Bab30
"Lin ingat setiap keputusan tidak semestinya betul. Jangan melawan Umi dia harta berharga untuk kamu dan adik-adik." Ujar Tuan Hilman sambil mengusap lembut kepala anak sulungnya yang teresak menangis.
"Jadilah suami yang terbaik untuk Zarin jaga dia seperti mana kamu menjaga Umi dan adik-adik." Pinta Tuan Hilman segera Huq Safwan mengangguk masih menahan tangisan dari jatuh. Zayn Farihan memegang bahu sahabatnya memberikan kekuatan walaupun dia sendiri basah dengan air mata.
"Abah tak perlu risau melepaskan adik pada Zayn sebab dia lelaki yang terbaik untuk adik. Terima kasih sebab menerima lelaki ini menjadi Abah walaupun Abah sendiri tidak mampu mendidik adik seperti Kak Lin dan Abang Ngah tetapi percayalah kasih dan sayang Abah tidak pernah berkurang untuk adik. "Ujar Tuan Hilman lalu menarik nafas semakin berpenghujung.
"Abah tak boleh cakap macam ini. Abah akan sembuh dan kuat lawan penyakit Abah.Una tak mahu kehilangan Abah." Ujar Unais Syazweena teresak-esak menahan tangisan semakin pecah.
"Adik.." Huq Safwan menyentuh lembut bahu adiknya mengejutkan Unais Syazweena dari lamunan jauh.Masih terngiang-ngiang ungkapan dari seorang Abah namun suara itu sudah tidak berkumandang lagi buat selamanya.
Air mata di kesat sambil bibir mengukirkan senyuman hambar walaupun berat kekuatan harus di perkukuhkan supaya mampu meneruskan kehidupan walaupun berkecai jiwa dan raga.
"Kalau masa mampu di putarkan semula Una akan hargai waktu bersama Abah sekurangnya Adik tak ralat sebegini." Jelas Unais Syazweena air liur ditelan pahit.
Huq Safwan memeluk erat tubuh adiknya dia sendiri kecundang inikan pula Unais Syazweena. Bagaimana dia untuk bertahan kalau keluarga meronta kesedihan tanpa henti.
"Adik...Ajal maut di tangan Allah nak tak nak kita kena redha."
"Nak Abah.."
Unais Syazweena mencebik sambil memandang kearah abangnya sudah berkaca matanya menahan dari menangis kini dia tewas apabila melihat kesedihan adiknya bertambah terlukanya hati.
"Abang Ngah akan sentiasa ada di sisi adik begitu jua Zayn. Dia akan menjaga adik sepenuh hati. Usah bersedih dan jangan menangis kita hidup harus teruskan kehidupan. Angah pun sedih dik tapi kena kuat tengok wajah Umi." Pujuk Huq Safwan lembut berharap adiknya akan menerima ketentuan Allah.
Unais Syazweena merasa tenang disisi abangnya walaupun mencuba untuk redha tetapi kerinduan seakan menghimpit perasaan redha. Liney Safiyyah melepaskan keluhan di sebalik jendela menyaksikan kemesraan adik-adiknya semakin menambah kesedihan dihati.
Zarin Farahin berdiri disebelah bakal kakak iparnya sempat menoleh kearah wanita itu yang hanya kaku. "Apa rancangan Kak Lin?" Soal Zarin Farahin mengejutkan Liney Safiyyah dari khayalan rekaan sendiri.
"Teruskan kehidupan membahagiakan Umi. Kak tengok adik-adik hampir bahagia tiba waktu untuk Kak rasa bahagia pula. "Ujar Liney Safiyyah lembut pantas Zarin Farahin tersenyum kearah wanita disebelahnya.
Sudah sampai masanya untuk berubah memperbetulkan keadaan yang tercetus malahan mengembalikan keharmonian dalam keluarganya. Zarin Farahin menyedari perubahan bakal kakak iparnya terselit doa didalam hati agar segalanya kembali normal seperti dahulu ketika pertemuan pertama dengan keluarga ini.
Puan Sabrina mendapatkan anaknya untuk memperkenalkan adik tiri mereka pantas langkah dihentikan disebelah Liney Safiyyah ralit berbual dengan Zarin Farahin.
"Umi nak kenalkan adik tiri
kamu."Ujar Puan Sabrina lalu menarik tangan Nuha Zahwa yang masih menunjukkan wajah menyampah terpaksa berkenalan dengan keluarga arwah Tuan Hilman.
Liney Safiyyah mengetap gigi menahan gelora dihati melihat kehadiran wanita merampas kekasihnya tambahan pula adalah adik tirinya lagi menyakitkan hati.Nuha Zahwa tertunduk malu menyedari Liney Safiyyah berpengaruh teruk dalam keluarga Tuan Hilman sedangkan dia hanya anak tiri Tuan Hilman.
Tangan di hulurkan perlahan-lahan kearah Liney Safiyyah pantas wanita itu berlalu pergi meninggalkan Zarin Farahin yang menyambut huluran tangan dari Nuha Zahwa.
Puan Sabrina mengerutkan dahi sambil mata memandang kearah anaknya yang berlalu pergi. Kelakuan Liney Safiyyah sedikit mengganggu fikirannya nasib baik bakal menantunya menjaga nama baiknya.
"Maaf Nuha mungkin Lin belum menerima keadaan sebenar nanti Lin akan berbaik dengan Nuha." Pujuk Puan Sabrina lalu tersenyum manis kearah Nuha Zahwa dan Zarin Farahin berharap anak tirinya selesa dengan keluarganya.
"It's okey Umi.."
Nuha Zahwa tersenyum hambar dia terpaksa berhadapan dengan wanita terlalu dibencinya disebabkan Megat Elmir mencintai lebih dari dirinya padahal hubungan mereka sudah mencecah tujuh tahun namun hasilnya Megat Elmir beralih arah.
"Umi saya dah berbincang dengan keluarga saya nak percepatkan majlis pernikahan kami." Ujar Zayn Farihan sempat menjeling kearah bekas tunangnya hanya menunduk kebawah.
"Baguslah Zayn kesian tengok adik bersedih ada kamu melengkapkan suasana yang tidak lengkap." Jelas Puan Sabrina sambil menepuk lembut bahu bakal menantunya.
Segalanya telah lengkap namun kelengkapan tanpa Tuan Hilman seakan hilangnya panduan untuk di turuti.Puan Sabrina menghirup nafas panjang dia harus menerima takdir segalanya bukan seperti keinginannya.
Share this novel