabkan mengikut perasaan sendiri.

                    Unais Syazweena mengesatkan air matanya yang mengalir sambil memandang kearah lelaki yang sudah tidak bererti dalam kehidupannya kini.Tangan mengusap perut dia akan membesarkan si kecil ini dengan sepenuh kasih sayang.

                       Dia akan bangkit melawan segala kekecewaan agar tiada perkara yang akan berbangkit setelah berpisah dengan lelaki bernama Zayn Farihan membuang cintanya tanpa mengenangkan kenangan bersama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience