Bab 27
SEBULAN KEMUDIAN
Tidak lengkap sekiranya dalam keluarga berpalingnya seorang anak disebabkan salah faham yang terungkap namun jika tidak di jelaskan ahli lain merasakan derita cukuplah bernafas dalam kerinduan tanpa perlu dipertemukan.
"Sampai bila kita nak macam ini?" Soal Zayn Farihan semakin buntu dengan masalah adiknya ditambah majlis perkahwinan semakin dekat boleh pecah kepalanya.
"Kau ingat senang aku nak lupakan kata-kata Mak pada isteri aku? Cukuplah muka ini malu disebabkan teguran dari keluarga kau." Jelas Zaid Firdaus ego tidak akan sesekali dia mengalah hanya untuk memberi keluarganya kemenangan.
"Buang ego kau jangan sampai kau sedar segalanya bukan seperti yang kau harapkan. Sekali aku merayu aku tak minta banyak sebab aku takut Kak Long akan bersuara sampai bila-bila kau tak akan tengok muka Mak Abah apatah lagi jejak kan kaki dekat rumah." Tegas Zayn Farihan lalu meninggalkan adiknya sakit benar hatinya dengan perangai Zaid Firdaus.
"Bie.." Sapa Unais Syazweena sambil membawa beg plastik berisi makanan tengahari. Sudah menjadi kewajipan untuk mereka berdua makan bersama.
Zayn Farihan berpaling sambil tersenyum kearah bakal isterinya semakin berseri wajah Unais Syazweena memandangkan tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga.
"Bie baru nak pergi dekat Sayang. Sayang dari mana?" Soal Zayn Farihan sambil berjalan beriringan kearah meja dan bangku berdekatan.
"Sayang nak jumpa dengan Bie lah itu yang bawakan makanan."
Unais Syazweena meletakkan makanan di atas meja seraya mereka melabuhkan punggung di atas bangku.Zayn Farihan melipat lengan bajunya ke paras siku memudahkan dia untuk makan tidaklah kotor nanti.
"Bie jumpa Zaid.."
"Abang Zaid nak ke datang majlis kita?"Soal Unais Syazweena bingung walaupun dia tidak mengetahui perkara sebenar yang telah terjadi Unais Syazweena mencuba menjadi pendengar yang setia.
"Entahlah Sayang kalau dia tak datang majlis tetap diteruskan tapi Bie harap sangat dia datang demi Mak dan Abah." Jelas Zayn Farihan masih terlayar di fikiran kejadian lalu disebabkan teguran Zaid Firdaus membawa diri sejauh ini.
"Kongsilah dengan Sayang sebab Abang Zaid merajuk lama." Pinta Unais Syazweena namun tidak akan memaksa lelaki ini untuk bercerita sekiranya belum bersedia.
"Mak tegur isteri Zaid sebab dia malas tapi cari Mak tegur telah menyinggung perasaan Zaid sekeluarga disebabkan itulah Zaid bawa diri. Hampir empat tahun tak jenguk Mak Abah." Jelas Zayn Farihan lalu membuka bekas makanan.
"Sayang faham semua yang terjadi salah faham sebab kita sebagai manusia kenalah terima setiap teguran. Nasib Mak tegur kalau orang lain mahu berpindah ke negara lain." Unais Syazweena menghulurkan sudu plastik kearah bakal suaminya.
Teguran itu boleh di lontarkan namun sebagai manusia haruslah mendengar walaupun hati terhiris dan diri harus diperbaiki menjadi yang terbaik barulah disayangi bukan dikeji.
"Sayang tak lama lagi kita akan menjadi suami isteri yang sah. Bie akan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk Sayang walaupun banyak kekurangan." Tutur Zayn Farihan terkenang kebahagian bakal dikecapi tidak lama lagi bersama insan yang disayangi.
Unais Syazweena menyuapkan makanan kedalam mulut lantas tersenyum manis. Dia bersyukur dipertemukan dengan Zayn Farihan yang sabar dengan perangainya walaupun perkenalan tidak terlalu lama tambah pula berlaku sedikit pergaduhan cukup meyakinkan hati lelaki ini terbaik buatnya.
"Bie cukup terbaik di mata Sayang tiada yang lain." Puji Unais Syazweena membuatkan Zayn Farihan tersengih sampai ke telinga.
"Kenapa Bie rasa lain macam ini?"Soal Zayn Farihan sambil memperbetulkan duduknya.
"Kenapa?" Unais Syazweena mengerutkan dahinya. "Rasa kembang pula bontot ni." Sakat Zayn Farihan lantas bakal isterinya mengangkat kening dengan perangai Zayn Farihan mengada.
"Mengada lah.. Cepat makan nanti pesakit-pesakit cari susah pula. Buatnya pesakit kesayangan tak mahu makan ubat pula." Ujar Unais Syazweena malas melayan Zayn Farihan lain pula jadinya al maklumlah darah manis.
"Pesakit itu Sayang lah selalu mencari Bie disebabkan rindu." Zayn Farihan menyakat lagi. Unais Syazweena melepaskan keluhan dia yang menyakat dia pula yang terkena balik.
Zayn Farihan mengenyitkan mata menggoda bakal isterinya mencuba untuk romantik tetapi reaksi Unais Syazweena menghancurkan mood romantiknya. Tiada perasaan langsung.
Telefon bimbit milik Unais Syazweena berbunyi segera dia meraba kedalam tas tangan pantas Iphone7 di capai lalu menyentuh skrin.
"Una datang Hospital sekarang." Pinta Liney Safiyyah cemas.
"Kenapa?"
"Abah sakit."
Talian di matikan lantas Unais Syazweena memandang kearah Zayn Farihan yang bingung tidak mengetahui perkara telah terjadi.
Share this novel