Bab 17
Bunyi ayam berkokok mengejutkan Unais Syazweena dari lena yang panjang setelah seharian berada diatas jalan raya. Unais Syazweena memandang disebelah kelibat kawannya tiada segera mencapai tuala untuk membersihkan diri.
Usai memakai tudung ala kadar kaki berjalan keluar dari bilik ingin membantu Puan Fadilah menyiapkan sarapan pagi. Memandangkan waktu baharu awal pagi setelah solat subuh Unais Syazweena terlelap sebentar.
"Bangun dah Una. Sini turun sarapan sekali tinggal kita bertiga saja ini." Panggil Puan Fadilah sambil menyusun pinggan diatas meja.Unais Syazweena mencari kelibat Zara Farhana yang tiada dimeja makan.
"Zara sidai baju dekat luar." Jelas Puan Fadilah melihat anak angkatnya mencari anak bongsunya.
"Mana Zayn dengan Abah?" Soal Unais Syazweena lalu mengisi nasi lemak kedalam pinggan. Menyesuaikan keadaan dengan suasana baru tidaklah sesusah mana sekiranya pandai mengambil hati dengan tutur kata yang baik.
"Dia orang pergi ladang harini ada orang potong buah itu yang kelam kabut Mak masak. Entahlah sedap ke tak."Ujar Puan Fadilah sambil mengacau air di dalam jug untuk diberikan kepada pekerja-pekerja ladang.
"Air tangan Mak ini berkat." Puji Unais Syazweena manis.
"Aku setuju. Kau kalau rasa nasi lemak Mak sumpah terangkat bontot."Celah Zara Farhana sambil memegang bakul kain sempat bibir dijuihkan kearah Maknya yang sudah mencebik.
"Kalau bab memuji serah lah dekat awok Zara."Sakat Puan Fadilah lantas mengelengkan kepalanya. Anak bongsunya tidak sah kalau tidak menyakat orang tidak pernah serius dalam sesuatu perkara.
"Benda betul.Kalau kau nak tahu Abang paling suka nasi lemak kau kena belajar dengan Mak. Abang tak suka nasi lemak selain Mak yang buat." Zara Farhana menyakat kawannya pula. Puan Fadilah memandang kearah anak angkatnya yang sudah kemerahan disakat oleh Zara Farhana.
"Adik sudahlah sakat Una merah dah muka dia."
Unais Syazweena tersenyum malu dengan gurauan dari kawannya namun jauh disudut hati perasaan berbunga hadir seakan menutupi perasaan lama yang telah hancur.
"Kamu berdua pantang kalau aku berjalan selalulah mengikut!" Jerit Zue Fairus menyedari itik-itik mengikut dia berjalan ke rumah Puan Fadilah membuatkan kemarahanya tercetus.
"Kau kenapa Long? Pagi-pagi dengar suara kau memekak."Ujar Zara Farhana terpandangkan kearah kakak sulungnya. Puan Fadilah sudah mengeleng kepala dengan perangai anak-anaknya.
"Anak kau lah ini.. Ehhh awekk."Zue Fairuz terpandang kearah Unais Syazweena yang mengangguk menghormati wanita lebih tua darinya namun kakak sulung kawannya tidaklah terlalu tua seakan sebaya dengan kakaknya.
"Suka sesama jenis ke?"Soal Zara Farhana hairan dengan sikap kakaknya seakan tergoda melihat Unais Syazweena.
"Siapa mak kenalkan lah.."
"Bakal adik ipar Alonglah."Sakat Zara Farhana lagi bertambah malu Unais Syazweena entah di mana wajahnya ingin letak padahal dia dengan Zayn Farihan tidak mempunyai hubungan istimewa langsung kenal pun tidak manakan ingin bercinta.
"Bukan hari tu free hair ke?"Soal Zue Fairus masih menjadi tanda tanya setahunya Zayn Farihan bertunang dengan wanita lain sekarang wanita ini pula yang muncul.
"Yang free hair hari tu bakal madu kau."
"Mak ada berapa orang anak?" Soal Unais Syazweena kearah Puan Fadilah yang ralit melihat perbalahan kedua anaknya.
"Lima orang anak." Ujar Puan Fadilah sebak dihati apabila terkenangkan anaknya yang nombor empat sehingga kini tidak menunjukkan diri setelah dua tahun membawa diri disebabkan kesalahannya sendiri.
"Sudahlah kamu berdua malu dekat Una asyik bergaduh sahaja." Ujar Puan Fadilah menghentikan perbualan antara mereka berdua lalu Zara Farhana menarik kakaknya kearah Unais Syazweena.
"Kenalkan Una."
"Una ni Kak Long aku."
Unais Syazweena tersenyum manis sambil bersalaman kakak Zara Farhana. Unais Syazweena terhibur dengan telatah keluarga ini berbeza dengan keluarganya jarang sekali ingin bergurau senda.
" Jom lah makan kejap lagi aku bawa kau pergi ladang." Zara Farhana melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengan Unais Syazweena yang sudah mengangguk laju.
"Kak Long minta maaf sebab terover bergurau takut Una tak selesa." Tutur Zue Fairus takut gadis ini kurang senang almaklumlah orang bandar lain caranya.
"Tak apalah Kak Long saya suka lagi meriah rumah."
"Kalau suka kahwinlah dengan Zayn."Ujar Zue Fairus selamba membuatkan Unais Syazweena malu.
Puan Fadilah mencuit anaknya tidak mahu Unais Syazweena terasa dengan gurauan anaknya itu pantas Zue Fairus menutup mulutnya yang laju macam kereta api.
Unais Syazweena semakin sedih apabila terkenangkan Puan Sabrina yang amat dirindui tambahan pula memandang Puan Fadilah membuatkan hatinya sebak.
Share this novel