Bab41
"Zayn akan bernikah dengan I." Ujar Nuha Zahwa sambil memeluk erat tubuh lelaki yang membelakanginya. Fikiran jauh melayang mengenangkan rancanganya hampir berjaya merosakkan rumahtangga Unais Syazweena.
"Tengoklah siapa yang rancang kalau bukan idea I You tak akan dapat kembali hak You." Jelas Megat Elmir lalu melepaskan pelukkan. Bermacam dia memikirkan rancangan kali ini akan berhasil sebahagian harta milik Tuan Hilman akan menjadi miliknya dengan menghapuskan keluarga Puan Sabrina.
"Hello kalau You tak curang I tak terhegeh dekat Zayn lah. Ini You pun perangai teruk macam mana nak bimbing I dengan sakit yang I alami ini bolehlah tagih simpati Zayn."
"I setia dengan You tau I cuma nak keseronokan dengan wanita lain itu sahaja."
"Habis I ini bukan keseronokan You ke?"Soal Nuha Zahwa kesal dengan perangai kekasihnya tidak ubah sama seperti dahulu mata keranjang.
Megat Elmir tersenyum sinis sebelum melangkah kearah lif berhampiran diekori Nuha Zahwa masih mengetap bibirnya selama berkenalan dia banyak memendam perasaan dengan perangai Megat Elmir yang berubah tetapi segalanya terbuang demi cinta dihati.
"Perempuan sakit macam ini patutnya bertaubat bukan sibuk rosakkan rumah tangga orang."Bidas Megat Elmir walaupun dia merancang namun jauh disudut hati dia tidak ingin melihat rumah tangga insan yang pernah dibahagiakan musnah.
"Sampai hati You. I buat semua ini disebabkan You kalau Syarikat You tak lingkup kita tak macam inilah!"Pekik Nuha Zahwa sambil mata memandang kearah Megat Elmir laju masuk kedalam lif.
Liney Safiyyah menghentikan langkah sambil melihat kearah seseorang yang amat dikenali pantas tangan menahan langkah Syafiq Dazlin sudah berkerut dahi.
"Kenapa Sayang kita dah lambat
ini?"Soal Syafiq Dazlin hairan dengan kekasihnya berhenti tanpa sebab di tengah jalan pula.
Liney Safiyyah menunjuk kearah sepasang kekasih bergaduh berhampiran lif membuatkan Syafiq Dazlin tertanya kaitan antara mereka dengan pasangan tersebut.
"Ada benda yang tak kena ini Sayang."Duga Liney Safiyyah tanpa menunggu lama dia menarik tangan kekasihnya takut Nuha Zahwa terperasan dengan kehadirannya.
PUAN SABRINA meletakkan bakul berisi buah-buahan diatas meja berdekatan katil Unais Syazweena sempat melirik kearah anaknya yang nyenyak tidur.
"Alhamdulillah kandungan anak Puan masih boleh di selamat cuma Puan jangan buatkan Puan Unais tertekan mungkin akan mengganggu kandungan lagi."
Kata-kata Doktor May masih terngiang-ngiang di telinga Puan Sabrina tanpa mengetahui anaknya berbadan dua menambahkan hiba dihati.
"Kalaulah waktu boleh diputar kembali kami tidak akan membenarkan Zayn bernikah dengan Una." Tutur Puan Fadilah lalu memeluk erat tubuh besannya.
Mendapat berita dari Huq Safwan segera Puan Fadilah sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu Zayn Farihan sekiranya anaknya tahu sudah tiada makna untuk diperbetulkan.
"Kita tak baik menolak takdir Allah segalanya di tetapkan Zayn untuk bernikah dengan Una namun jodoh mereka tak panjang. Kita tak patut persoalkan." Jelas Puan Sabrina sambil menepuk lembut bahu besannya.
"Saya ralat sebab anak saya lepaskan Una cara sebegini. Saya boleh menerima jodoh mereka tak panjang tetapi saya tak boleh terima cara Zayn layan Una."Ujar Puan Fadilah sebak mengenangkan perangai anaknya sendiri.
"Siapa saya nak lawan takdir saya hanya mampu mendoakan kebahagian Zayn walaupun bukan dengan Una."Ujar Puan Sabrina berkaca matanya sempat menjeling kearah Unais Syazweena membelakangi mereka berdua.
Unais Syazweena mengalirkan air matanya sambil mengusap perut dia masih berharap Zayn Farihan akan menjadi miliknya kembali namun dia juga tidak mampu berharap melebihi ketentuan Allah yang pasti bukan keinginannya.
Share this novel