Bab 10
"Kami telah masukkan dua botol air dan Puan biarkan anak Puan berehat dahulu."Pinta Doktor Nizam pantas Puan Sabrina mengangguk.
"Saya minta diri dulu."
Liney Safiyyah memandang kearah Doktor yang berlalu pergi sebelum mengalihkan pandangan kearah Uminya.
"Jangan bertindak mengikut emosi kalau kesalahan itu dipihak Lin."Ujar Puan Sabrina kesal dengan pergaduhan yang terjadi.
"Lin salah Umi tapi adik tak patut buat Abah macam itu."Bantah Liney Safiyyah masih menginginkan adiknya berbaik dengan ayah kandung sendiri.
"Apa Umi cakap dekat Lin? Uruskan perkahwinan Lin tentang adik Umi selesaikan."Jelas Puan Sabrina perasaan kesal masih bersarang dalam hati di atas tindakannya mengasari anak bongsunya.
Ringan benar tangannya melepaskan kemarahan menambah kerumitan dalam keluarga yang masih dengan kedinginan seperti dahulu.
"Kita tak boleh berkeras adik terlalu muda untuk dipaksa bukan memaksa."
"Umi sendiri berkeras dengan adik kalau Umi tak tampar adik tak akan berada disini."Ujar Liney Safiyyah memahat kekecewaan dihati Puan Sabrina segala terjadi berpunca darinya.
Melihat Uminya membisu pantas Liney Safiyyah menyentuh lembut tangan Puan Sabrina."Umi...."
"Batalkan pernikahan dengan Mir."Pinta Puan Sabrina mengejutkan anaknya pantas Liney Safiyyah merenung kearah Uminya.
"Umi tak mahu satu perkara segalanya berbangkit dengar nasihat Umi."
"Walaupun Umi tak menerima Lin tetap akan teruskan hanya Mir layak jadi menantu Umi."Bantah Liney Safiyyah tidak sanggup untuknya melepaskan insan yang sudah bertakhta dihati sekian lama.
"Linn..."
Mereka berdua memandang kearah Tuan Hilman.
ZAYN Farihan meletakkan segugus kunci diatas meja sambil melabuhkan punggung diatas kerusi lantas melepaskan keluhan berat dengan keadaan yang terjadi seharian ini.
"Abang dari mana?"Soal Zara Farhana lalu duduk dihadapan abangnya sambil meletakkan cawan diatas meja.
"Una pengsan tadi."Ujar Zayn Farihan mengejutkan adiknya.
"Hah??Abang buat apa dekat dia?"Soal Zara Farhana teruja bercampur risau mendengar keadaan kawan baiknya.
"Bukan salah Abanglah.Abang hantar barang Tuan Hilman.Adik nak tahu Una itu anak Tuan Hilman."Jelas Zayn Farihan masih lagi terkejut seakan dia semakin dekat dengan Unais Syazweena.
"Adik dah tahu sebab itu adik tanya haritu Abang tak perasaan ke dekat Una sebab Una selalu datang Hospital."
Zayn Farihan mengelengkan kepalanya mencuba mengingati namun dia tidak pernah bertemu dengan Unais Syazweena malahan berselisih pun dia tidak perasaan.
"Dia dalam masalah.."
"Esok adik lawat dia dekat Hospital."Zara Farhana menukar topik membuatkan Zayn Farihan merengus perlahan seakan adiknya mengetahui sesuatu.
"Abang naik dulu."Pinta Zaun Farihan bingkas berdiri lalu berjalan kearah bilik ditingkat dua.Badan yang penat seharian berurusan diluar meminta untuk direhatkan.
Zara Farhana hanya memandang gelagat Abangnya bukan niat untuk mengendahkan kenyataan Zayn Farihan tetapi dia sudah berjanji dengan Unais Syazweena tidak akan menceritakan hal keluarga kawannya kepada orang lain.
Share this novel