Bab19
"Ehhh Zara sayang..." Sapa Haiqal lalu berhenti dihadapan pujaan hati. Zara Farhana memandang kearah Unais Syazweena yang hanya tersenyum tiada reaksi mengejutkan langsung.
"Balik-balik muka kau!" Marah Zara Farhana hatinya terlalu membenci Haiqal disebabkan dahulu cintanya pernah ditolak hanya disebabkan dia tiada rupa yang cantik seperti wanita diidamkan.
"Sampai hati cakap macam itu."Haiqal merajuk namun dia menyedari gadis ini tidak akan menerimanya tetapi mencuba tidak salahkan.
Unais Syazweena hanya memerhati perbualan mereka berdua tidak mengerti masalah yang terjadi antara Zara Farhana dan Haiqal sehinggakan perbalahan ini tercetus.
"Dengan kau tak patut kesian kan."
"Zara layan dia baik-baiklah." Pesan Unais Syazweena risau Haiqal terasa hati dengan kelakuan Zara Farhana menyebabkan hati berdendam. Tidak mengetahui perkara yang terjadi nanti seeloknya berhati-hati demi kebaikan.
"Kau tak tahu dahulu aku suka dekat dia tapi dia boleh pula suka dekat orang lain. Dah sekarang cari aku kenapa? Mana girlfriend kau?"Soal Zara Farhana tegas hatinya masih sakit mudah sahaja menolak sekarang datang menagih.
" Sayang waktu itu saya tak matang tetapi sekarang saya dah matang. "Ujar Haiqal meyakinkan gadis ini untuk menerimanya disebabkan kesalahan lalu dia terpaksa melukakan hati Zara Farhana.
" Zara kau selesaikan dahulu aku jalan dulu. "Pinta Unais Syazweena lalu berjalan kehadapan sambil memandang kearah pokok-pokok sawit di sekeliling.
Pemandangan yang tenang bukan sahaja di pantai tetapi di ladang kepala sawit pun perasaan tenang itu akan hadir kalau pertama kali menjejakkan kaki di sini setelah sekian lama menghirup udara kenderaan di bandar.
"Senyum dekat siapa?" Soal Zayn Farihan menyentakkan Unais Syazweena dari lamunan jauh pantas wajah itu dipandang seraya senyuman terukir di bibir.
"Dekat pokok-pokok sawit." Unais Syazweena masih tersenyum sukar untuk digambarkan perasaannya kini berlainan ketika di bandar.
"Jangan nanti matilah pokok sawit saya."
"Kenapa pula?"
"Senyuman awak cukup mencairkan pokok-pokok sawit dekat sini." Ujar Zayn Farihan laju bibirnya bermain kata dahulu semasa dengan Nuha Zahwa dia tidak pernah seromantik ini berbeza dengan sekarang seakan hati berbunga cinta.
"Sempat lagi ya.."
Bibir tidak lekang dengan senyuman setiap kali terpandang ke arah Zayn Farihan perasaan sama semasa dengan Megat Elmir adakah hatinya sudah jatuh cinta atau hanya untuk menyingkirkan lelaki yang pernah melukakan hatinya?
"Awak tak rindu Umi?"Soal Zayn Farihan menyentakkan Unais Syazweena dari lamunan jauh pantas wajah lelaki itu dipandang lagi.Hati berdegup kencang saat mata bertentangan terpancar di birai mata episod cinta antara mereka segera Unais Syazweena menepis angan itu.
"Umi tak kisah pasal saya pun."Ujar Unais Syazweena seraya berjalan kehadapan pantas Zayn Farihan mengikuti dari belakang.
"Mana awak tahu?"Soal Zayn Farihan menguji perasaan gadis ini.
"Umi tak cari saya langsung."
"Kak Lin beritahu Umi jatuh sakit. Awak nak jenguk Umi?"
"Belum masanya lagi. Saya perlukan beberapa hari lagi untuk merasai ketenangan di sini."
Bukan Unais Syazweena tidak ingin pulang namun hatinya masih belum bersedia takut bibir mengeluarkan kata-kata melukakan hati seorang Ibu. Cukuplah selama ini dia telah mengecewakan Tuan Hilman sehingga kini ungkapan maaf tidak terukir di bibir.
Zayn Farihan hanya mengangguk memahami dia tidak mampu untuk memaksa. Sekurangnya dia sudah mencuba keputusan di tangan Unais Syazweena untuk pulang ke pangkuan Puan Sabrina atau tidak.
"Bau sawit pun boleh tenang ke?"
"Awak selalu saya pertama kali perasaan yang sukar digambarkan."
Zayn Farihan menghentikan langkah lalu memandang kearah Unais Syazweena yang berkerut dahi. "Saya minta maaf pasal hari tu saya tertarik tudung awak."
"Perkara dah lepas saya patut terima kasih sebab awak banyak tolong saya walaupun saya tak kenal awak nasib baik awak abang Zara kalau tak terpaksalah saya buat-buat kenal dengan awak."Jelas Unais Syazweena tidak mahu kejadian lalu dikenang seakan dia teringatkan Megat Elmir luka masih bersisa.
"Luas kawasan Abah.."Unais Syazweena mengubah topik perbualan. Dari kejauhan Zara Farhana memandang dengan senyuman di bibir sengaja dia bergaduh dengan Haiqal untuk membiarkan abangnya dengan Unais Syazweena.
"Luas tapi sayang tak boleh tanam pokok buah."Jawab Encik Zarul membuatkan Zara Farhana mengeluh Abahnya sudah mengacau pasangan dua sejoli.
"Kenapa?"Soal Unais Syazweena teruja. Zayn Farihan memberi isyarat pada adiknya menyuruh adiknya mendekati.
"Sini tempat laluan orang lalu lalang kalau tanam habis untuk dia orang sahaja tuan yang tanam dapat peluh." Jelas Encik Zarul sambil memandang sekeliling kawasan ladang sudah banyak kawasan yang kosong tanpa pokok.
"Dekat sini pun ada kes curi?"Soal Unais Syazweena lagi. Zayn Farihan hanya menjadi pendengar kehadiran Abahnya membatalkan mood romantik dalam dirinya.
"Semua tempat ada kes curi. "Sampul Zayn Farihan membuatkan Unais Syazweena mencebikkan bibirnya.
"Abang kenapa tak cakap Haiqal ada dekat sini?"Soal Zara Farhana malang harini apabila bertemu dengan lelaki yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu.
"Takkan kau tak tahu memang dia selalu ambil buah ladang kita. Salah kau juga datang sini mendapatlah."Bebel Zayn Farihan lalu menyambung kerja meracun kawasan ladang yang menaik semaknya.
Unais Syazweena hanya memerhati kelakuan Zayn Farihan sambil melayan perasaan tidak keruan.Hatinya semakin dihimpit kerinduan yang memuncak seakan ingin melepaskan rindu dengan keluarga sendiri namun masihkah mampu segalanya bersatu?
Share this novel