Bab29
Unais Syazweena memeluk erat tubuh Abahnya tidak mahu melepaskan lelaki itu sekian lama dia merindukan kehangatan kasih dan sayang dari seorang ayah kini dia mampu memiliki perasaan itu entah sampai bila hanya Allah maha mengetahui segalanya.
"Sewaktu kita berpisah Abah masih mengambil tahu tentang keadaan Umi sampailah Abah mengetahui penyakit Umi.Betapa bersalahnya Abah melepaskan Umi tetapi kalau Abah kembali pada Umi belum tentu Umi menerima Abah." Tutur Tuan Hilman sambil memperbetulkan perbaringannya bibir diketap menahan sakit apabila bergerak.
"Bertahun Umi menahan sakit hanya Kak Lin dan Abang Ngah yang menjaga Umi.Una melihat setiap perderitaan Umi sampailah Una habis belajar dan Umi terima perderma buah pinggang." Ujar Unais Syazweena pantas Tuan Hilman memejamkan matanya mendengar setiap penderitaan Puan Sabrina menghancurkan hatinya.
"Abah terlalu bersyukur Allah berikan Abah peluang untuk merasakan kebahagian bersama walau hanya untuk seketika sudah cukup bagi Abah."Bisik Tuan Hilman namun Unais Syazweena merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan cara percakapan Abahnya.
Wajah kakak sulungnya dipandang hanya senyuman hambar terukir di bibirnya. Liney Safiyyah seakan redha seandainya pertemuan kali ini meninggalkan luka dihati walaupun meremukan hati dia akan sentiasa menjadi penguat untuk keluarga.
"Abah janji dengan Una jangan tinggalkan kami lagi sekurangnya Abah dapat menjadi wali ketika Una berkahwin nanti." Pinta Unais Syazweena berharap kesempatan tersebut diperolehi dan dipermudahkan oleh Allah.
Tuan Hilman teresak-esak menangis mengenangkan dia sudah tidak mempunyai masa seakan waktu semakin dekat dan nadi pun mati namun melihat wajah anak-anaknya bertambah menyakitkan.
Huq Safwan saling berpandangan dengan Zayn Farihan pantas memberi isyarat untuk keluar dari wad tidak sanggup mendengar kata yang di lontarkan oleh Abahnya. Dari kejauhan matanya terpandang kearah Puan Sabrina yang berbual dengan Ibu tirinya.
"Keadaan Abah dah stabil harapnya Abah kuat melawan sakit dia. Aku sendiri tak tahu Abah sakit seteruk ini." Ujar Huq Safwan bersalah selama ini tidak mengambil tahu tentang Tuan Hilman segala kesakitan ditanggung sendiri.
"Masa memula Abah sakit aku lah yang merawat dia sampailah dia anggap aku ini anak angkat dia. Tak lama aku pindahkan Abah dekat Doktor Jane. Harapan aku Abah dapat melihat pernikahan kami."Zayn Farihan menepuk lembut bahu sahabatnya menenangkan lelaki ini.
Sangat sukar untuknya melalui masa melihat kesakitan yang ditanggung Tuan Hilman menyentak dada ditambah dengan muramnya wajah bakal isterinya bertambah perit dihati untuk bertahan.
"TERIMA KASIH untuk semua Natrah pergorbanan kamu tak termampu Akak nak balas terlalu
berharga." Ucap Puan Sabrina sambil menggenggam tangan wanita yang dahulu dibenci disebabkan merampas kebahagiaannya.
"Kak semua itu mampu membalas rasa bersalah saya pada Kak sekeluarga. Saya rampas Abang untuk kepentingan saya sendiri."Jelas Puan Natrah mengerti setiap kelakuannya telah menyakiti wanita bernama Sabrina.
Puan Natrah sanggup melakukan bermacam cara agar bekas isteri suaminya menerima kehadirannya walaupun dia mengetahui tidak semua itu wanita ini menerima dia seadanya cukuplah pergorbananya tidak terbayar dengan pengkhianatan telah dibuat.
"Perkara sudah berlalu sekarang kita sama-sama berusaha sembuhkan Abang." Pinta Puan Sabrina ingin membuang kenangan silam dengan fokuskan diri pada Tuan Hilman yang sakit.
"Kak...." Puan Natrah menyentuh lembut tangan Puan Sabrina sudah tiba waktunya dia memberitahu perkara sebenar dia tidak mahu menyimpan kelukaan sendirian.
Puan Sabrina menanti namun air mata Puan Natrah mengalir membuatkan dia mengerutkan dahi hairan dengan reaksi wanita dihadapannya kini.
"Doktor cakap Abang ada masa tiga bulan untuk hidup."
Puan Sabrina tergamam hanya mata bergerak memandang sekeliling perkara yang paling ditakutkan untuk melepaskan insan masih bertakhta dihati. Melihat kesedihan di mata Puan Natrah segera tubuh itu ditarik kedalam pelukan.
"Natrah..."
"Umi!!!"Jerit Unais Syazweena membuatkan mereka berdua berpaling wajah cemas dipandang Unais Syazweena mengelengkan kepala. Seakan luruh jantungnya serta-merta air mata mengalir kepipi.
Share this novel