Bab 4
Walau dipertahankan sekukuh yang dipinta ia akan terlerai hanya disebabkan hilangnya kejujuran didalam hati menutupi kebahagiaan dikecapi dengan kehadiran insan sempurna lebih dari segalanya.
Zayn Farihan meletakkan cincin dihadapan Zarin Farahin sambil mata memandang kearah Zara Farhana yang turut memandang kearahnya.
"Dia dah ada orang lain."Ujar Zayn Farihan lembut namun cukup menyakitkan apabila terkenangkan kata-kata Nuha Zahwa seakan hilang segala kenangan bersama.
"Tak semudah itulah Abang untuk dia terima lelaki lain sedangkan Abang sentiasa berada bersama dia."Bantah Zara Farhana lantas tersenyum sinis kearah abang dan kakaknya.
"Kalau hati memang tak setia tak perlu Abang sentiasa mengadap muka dia 24 jam.Nak curang tu curang juga Adik."Jelas Zarin Farahin sambil mengambil cincin yang dihulurkan.
"Terpaksalah aku simpan balik untuk calon kau yang lain."Sakat Zarin Farahin lantas ketawa kecil sambil memandang kearah Zayn Farihan yang teringat sesuatu.
"Kak Ngah orang tengah putus cinta tak terkesan lawak jenaka ini."Ujar Zara Farhana lalu memandang kearah telefon bimbitnya.
Zayn Farihan tersenyum sendiri apabila terkenangkan gadis bernama Una yang tidak sengaja tertarik tudungnya.
Pertemuan seketika seakan meninggalkan kesan dihati walaupun hati terluka namun Zayn Farihan pasrah dengan jodoh yang ditetap Allah SWT.
Jauh disudut hati terbit perasaan rindu hendak sahaja dia berjumpa dengan gadis itu lagi tetapi dia tidak mengetahui dimana gadis itu tinggal dan kerja.
Zarin Farahin mencuit lengan adik bongsunya pantas Zara Farhana memandang kearah kakaknya laju Zarin Farahin menjuihkan bibir kearah Zayn Farihan.
"Jujurlah Zayn kau pun jumpa dengan wanita jauh lebih baik dari Nuha kan?"Soalan kakaknya mengejutkan Zayn Farihan dari lamunan jauh pantas mata memberikan jelingan tajam.
"Merepeklah Ngah."Zarin Farahin ketawa sebelum melangkah masuk kedalam rumah sempat tangan mencapai cincin diatas meja.
"Dik kau kenalkan dengan Una kan?"Soal Zayn Farihan mengejutkan adiknya seraya mengalihkan pandangan kearah abangnya meneliti setiap inci wajah yang flawless untuk mencari jawapan.
"Kenallah satu Universiti dan satu course dengan dia."Jelas Zara Farhana sambil mata melihat reaksi abangnya masih lagi mencari jawapan.
"Dia kerja mana?"Soal Zayn Farihan teruja ingin mengetahui selanjutnya tentang kawan adiknya walaupun nama penuh masih tidak diketehui lagi.
"Farmasi."
"Kalau satu course kenapa kerja Farmasi?"
"Part time lah.Abang nak tahu sangat ini kenapa? Suka dia?"Soal Zara Farhana hairan semudah ini lelaki bernama Zayn Farihan mengisi hati dengan wanita lain.
"Suka hati akulah.."
"Jujur sajalah kalau hati memang tersuka dekat Una.Sekarang adik sokong sebab adik tak mahu Abang kecewa lagi."Ujar Zara Farhana masih memandang kearah abangnya pantas Zayn Farihan mencebikkan bibir.
Malas untuknya terus menerus melayan perasaan kecewa hanya akan memusnahkan diri sendiri disebabkan cinta.
"Tak akan Abang tak perasaan selama ini."Tutur Zara Farhana menghentikan lamunan Zayn Farihan pantas dia kembali memikirkan tentang gadis bernama Una.
Setahu Zara Farhana abangnya selalu terserempak dengan Unais Syazweena mudah benar Zayn Farihan hilang ingatan sejak akhir-akhir ini.
"Abang tak pandang perempuan."Ujar Zayn Farihan selamba namun jauh disudut hati dia turut memikirkan tentang pertemuan dengan Una dan dia sangat mengingati wajah itu.
"Tapi dia ada pakwe?"Soal Zayn Farihan masih tidak berputus asa mengumpan adiknya.
"Entah tanyalah sendiri."
"Kau ini tak membantu langsunglah."
"Kalau hati suka usahalah sendiri."Pinta Zara Farhana lalu melangkah masuk meninggalkan abangnya sendirian.
Zayn Farihan melepaskan keluhan berat jauh disudut hati dia masih belum mampu melepaskan Nuha Zahwa namun dia harus menguatkan diri untuk melupakan walaupun perit menahan sakit.
Share this novel