Bab 26

Romance Completed 18738

Bab 26

                         Meniti setiap kemanisan dalam membentuk cinta sejati walaupun hati masih belum mencintai cukup merasai tanpa ungkapan dari bibir yang dinanti.

                             Unais Syazweena memegang tangan Zayn Farihan dengan mata yang tertutup hanya telinga yang menangkap bunyi di sekeliling seakan sunyi dan sepi. Hatinya mula bergundah sepatutnya kehadirannya ke sini bersama Zara Farhana tetapi kawannya sakit perut tiba-tiba hendak tak hendak terpaksalah Unais Syazweena menemani lelaki ini.

                            Lain pula jadinya apabila dia dipaksa menutup mata katanya kawasan ladang ini banyak penunggu. Merepek!

                         "Jauh lagi ke?" Soal Unais Syazweena tidak sedap hati tambah pula dia hanya bersama Zayn Farihan sekiranya Puan Sabrina mengetahui pasti dimarahi berbakul-bakul.

                            "Stop!" Jerit Zayn Farihan lalu membuka ikatan di kepala Unais Syazweena perlahan-lahan dia menarik kain yang menutup matanya.

                          Terpapar cahaya di sebalik lampu yang di tergantung di celah-celah pokok sawit. Unais Syazweena memandang kearah tikar yang sudah terbentang ditambah dengan sebuah meja kecil dihiasi dengan buah sawit berbentuk LOVE.

                            "Apa semua ini?" Soal Unais Syazweena sambil berpaling kearah Zayn Farihan yang melutut dihadapannya. Tergamam itu perasaan mampu digambarkan oleh Unais Syazweena tidak pernah dia mengalami situasi sebegini.

                           "Saya tak seromantik lelaki lain tetapi saya mencuba untuk menghalalkan awak." Tutur Zayn Farihan bergetar menahan rasa debaran di dada.Seulas buah sawit dipegang menggantikan cincin tidak sempat untuk dibeli.

                             "Tak akan kita berdua?" Soal Unais Syazweena cemas dalam fikiran teringat perkara-perkara negatif.

                           "Cuba pusing belakang."

                        Unais Syazweena berpaling kearah belakang kelihatan keluarganya dan keluarga Zayn Farihan sudah tersenyum menanti jawapan tetapi matanya terpandang kearah Zara Farhana yang tersengih.

                         Unais Syazweena menoleh kearah Zayn Farihan kembali ingin memberi jawapan pada permintaannya."Awak janji tak akan tinggalkan saya?"

                           "Saya tak akan janji tapi saya akan tunaikan."

                           "Saya setuju." Seulas sawit di tangan Zayn Farihan diambil menandakan dia bersetuju dengan lamaran dari lelaki itu.

                         Semua bersorak riang sambil membakar mercun menandakan kegembiraan yang bakal pasangan dua sejoli raikan pantas Puan Sabrina memandang kearah Tuan Hilman saling tersenyum namun terselit senyuman pahit di bibir Puan Sabrina.

                            Encik Zarul memeluk erat bahu isterinya yang berseronok ditambah dengan kehadiran bakal menantu menjadikan satu keluarga sangat besar dan dipenuhi kasih sayang. Huq Safwan tersenyum melihat kebahagian adiknya tetapi fikiran teringat Liney Safiyyah masih mendiamkan diri.

                             "Kalau Kak Lin ada lagi seronok." Bisik Unais Syazweena cukup didengari Zayn Farihan beriringan menuju kearah tikar berhampiran.

                            "Nanti kita bernikah dia wajib ada. Bagi Kak Lin masa macam awak." Ujar Zayn Farihan memujuk hati bakal isterinya. Zara Farhana segera memeluk kawan baiknya berkongsi perasaan terlalu gembira Unais Syazweena menjadi sebahagian keluarganya.

                           "Pandai kau tipu ya.. "Unais Syazweena mencuit hidung Zara Farhana lantas mereka tersenyum manis. Sebelum melabuhkan punggung Unais Syazweena mendapatkan Puan Sabrina lalu memeluk erat tubuh wanita tua itu.

                          "Umi yakin Zayn mampu menjaga adik seperti Umi menjaga adik. Umi sayangkan adik sama banyak dengan Kak Lin dan Abang Ngah." Jelas Puan Sabrina lantas mencium dahi anak bongsunya sebelum meleraikan pelukan.

                          Tuan Hilman hanya memerhati dengan perasaan penuh kebahagian dia masih mampu merasai  keseronokan bersama keluarga walaupun Puan Sabrina bukan lagi menjadi tanggungjawabnya cukuplah dia bertanggungjawab kepada anak-anaknya.

                            "Sayang senyumlah sikit nanti apa pula Mak Abah cakap muka macam buah kelubi."Tegur Zarin Farahin sedari tadi dia melihat wajah tunangnya masam seakan ada sesuatu yang disembunyikan.

                          "Assalamualaikum.."
 
                           "Waalaikumussalam."

                    Semua memandang kearah Liney Safiyyah yang tersenyum manis kearah ahli keluarganya termasuk keluarga Zarin Farahin. Huq Safwan berlari kearah kakaknya lalu menarik tangan kakak sulungnya.

                          Unais Syazweena kehadapan mendapatkan kakaknya pantas tubuh itu dipeluk kemas tidak mahu dilepaskan. Sebenci mana atau semarah mana ikatan adik-beradik tidak akan pernah terlerai.

                        Puan Sabrina memeluk anak-anaknya kemas Liney Safiyyah menyesali setiap perbuatannya kehadirannya ke sini untuk menjernihkan situasi dan memohon maaf tambahan pula berkumpulnya keluarga besar ini semakin mengajar kehidupan setiap masa amatlah berharga. Hargai selagi ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience