Bab 35

Romance Completed 18738

Bab 35

   
                         "Datang berjuta perempuan Sayang seorang sahaja layak bertakhta dihati Bie. Separuh hati ini milik Sayang.."Tutur Zayn Farihan lalu menarik tangan isterinya ke dada.

                          "Separuh lagi?"

                           "Separuh lagi untuk Mak."Ujar Zayn Farihan sambil berbalas senyuman dengan Unais Syazweena. Wajah isteri diraup penuh kasih tiada yang mampu menandingi wanita ini melebihi cintanya pada Unais Syazweena.

                        "Dik kau okey tak ini?" Soal Liney Safiyyah sambil meneliti wajah adiknya yang pucat. Risau sekiranya berlaku sesuatu yang mengganggu fikiran Unais Syazweena.Unais Syazweena tersentak lalu mengerutkan dahinya berharap pening kepalanya berkurang.

                         "Okey ke tak tetap kena okey juga. Rumahtangga aku Kak rosak sebab dia."Bentak Unais Syazweena sambil mengacau air didalam cawan.Menanti kehadiran wanita yang dahulu pernah bertakhta dihati suaminya kini dia hadir kembali.

                        Nuha Zahwa berjalan perlahan-lahan menuju kearah Unais Syazweena wanita yang dinanti untuk berjumpa kini masanya segala akan berakhir hanya disebabkan satu kata.

                          "I tak ada masa cepat bagi tahu You nak apa?"Soal Nuha Zahwa sinis. Liney Safiyyah tersenyum memandang kearah wanita yang dibencinya.

                        "Aku tak akan lepaskan Zayn untuk kau." Ujar Unais Syazweena tegas membuatkan Nuha Zahwa tergelak kecil.

                        "Kau dengan mak kau sama sahaja suka menempal dekat suami orang. Lelaki dekat luar sana mati dah ke sampai kau kena rampas laki adik aku? Mana pergi jantan kesayangan kau tu?" Soal Liney Safiyyah sinis.

                        "Dengar sini Zayn dah berjanji dengan I akan kahwin so You bersedialah untuk ditinggalkan."Pinta Nuha Zahwa tersenyum sinis lalu berjalan keluar dari Cafe sempat matanya menjeling kearah Liney Safiyyah.

                          Unais Syazweena tergamam dia menyedari Nuha Zahwa adalah cinta pertama suaminya namun dia akan mempertahankan walaupun nyawa menjadi taruhan.

                          "Sudahlah dik kau percaya dekat Zayn kan? Dia tak akan menduakan kau aku yakin." Pujuk Liney Safiyyah sambil memegang tangan adik bongsunya.

                           Wajah kakaknya dipandang serta-merta matanya berkaca sambil mengelengkan kepala. "Una dengar Zayn masih cintakan Nuha."

                         "Kalau dia cintakan Nuha kenapa dia berkahwin dengan kau? Berehatlah dik kau pun tak sihat."Ujar Liney Safiyyah lagi menenangkan hati Unais Syazweena tidak mahu adiknya bersedih memikirkan rumahtangga kelak jatuh sakit pula.

                       

HUQ SAFWAN merenung wajah isterinya yang kalut bersiap untuk pulang ke kampung namun hatinya berat untuk melepaskan Zarin Farahin berseorangan pulang.

                            "Saya risau awak memandu seorang diri dengan mengandung lagi." Huq Safwan memegang perut isterinya. Kalau bukan disebabkan dia mempunyai projek penting sudah lama dia mengikuti si isteri pulang ke kampung.

                              "Sayang suka berfikiran negatif." Bantah Zarin Farahin lalu menyarung tudung ala kadar.Bukan dia tidak mengenali perangai suaminya mulut melepaskan tetapi hati masih tidak rela.

                             "Saya ikut lah balik kampung."

                           Zarin Farahin mengeluh lantas tersenyum segera berpaling kearah Huq Safwan yang murang sendirian. "Saya balik dengan Sya."

                         Huq Safwan terkejut setahunya adik iparnya sudah sampai di kampung mengapa adiknya masih berada di sini. "Bukan Zayn dah sampai ke?"

                    "Entah yang saya tahu Sya ada dalam bilik itu."Ujar Zarin Farahin bertambah risau Huq Safwan memikirkan jarang adiknya boleh berenggang dengan suami tercintanya.

                        "Pelik ini ada sesuatu yang saya tak tahu ke?"

                         "Tiada apalah mungkin Sya jumpa dengan Kak Lin tadi." Jelas Zarin Farahin melegakan hati Huq Safwan namun perasaan tidak sedap hatinya terbit.

                         Huq Safwan sudah mengenali Zayn Farihan terlalu lama perubahan yang terjadi membuatkan hatinya mengesyaki sesuatu tidak kena dalam rumahtangga adiknya sendiri pantas perasaan itu dihakis jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience