Bab 46
Puan Sabrina menggenggam tangan anak bongsunya sambil mengukirkan senyuman manis walaupun dia mengerti perasaan anaknya masih tidak mampu menerima kembali Zayn Farihan setelah dikecewakan sebegini teruk.
"Saya masih dengan keputusan saya selepas anak ini lahir antara kita tiada hubungan lagi melainkan awak ingin bertemu dengan anak awak saya izinkan."Jelas Unais Syazweena terlafaz cerai dari Zayn Farihan sudah tiada erti untuk bersama lagi.
Zayn Farihan segera melutut dihadapan bekas isterinya akan tetap mencuba untuk memujuk wanita ini menerimanya kembali hati tidak akan pernah rela berpisah.
"Sekali lagi Bie rayu bagi Bie peluang kedua untuk tebus segala kesalahan dan akan menjaga Sayang dan anak kita bersama. Sekali lagi.." Pinta Zayn Farihan sebak sekiranya peluang untuknya tiada cukuplah dia mampu melihat kebahagian Unais Syazweena dan anak di pandangan mata.
"Zayn maafkan segala kesalahan saya pada awak semasa kita hidup berdua dan saya harap awak bahagia bersama wanita yang layak berada dihati awak." Ucap Unais Syazweena lalu memandang kearah Puan Sabrina yang hanya mendengar dan memerhati.
"Adik aku tak nak kau buat keputusan terburu-buru.." Liney Safiyyah melangkah masuk kedalam rumah tergesa-gesa ingin menjelaskan situasi sebenar sebelum kehadiran Nuha Zahwa segalanya tidak seperti yang dirancangkan.
"Tiada keputusan terburu Kak Lin sebab Una yakin melepaskan lebih baik dari tersiksa hidup dengan lelaki yang mencintai wanita lain."Bidas Unais Syazweena sambil memandang sakit kearah bekas suaminya yang hanya menunduk lemah.
"Kalau kau berpisah dengan Zayn pun dia bukan boleh kahwin dengan Nuha."Jelas Liney Safiyyah berharap dengan kebenaran ini adiknya mampu memberi Zayn Farihan peluang kedua.
"Kenapa pula Lin?"Soal Puan Sabrina teruja ingin mengetahui kebenaran walaupun dia sendiri mengetahui perkara itu namun dia masih belum bersedia ingin memberitahu Unais Syazweena.
"Sebab Nuha itu dah kahwin dengan Elmir."
Unais Syazweena hanya tersenyum pahit sedikit tidak meredakan hati malah semakin tenang sekiranya melepaskan sesuatu yang bukan miliknya lagi.
"Untuk pengetahuan kau Zayn memang Nuha sakit tetapi dia gunakan sakit dia untuk rosakkan rumah tangga kau disebabkan dendam yang dicipta sendiri."Jelas Liney Safiyyah lagi membuatkan Zayn Farihan mengerutkan dahi.
"Dendam apa pula?Bukan saya yang tinggalkan dia sebelum ini."
"Memang kau tak tinggalkan dia tapi Abah lebihkan kau Soal harta. Elmir itu jatuh muflis dan sekarang mereka perlukan duit untuk hidup dengan kos rawatan yang tinggi lagi lepas itu Nuha jadikan Mama penyebab dia berdendam dengan kami sebab Mama dermakan buah pinggang dekat Umi."Jelas Liney Safiyyah lagi mengejutkan semua segera Puan Sabrina mengurut dadanya.
Nuha Zahwa berlari masuk kedalam rumah lalu merentap kuat tangan Unais Syazweena bertambah terkejut semua ahli keluarga dengan tindakan wanita dihadapan mereka.
Unais Syazweena mencuba bertenang risau jika Nuha Zahwa melakukan kekerasan yang mengakibatkan kehilangan anaknya. Pisau di acu tepat ke perut musuhnya ini pengakhiran tidak akan pernah sesekali dia melakukan kejahatan berakhirnya dia tersiksa.
"Tenang Nuha jangan bertindak macam ini."Pujuk Zayn Farihan mencuba merampas pisau di tangan Nuha Zahwa. Liney Safiyyah memegang tubuh Puan Sabrina yang lemah terkejut dengan kejadian sebegini.
"Bertenang You sayangkan dia atau I?" Soal Nuha Zahwa pantas Unais Syazweena memejamkan mata menahan gelora dijiwa sendiri.
"I sayangkan You tolong lepaskan Una dia tak akan ganggu kita lagi Sayang.." Pujuk Zayn Farihan pantas Nuha Zahwa meletakkan pegangan segera Zayn Farihan menyambut tubuh Unais Syazweena tanpa sedar Nuha Zahwa menikam kuat tubuh adik tirinya.
" Una!!!!"Jerit Puan Sabrina dan Liney Safiyyah serentak meluruh kan perasaan melihat Unais Syazweena menahan kesakitan di pangkuan Zayn Farihan.
Nuha Zahwa segera keluar dari rumah sempat melemparkan pisau kearah rumput. Dia harus melarikan diri risau ditangkap dengan polis habis segalanya berubah dan dia harus kehilangan Megat Elmir lagi.
Zayn Farihan memaut tubuh wanita yang dicintai sambil tangan mengusap lembut kepala Unais Syazweena."Sayang kuat lawan sakit ini."
"Sa..ya..ng ci..nta.."
Share this novel