Bab 7
Setiap perjalanan berbeza takdirnya namun mempunyai satu kekuatan jika mampu bertahan lebih dari kemampuan ia suatu kenikmatan yang dikecapi setiap insan.
"Papa minta maaf dengan keputusan Nuha telah mengecewakan Han."Tutur Tuan Hilman bersalah dengan kelakuan anak tunggalnya telah melukakan hati Zayn Farihan.
"Kehidupan harus diteruskan dan Han redha sekirannya jodoh Nuha dengan lelaki lain."Ujar Zayn Farihan tidak mahu ayah angkatnya menyalahkan diri sendiri semua yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.
"Rezeki Papa nak menantukan Han tak tercapai terpaksalah Han jadi anak angkat selamanya."Tuan Hilman ketawa mengusik Zayn Farihan sambil mata memandang kearah seorang wanita keluar dari rumahnya.
Tuan Hilman melangkah keluar dari perut kereta segera mendapatkan anak sulungnya Liney Safiyyah sambil bibir mengukirkan senyuman manis.
Liney Safiyyah segera memeluk tubuh Abahnya melepaskan kerinduan bersarang dalam hati sempat mata memandang kearah seorang lelaki yang menghampirinya.
"Umi masakkan special untuk Abah harini."Tutur Liney Safiyyah manis sambil bibir mengukirkan senyuman kearah seorang lelaki disisi Tuan Hilman.
Tuan Hilman tersenyum mendengarnya jelas sekali bekas isterinya masih tidak melupakan makanan kesukaannya.
"Lin apa khabar?"Soal Tuan Hilman ramah.
"Baik Alhamdulillah."
"Jom masuk Abah."Liney Safiyyah menjemput Tuan Hilman masuk kedalam rumah sambil mata memandang kearah ruang tamu yang kosong tanpa ahli keluarga lain.
Puan Sabrina menghampiri bekas suaminya sambil mata memandang kearah seorang lelaki muda yang tersenyum kearahnya.Setelah sekian lama tidak berjumpa akhirnya mereka dipertemukan kembali demi anak-anak.
"Kenalkan Zayn Farihan anak angkat saya."Jelas Tuan Hilman menjawab tanda tanya yang bermain diminda ahli keluarganya.
"Mana adik?"Soal Tuan Hilman sedari tadi mencari kelibat anak bongsunya tiada dia terlalu berharap anak kecil itu akan datang memeluknya namun segalanya hanya angan tiada perhujung.
"Lin pergilah berbincang dengan Abah sementara tunggu Mir."Pinta Puan Sabrina lembut namun cukup menghancurkan hati Tuan Hilman lantas perasaan sedih dibuang jauh.
Unais Syazweena segera menuruni anak tangga sempat mata memandang sekilas kearah Abahnya sebelum berjalan kearah Puan Sabrina.
"Adik keluar sekejap."Ujar Unais Syazweena sambil bersalaman dengan Uminya sebelum berjalan kearah pintu.Liney Safiyyah memandang sinis kearah adiknya sebelum menarik tangan Abahnya kearah meja berhampiran.
Kelakuan Unais Syazweena mengejutkan Zayn Farihan dengan situasi yang berlegar-legar di fikirannya seakan perceraian Ayah angkatnya menjadikan keluarga ini jurang tanpa kasih sayang seorang ayah.
Zayn Farihan terkebil-kebil memandang kearah Ayah Angkatnya yang berlalu pergi lantas mata dikalih kearah bekas isteri Ayahnya langkah diatur kearah dapur.
"Hey bro.."Sapa Huq Safwan mengejutkan Zayn Farihan lantas senyuman terukir dibibir apabila terpandang kearah kawan baiknya.
"Ehh Wan.."
"Kau buat apa dekat sini?"Soal Huq Safwan sambil melabuhkan punggung di atas sofa diikuti oleh Zayn Farihan membatalkan niatnya untuk berkenalan dengan Puan Sabrina.
"Aku teman Papa I mean your father."Jelas Zayn Farihan berharap kawan baiknya tidak sedingin adiknya tadi setelah muncul Tuan Hilman.
"Oh...Anak angkat Abah aku lah ni?"Soal Huq Safwan laju Zayn Farihan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lega dengan pertanyaannya disambut baik.
"Abah selalu cerita pasal anak angkat aku nak kenallah sangat rupanya kau.Tak terkejut sangatlah."Ujar Huq Safwan sambil ketawa.
"Cerita benda baik ke buruk?"
"Dua-dua tapi banyak kearah buruk."Mereka ketawa sambil mata memandang kearah Puan Sabrina yang meletakkan dulang air di atas meja.
"Mama sihat?"Soal Puan Sabrina bersahaja namun terasa peritnya untuk bertanyakan soal isteri bekas suaminya.
"Mama sihat dia kirim salam dan maaf sebab tak dapat berjumpa mungkin masa majlis Mama datang."Ujar Zayn Farihan teragak untuk berbicara dengan situasi yang tegang dalam keluarga ini seakan menjadi tanda tanya dalam diri Zayn Farihan sendiri.
"Umi adik mana?"Soal Huq Safwan sambil tercari-cari kelibat adik kesayanganya pantas Puan Sabrina mengelengkan kepala tidak ingin anaknya bertanyakan tentang Unais Syazweena dihadapan Zayn Farihan.
Zayn Farihan mengerti isyarat dari Puan Sabrina terbit rasa kurang enak jika dia berada di situ mendengar perbualan antara keluarga sahaja.
"Jemput minum nanti boleh makan tengahari pula cuma Umi tak dapat nak teman sebab ada urusan untuk majlis Lin."Ujar Puan Sabrina tersenyum manis memandang kearah anak muda sebaya anaknya Huq Safwan.
Puan Sabrina masih belum mampu untuk bersemuka dengan bekas suaminya walaupun perkara lama dan demi anak-anak tidak cukup melumpuhkan ingatan kejadian hitam antara mereka.
Share this novel